Bab 49: Tiga minggu

13 3 0
                                    

PUTERA Mirza berjalan ke wad yang menempatkan pasukan pengiringnya. Kino setia mengikut dia di belakangnya. Para tentera yang berada di sekitar hospital itu menyapa Putera Mirza dan Kino sehinggalah mereka memasuki wad yang menempatkan Lais dan Jora.

Saat Mirza menolak pintu wad VIP yang menempatkan dua katil satu bilik, dia dan Kino dapat melihat Julie juga berada di dalam.

"Tuan Putera!" Julie bersorak apabila melihat Mirza dan Kino dengan senyuman lebar dan perasaan gembira.

"Tuan Putera okey ke, hm?" soal Julie kerana teruja. Dia teruja dengan segala-galanya sebab dua kerajaan telahpun berjaya ditawan oleh pihak Olienpiece dalam masa dua hari lebih.

Mirza hanya mengangguk.

"Aku okey." Celah Kino dengan selamba.

"Oh, maaf, aku tak tanya kau, Kino." Bidas Julie laju.

Apabila mendengar jawapan pantas dari Julie, Kino terus memberi jelingan tajam dan bergerak ke katil Jora.

"Hoi, kau okey ke?" soal Kino dengan wajah sebal.

"Ha? Kau ikhlas ke bertanya tentang aku ni?" Jora mengerutkan dahinya apabila melihat wajah sebal si Kino itu sambil bertanya tentang keadaannya.

"Aku tanya ni, jawab ajelah. Tak perlulah tanya soalan balik. Nah." Kemudian, Kino memberikan sebiji buah oren kepada Jora.

"Sebiji je? Biasanya orang bagi sebak-..."

"Ambik ajelah." Marah Kino sambil menggesa Jora mengambilnya. Itu ialah buah yang diagihkan kepada mereka pada waktu sarapan tadi. Dia mana sempat mahu membeli-belah di sekitar sini memandangkan perang baru saja tamat.

"Okey, baik. Terima kasih."

Lais hanya memandang situasi di katil sebelahnya itu dengan wajah tidak kisah. Ingat dia kisah ke Kino bagi dia buah atau tidak. Cis!

...!

Si Kino tak guna! Ada ke patut dia hanya bagi buah kepada Jora, tak nampak ke dia pun ada di sini? Dasar lelaki kurang sivik! Lais menggerutu di dalam hatinya. Mirza hanya melihat pasukan pengiringnya itu dengan wajah tidak berekspresi seperti biasa. Tetapi, dia gembira mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan parah, kecuali Lais.

"Awak okey ke Lais? Medicer beritahu saya yang kecederaan awak sedikit parah." Soal Mirza sambil mengerling ke arah Lais dan menghampiri katil Lais.

"Hm, saya hanya perlu melalui beberapa pemeriksaan dan rawatan lanjut lagi, tetapi kesakitan yang saya rasa sudah berkurangan berbanding semalam." Balas Lais dengan informal memandangkan Mirza lebih suka mereka melayannya seperti orang biasa apabila tidak berada di dalam majlis rasmi atau di depan umum.

"Alhamdulillah. Kamu berehatlah dan ikut saja cadangan doktor yang bertanggungjawab, tidak perlu risaukan tentang keadaan dan situasi sekarang, saya dapat tanganinya."

"Baik, Mirza."

"Maaf sebab tak bawa apa-apa buah tangan, kami tak sempat untuk membeli apa-apa di luar memandangkan keadaan agak sibuk sekarang." Kata Mirza kepada Lais dan Jora.

"Eh, tak mengapa Tuan Putera, kami okey saja. Patik bergurau saja dengan Kino tadi." Balas Jora, masih lagi menggunakan gelaran rasmi kerana dia masih belum dapat membiasakan diri dengan panggilan biasa kepada Mirza.

Mirza hanya mengangguk. "Kamu sambunglah berehat, saya ada urusan sekejap. Kino, awak tak perlu iringi saya." Kata Mirza dan terus keluar dari situ. Kino tidak sempat menjawab apa-apa pun kerana Mirza telahpun lesap dari situ.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now