...sambungan Bab 29

40 7 2
                                    

...

PUTERA Saze bersama-sama lima orang AB-nya sedang menunggang viva untuk ke Bandar Sajin. Bandar Sajin terletak di hujung Kerajaan Mauritus dan merupakan bandar yang paling kecil di Mauritus.

PK-nya tidak mengikut kerana perlu menjaga urusan bironya di Istana Kastelhike. Saze membawa AB yang dia percayai sahaja. PK-nya juga adalah orang yang dipercayai dan akan menjadi sandaran di Kastelhike.

Saze dan AB-nya yang sedang bercuti sekarang berhenti menunggang viva di sempadan Bandar Sajin dan menambat kuda atau viva mereka pada sebatang pokok dan akan kembali ke sini semula apabila urusan mereka di bandar itu selesai. Selepas ini, mereka akan berjalan kaki ke sana.

Mereka boleh saja menaiki kevera empat atau dua roda, tetapi menunggang viva lebih praktikal sekarang. Lagipun, viva mereka sama laju dengan kevera dua roda (motosikal), bahkan ia lebih menyenangkan.

Hal ini kerana, kalau dia berhenti, kakinya tidak perlu diturunkan untuk menahan viva memandangkan viva mereka mempunyai dua kaki untuk menahan badannya dan mereka yang berada di atas badan viva tersebut.

Kalau mereka menunggang kevera dua roda, maka mereka perlu menurunkan kaki untuk menahan badan kevera setiap kali mereka berhenti. Oleh sebab itu, viva sangat praktikal untuk misi-misi seperti ini dan sangat praktikal di dalam perang.

Tetapi, kekurangannya ialah viva boleh dibunuh dengan anak panah atau pistol dan dilemahkan. Malahan, mereka memerlukan rehat untuk makan, minum dan sebagainya, sama seperti manusia.

"Tuan Putera mahu berehat dahulu atau meneruskan perjalanan?" soal salah seorang AB-nya, Jakub.

"Kita teruskan perjalanan. Kamu semua perlukan rehat ke?" soal Saze kepada anak-anak buahnya. Dia nampak anak-anak buahnya itu menggelengkan kepalanya.

Jadi, Saze meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki kerana mereka sudah dekat dengan kawasan bandar Sajin dan sekarang sedang melalui kawasan hutan dan berbukit kerana tidak mahu dikesan oleh penduduk bandar bersebelahan Sajin serta oleh ahli GPS yang mungkin sedang meninjau kawasan ini.

Saze dan yang lain memakai topeng dan baju yang biasa yakni bukannya baju rasmi istana kerana tidak mahu pihak GPS mengetahui bahawa mereka ialah dari pihak Istana Kastelhike. Mereka mahu dikenali sebagai perompak atau geng lanun oleh pihak GPS, oleh sebab itu mereka memakai topeng dan jaket panjang berhud.

Pihak GPS menguasai Bandar Sajin dengan memutuskan segala pertalian komunikasi dengan memintas pancaran kuasa pencawang mobilika di Bandar Sajin. Pencawang mobilika itulah yang akan menyambungkan talian internet, komunikasi dan lain-lain dengan bandar-bandar lain.

Bagi yang memegang mobilika di tempat yang tiada pencawang, mereka memerlukan alatan khas dan mini yang dipanggil sebagai pencawang mini. Itulah yang digunakan oleh orang yang memegang mobilika dan berada di planet lain seperti di bumi.

Pencawang mini juga kadang-kadang dibawa oleh ahli Peaks, tentera dan askar di dalam misi-misi mereka: dengan cara itu mereka dapat menghubungi pihak berkuasa kalau berdepan dengan apa-apa masalah.

Selama sejam berjalan, Saze, Jakub dan yang lain sudahpun sampai betul-betul di sempadan Bandar Sajin. Jadi, Saze semakin berhati-hati dalam berjalan kerana dia pasti pihak GPS sedang berkawal di seluruh kawasan itu dan akan membunyikan penggera jika mereka tertangkap memasuki kawasan Bandar Sajin.

Saze dan yang lain sedang berada di atas pokok di dalam hutan yang tidak jauh dari Bandar Sajin. Dia melihat keadaan di bandar itu dengan binokular. Seperti yang dia jangkakan, seluruh kawasan Bandar Sajin sedang dikawal dan dijaga rapi oleh pihak GPS.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now