Bab 39: 'Perang Rampasan' (2)

20 4 0
                                    

PAGI KEESOKKANNYA, Mirza dan yang lain sedang bergerak ke pintu utama kerana mahu keluar dan terus ke pejabat Jabatan Utama Kastelhike. Saat pintu dibuka oleh pengawal kediaman itu, Mirza dapat melihat Ketua Hash sudah berada di depan pintu rumah tersebut.

"Patik mahu melaporkan kedatangan Ketua Hash ke sini tadi, tetapi nampaknya Tuan Putera keluar dahulu sebelum patik sempat melaporkannya. Maafkan patik, Tuan Putera." Kata pengawal yang berjaga di luar.

"Tak apa. Selamat pagi Tuan Hibi dan Tuan Sou." Sapa Mirza kepada dua pengawal yang berjaga di luar rumah kediaman terbabit. Mereka turut menyapa Mirza apabila disapa sedemikian.

Mereka sentiasa disapa oleh Putera Mirza sebaik saja Putera Mirza mendiami kediaman ini, malahan Putera Mirza dapat mengingati semua nama pengawal yang berada di sekelilingnya dengan sangat baik.

Inilah perbezaan yang mereka dapati dari Tuanku penyamar dengan Putera Mirza. Putera Mirza nampaknya menghormati orang-orang bawahannya. Senang hati mereka apabila mengetahui Putera Mirza jenis yang rendah diri dan tidak sombong begini.

"Selamat pagi, Tuan Putera. Patik datang menghadap Tuan Putera dan akan menjadi pengiring Tuan Putera semula mulai hari ini." sapa Hash sambil memberi tunjuk hormat. Mirza hanya mengangguk.

"Terima kasih kerana telah mengiringi Putera Mirza semalam." Kata Hash kepada pengiring-pengiring Mirza yang berada di belakang Mirza.

Jora, Lais, Kino dan Julie menelan air liur masing-masing. Tak sangka mereka dapat bertemu mata dengan Ketua Hash begini. Ketua Hash adalah antara Ketua Biro yang agak terkemuka di Olienpiece disebabkan kebijaksanaan dan kekuatannya.

Kemudian, Kino melihat Ketua Hash dengan tajam kerana dia memang bercita-cita mahu menjadi seperti Ketua Hash. Tak, lebih kuat dari Ketua Hash dan menjadi pengiring Putera Mirza mungkin salah satu cara untuk dia mencapainya. Kino tersenyum senget.

"Sama-sama." Jora membalas bagi pihak pengiring Putera Mirza.

"Jadi, Tuan Putera mahu ke pejabat lagi pada hari ini?" Hash menyoal sambil berjalan bersebelahan Mirza.

"Tidak, saya mahu ke APIO, ada seseorang yang saya harus temui. Orang itu telah bersetuju untuk berjumpa dengan saya pada hari ini bukan, Jora?" soal Mirza kepada Jora sambil memasuki perut kevera yang pintunya telah dibuka oleh pemandu kevera tersebut.

"Ya, Tuan Putera. Janji temunya pada pukul 8.30 pagi dan beliau menunggu Tuan Putera dalam pejabatnya di sana." Balas Jora sambil memberitahu jadual Mirza pada pagi itu. Mirza mengangguk dan kemudian membuka tabletnya untuk menanda sesuatu.

Setelah itu, dia membuka peta yang Faqimora hantar kepadanya beberapa hari lepas. Peta Kerajaan De Leux yang terkini serta maklumat pegawai atasan yang menjaga kelima-lima bandar utama De Leux.

Untuk menakluk De Leux semula, pihak Olienpiece perlu menawan kelima-lima bandar utama De Leux. Untuk menawan kelima-lima bandar itu, pegawai atasan yang menjaganya perlu ditewaskan dahulu. Dengan itu, barulah pertahanan kerajaan De Leux akan lumpuh.

Namun, bandar yang paling penting antara kelima-lima itu ialah bandar yang menempatkan Istana Kastellis. Jika Istana Kastellis dapat ditawan, maka kerajaan De Leux akan diisytiharkan kalah dan sudah dapat ditawan oleh pihaknya semula.

Untuk sampai ke bandar itu pula sudah tentulah banyak pancarobanya kerana segala jenis raksasa diletakkan di situ untuk berkawal dan menjaga bandar tersebut dari penceroboh.

Dia memilih untuk menyerang hendap kerana tidak mahu mencetuskan peperangan besar di antara pihak Raidez dan Olienpiece. Sudah tentulah ia akan berlaku juga pada akhirnya, namun bukan sekarang. Dia tidak mahu ia tercetus sekarang: bukan ketika batu permata Saphira tidak berada di Olienpiece. Untuk menang terhadap Raidez, batu permata itu perlu berada di Olienpiece.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now