...sambungan Bab 17

39 6 2
                                    

Tik. Tok. Tik. Tok.

MASA sentiasa berdetik dan tidak pernah berhenti, sekarang ini sudah 7 minit berlalu selepas bunyi perlawanan antara dia dengan Mirza dimulakan. Oleh itu, Rein semakin tidak senang duduk. Tidak, Mirza bukan lawan yang mudah seperti yang disangka. Budak itu terlampau tenang. Sekarang pun dia masih lagi tenang. Getus hati Rein.

"Alam fantasi!" seru Rein dan kali ini menyeru kuasa terbitan seterusnya.

Alam fantasi? Mirza mengulangnya di dalam hatinya itu. Dia pernah mendengar kuasa itu disebut pada sebelum ini. Bukankah Kapten Faqimora juga memilikinya? Jadi, ia kuasa terbitan yang boleh dikuasai oleh orang lain juga? Fikirnya.

Mirza tahu tentang beberapa kuasa unsur, teknik dan kuasa terbitan: ada yang boleh dipelajari dan ada yang tidak boleh. Yang tidak boleh dipelajari oleh orang lain ia bermakna kuasa tersebut kuasa darah keturunan.

Contohnya seperti portelis, penukar wajah (shapeshifter), obsever dan sebagainya. Kuasa keturunan dialirkan melalui darah datuk nenek moyang mereka dan portelis atau keluarga Portelis mempunyai darah keturunan yang boleh menteleportasi.

Darah yang mereka jual akan dimasukkan ke dalam suatu bekas kapsul kristal yang diletakkan papan litar yang dihidupkan dengan kuasa unsur seseorang. Dengan itu, barulah mereka dapat menggunakan portelis atau membuka porteling (pintu gerbang).

Disebabkan itulah, keluarga Portelis adalah 'Keluarga Bangsawan Atasan' dan Momo Portelis adalah anak cicit keluarga Portelis. Momo adalah orang yang menyukai dan suka mengganggu Mirza di restoren pada sebelum ini.

Sebaik sahaja menyeru kuasa 'alam fantasi', maka Mirza dapat merasai suatu perubahan di sekelilingnya. Kini, dia berada di tempat lain pula iaitu di bumi. Dia dapat melihat Faqimora sedang mencekik dia dan Dilan di padang sambil dibantu oleh Joshua, Mina dan yang lain.

Oh. Masa itu. Masa hari sukan berlansung di padang SMBB. Ia berulang lagi sampailah dia ke Kastelhalia. Pada saat dia sampai di Kastelhalia, satu per satu situasi yang dia pernah lalui pada sebelum ini terjadi sehinggalah dia diikat dipalang dan dicabut kukunya.

Disebabkan itu, Mirza terus mengambil anak panah dari sarung belakang dan memanah visi yang terpapar seperti di skrin layar tersebut. Maka, memori itu sudah hilang dan disertai dengan memori lain. Namun, dia sudahpun bersedia dengan anak panah keduanya, senang. Kalau ada apa-apa memori muncul lagi, dia boleh terus lepaskan anak panah ke situ.

"Tuan Putera mahu ke mana?" soal Hash. Dahi Zull terus berkerut. Tuan Putera?

"Aku nak...mana Liam?" soalnya. Hash sudah agak. Mesti nama Liam yang akan disebut oleh Tuan Putera dahulu.

Hash mendiamkan dirinya. "Tuan Putera perlu berehat dahulu, jari Tuan Putera masih belum sembuh sepenuhnya lagi." (keratan memori dari Bab 83)

Saat memori itu muncul, Mirza terus memanahnya. Tak, Rein tidak boleh nampak memori ini kerana Mirza tahu tentang satu perkara. Saat kuasa 'alam fantasi' itu diaktifkan, maka seseorang itu akan dapat membuka memori atau apa yang dilihat oleh lawannya kerana ada orang yang mudah lupa.

Selain dari itu, seseorang itu juga boleh mengubah memori lawannya menjadi memori yang dia mahukan, sama seperti yang dibuat oleh Kapten Faqimora sewaktu dia menyerang bumi lebih kurang 11-12 bulan yang lepas.

Rein tidak boleh nampak memorinya itu dan mengetahui tentang identitinya. Tidak, selagi dia belum boleh mempercayai Rein atau dia akan berada di dalam bahaya dan segala usaha mereka selama ini akan menjadi sia-sia. Fikir Mirza sambil melepaskan beberapa anak panah setiap kali tayangan memori lain hampir diputarkan di situ.

Apabila melihat memori Ketua Hash memanggil budak itu 'Tuan Putera' tadi, maka ia telah menyebabkan Rein larut dalam memori lawannya tika itu, iaitu Mirza. Ketua Hash? Kenapa Ketua Hash panggil budak itu 'Tuan Putera'? Ini memori betul ke atau palsu? Dia tertanya-tanya dan mula rasa ragu-ragu dengan semua itu. Ia seolah-olah kuasanya sendiri telah menelannya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now