...sambungan Bab 22

17 6 4
                                    

SELEPAS hari itu, Mazhe menemui Aqim semula dan memberitahu kegagalan dia dalam memujuk ayahandanya. Namun, Aqim telah memberikan idea macam mana untuk masuk ke dalam tanpa ditangkap.

Misi? Dia suka, dia suka. Mazhe sukakan misi rahsia macam ini. Lagilah teruja dia dibuatnya. Apa yang Aqim tahu pula, darah keturunan Tuanku Raisho diperlukan untuk membuka pintu Sav Simpanan itu. Jadi, dia memang perlukan Mazhe untuk membukanya.

Malam itu, Mazhe bangun pada pukul 2 pagi kerana mahu menjalankan misinya bersama-sama Aqim. Namun, dia perlu pastikan para pengawal sudahpun tertidur sebelum dia dapat keluar dari biliknya.

Kali ini, dia sudah tidak boleh memanjat keluar dari tingkap kerana ayahandanya juga telah memperketatkan kawalan di luar tingkapnya itu. Jadi, dia perlu keluar menerusi pintu masuk biliknya.

Dia mengambil alat yang diberikan oleh Aqim kepadanya. Ia adalah gas tidur, Aqim mendapatnya semasa dia menyertai Peaks-B pada sebelum ini dan ia diperlukan jika mahu mengendap musuh atau raksasa.

Mazhe membuka pintu sedikit, lalu melemparkan ia keluar dari biliknya, dia pula sudah bersedia dengan topeng muka agar tidak menghidu gas tidur itu, nanti dengan dia-dia sekali tertidur.

Apabila yakin mereka semua sudah tertidur, maka Mazhe keluar dengan berhati-hati, selepas itu barulah dia memecut laju. Apa yang dia perlu lakukan untuk mengelak dari pengawal-pengawal istana yang lain ialah bersembunyi dan tidak boleh dilihat di mata mereka.

Dia sudah biasa menyelinap keluar, jadi tiada masalah pun untuk dia ke sana tanpa dikesan. Apa yang susah ialah untuk keluar dari biliknya tadi saja, selepas itu semuanya mudah baginya. Lagipun, badannya masih kecil, jadi lagilah senang untuk dia bersembunyi di sebalik pasu bunga, perabot dan pokok-pokok hiasan yang ada di situ.

Akhirnya sampai juga dia di pintu Sav Simpanan Istana. Pengawal yang berjaga di situ telahpun tertidur kerana Aqim telah membuat mereka juga menghidu gas tidur.

"Tuan Putera sudah sedia?" soal Aqim.

Mazhe mengangguk dengan laju. "Ya!"

Maka, Aqim terus mengambil pisau lipat kecil dan menghiris sedikit kulit jari Putera Mazhe kerana mahu ia mengalirkan darah. Apabila ada darah yang keluar, maka Mazhe meletakkan ibu jarinya ke tempat cap jari yang terdapat di tombol pintu tersebut.

1, 2, 3!

Pintu itu mula terbuka dengan perlahan-lahan dan ia terbuka dengan sendiri. Apabila ia terbuka, habuk-habuk mula keluar. Ia kelihatan sangat lama. Yalah, sudah lama tempat ini tidak dikunjungi kan.

"Waaaah..." mereka berdua sama-sama melopong.

Namun, mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa saat pintu itu terbuka, penggera berbunyi di bilik Tuanku Ozzette dan seluruh kediaman para ketua yang terdapat dalam kawasan istana.

Apa lagi, saat penggera itu berbunyi, mereka semua bingkas bangun dan bersedia untuk ke punca penggera itu berbunyi.

Mazhe dan Aqim merayau-rayau di dalam dan melihat semua barangan kuno yang tersimpan di situ termasuklah persalinan baju perisai dan pedang yang digunakan oleh Tuanku Raisho sebagai hiasan kerana pada zamannya masih tiada musuh tradisi. Mereka berdua berpisah di dalam bilik itu memandangkan bilik itu agak besar.

Sedang asyik berjalan-jalan, Mazhe ternampak ada yang bersinar dalam kaca matanya, apa lagi dia berlari anak ke sana dan berhenti apabila sampai di situ. Dia nampak ada batu-batu berwarna yang terapung-apung di situ.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now