Bab 51: Tiga temu janji

12 2 0
                                    

BAB 51: Tiga temu janji

MAISUN menunggu Puteri Avi di hadapan bironya lagi. Dia masih belum mendengar keputusan dari Puteri Avi: keputusan sama ada Avi mahu melahirkan anak di dalam kandungannya atau tidak. Malahan, Avi tidak pernah mengeyakan bahawa anak dalam kandungan itu ialah anak PK Rawin.

Tidak lama selepas itu, Puteri Avi keluar dari bironya dan berhenti apabila melihat kelibat Maisun.

"Kamu di sini lagi? Bukankah beta sudah cakap supaya jangan ganggu beta lagi." Avi bersuara tegas.

"Ya. Tapi, boleh tak Tuan Puteri bagi patik sedikit masa untuk berbincang."

"Bincangkan apa lagi?"

"Tentang keadaan Tuan Puteri. Patik-..."

"Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Bukankah sudah banyak kali Tuan Puteri nyatakan ini? Jangan sampai saya keluarkan arahan penyekatan kamu dari menghampiri Tuan Puteri." Rawin mencelah dengan wajah garang.

"Ini tiada kaitan dengan Tuan Rawin, saya mahu bercakap dengan Tuan Puteri, bukannya dengan kamu." Bidas Maisun, bertegas.

"Apa!?"

"Sudahlah. Jangan buat bising dan hal di sini. Tuan Maisun, sudah tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan." Avi mencelah sambil mengurut temporal kepalanya.

Melihat Avi kelihatan sedikit stres, membuatkan Maisun menundukkan kepalanya.

"Maaf, Tuan Puteri. Tapi, boleh bagi patik peluang untuk berbincang dan berbual-bual dengan Tuan Puteri? Ha-hanya kita berdua saja."

"Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi, Tuan Maisun."

"Kalau macam itu, patik akan selalu datang ke sini sehingga Tuan Puteri bersetuju."

"Kau ni kan tak faham bahasa ke!?" marah Rawin garang.

"Saya bawakan makanan untuk Tuan Puteri lagi. Tuan Puteri makanlah. Saya sendiri yang masak, ia lebih menyihatkan lagi-lagi dengan keadaan Tuan Puteri sekarang." Maisun menyerahkan bungkusan makanan yang dia bawa.

Avi mengambilnya kerana terpaksa dan sebaik saja dia mengambilnya, Maisun berlalu pergi dengan laju.

"Patik akan datang lagi esok." Itulah kata-kata Maisun sebelum dia pergi. Mendengar pesanan itu telah membuatkan Rawin meramas tangannya kerana geram.

Puteri Avi melihat bungkusan makanan itu dan mengeluh pendek.

"Biar patik yang uruskan makanan itu, Tuan Puteri."

"Tidak mengapa, Rawin. Beta akan uruskannya. Kamu baliklah dan berehat."

"Tuan Puteri, tentang apa yang patik beritahu Tuan Puteri pada sebelum ini, hm...Adakah-."

"Beta hanya menganggap kamu sebagai kawan dan anak buah beta, Rawin." Balas Puteri Avi, tegas dan terus berjalan pergi dari situ meninggalkan Rawin dengan perasaan kecewanya.

...

MIRZA memasuki bilik pejabatnya dan dapat melihat kelibat seseorang sedang menunggunya di dalam. Kedatangan orang itu telahpun diberitahu oleh Jora kepadanya semasa dia memasuki jabatan JUK ini tadi.

"Apa yang Ketua Hash buat di sini?" soal Mirza ingin tahu.

"Sudah tidak boleh berjumpa dengan Tuan Putera ke sekarang?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now