Bab 42: Dua kali

15 7 0
                                    

MIRZA melindungi dirinya dengan menggunakan kuasa tanah dan batu bersilih ganti apabila diserang oleh penyerang-penyerang itu saat dia sudahpun berdepan dengan mereka berlima. Mirza telahpun dapat menguasai kuasa tanah pada sebelum ini berkat berlatih bersama-sama Logam dengan tekun.

Sewaktu diserang, Mirza cuba fokus untuk mengawal kuasa logamnya. Justeru, pada suatu detik yang tenang, Mirza dapat menguasai semua senjata berasaskan logam milik penyerang dia itu lalu melingkari mereka berlima dengan senjata masing-masing.

Mulut mereka juga dililit dengan besi agar mereka tidak dapat menyeru kuasa unsur dan terbitan masing-masing. Disebabkan itu, mereka tidak dapat bergerak lagi dan sudahpun tertangkap.

Tidak sampai lima minit mereka telah tumpas di tangan Mirza apabila Mirza berjaya pengsankan mereka semua. Julie dan Jora hanya tercengang apabila melihat ketangkasan Tuan Putera mereka itu. Kalau macam ini gayanya, maka khidmat mereka tidak diperlukan lagilah kan. Bisik hati Jora, antara yang lemah bertarung dalam kalangan pengiring Putera Mirza.

"Tuan Putera sudah jadi semakin hebat! Kalau Tuan Putera berlawan dengan Rein lagi, Tuan Putera mungkin dapat jadi pemenang pada kali ni." Sorak Julie sambil mendapatkan Putera Mirza.

"Kalau dia masih ditakuk lama, mungkin saya ada peluang, tetapi jika dia juga ada peningkatan, maka ia agak tipis sebab Tuan Rein bukanlah lawan yang mudah." Balas Mirza, kemudian matanya melirik ke atas kerana mahu melihat Lais yang sedang berlawan di udara, kemudian ia beralih ke kirinya pula memandangkan dia mahu melihat Kino berlawan dengan tujuh penyerang mereka.

"Jora, kamu panggil pengawal istana yang menunggu kita di pekan ke sini, biar mereka tangkap mereka semua dan dibawa kepada pihak pengaman (polis) untuk disoal siasat." Arah Mirza dengan tenang.

"Baik Tuan Putera." Jora menyahut dan terus membuka mobilikanya untuk membuat panggilan itu. Setelah selesai melakukan tugasnya, Jora memandang ke arah Tuan Puteranya pula.

"Adakah mereka pembelot juga Tuan Putera?" Jora menduga.

"Mungkin. Tetapi, melihat keadaan mereka yang senang untuk ditumpaskan, maka mungkin mereka hanyalah penyangak yang diupah oleh seseorang saja."

"Apa maksud Tuan Putera?"

"Kamu tahu kenapa saya tidak membawa pengiring yang ramai dan Ketua Hash tidak mengikuti saya ke sini?" kali ini, Mirza menduga Jora. Disebabkan itu, Jora melihat ke arah Julie dan Julie melihat ke arah Jora.

"Untuk menguji setiap istana kerajaan lain sama ada di dalamnya ada pembelot ataupun tidak?" Lais meneka sambil melemparkan penyangak yang menyerangnya ke arah kawan-kawan mereka yang sudahpun ditumpaskan oleh Putera Mirza tadi.

Penyangak yang diuruskan olehnya telahpun tumpas di tangannya dan mereka diletakkan di satu tempat. Hanya seorang penyangak itu saja yang dibawa olehnya untuk dicampakkan kepada kawan-kawannya yang dikumpulkan berhampiran Jora, Julie dan Putera Mirza itu.

Mirza mengangguk. Pengawal istana yang ada di pekan itu adalah pengawal pinjaman dari istana Kastellac (Istana Kerajaan Exportania). Ketika dia menyinggah kerajaan-kerajaan itu, memang pihak istana meminjam beberapa pengawal mereka untuk menemani Putera Mirza dan pengiringnya ke destinasi mereka.

"Mereka memunculkan diri di kerajaan Exportania menunjukkan pembelot itu berada di istana Kastellac?" kali ini, Kino pula yang mencelah.

"Ya. Boleh jadi ia adalah pengawal istana yang dipinjamkan kepada kita itu atau ia suruhan orang atasan mereka. Namun, memandangkan mereka hanya mengupah penyangak biasa, ia bermakna mereka juga sedang menguji kita. Menguji sama ada saya benar-benar membawa kamu sahaja atau ada orang kuat Istana Kastelhike yang mengiringi saya secara sembunyi. Atau ia hanyalah untuk menguji kekuatan kamu semua sebagai pengiring saya. Namun, menurut pemerhatian saya, ia sebagai ujian untuk mengetahui sama ada saya membawa orang kuat yang lain atau tidak." Jelas Mirza.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now