Bab 30: Hubungan silaturahim

25 6 2
                                    

FAQIMORA diikat di atas sebuah kerusi kayu dan matanya ditutup dengan kain berwarna hitam. Ketika itu dia masih belum sedar dari pengsan. Sudah seharian dia pengsan sejak pertemuan dia dengan ayahnya itu.

Gedegang!

Suatu bunyi yang kuat kedengaran di dalam bilik kurungan Faqimora. Disebabkan bunyi itu, Faqimora sedikit terkejut dan telah menyebabkan dia membuka matanya dengan perlahan-lahan kerana dia sedikit terganggu dengan bunyi kuat itu tadi.

Saat dia membuka mata, dia cuma nampak suasana yang gelap gelita. Ah, dia di mana sekarang? Apa yang sedang berlaku? Soalnya di dalam hati sambil cuba mengingat kembali kejadian semalam.

Oh ya, baru dia ingat. Dia pengsan setelah terkesan dengan kuasa 'Alam Fantasi Tahap 1' milik ayahnya itu. Jadi, dia dibawa ke mana sekarang? Adakah ayahnya membawa dia ke Kastelhike untuk dihukum sekali lagi? Cis! Ayahnya memang tak habis-habis untuk menghukum dia kan.

Kemudian, ikatan kain yang menutup mata Faqimora dibuka dan dilepaskan. Jadi, Faqimora memandang ke hadapannya dengan perlahan-lahan dan kini ada seorang jejaka tampan yang masih muda sedang duduk di atas kerusi dan memandang tepat ke arahnya.

Lelaki itu duduk di atas kerusi dengan menyilangkan kaki kanan ke atas kaki kiri dan merehatkan kedua-dua tangannya ke atas ribanya. Siapa lelaki muda itu? Apa urusan lelaki muda itu dengan dia? Dia tidak pernah melihat wajah lelaki muda tersebut.

"Kamu pengsan seharian, mahu makan dahulu sebelum kita membincangkan urusan kita pada pagi ini?" soal lelaki muda yang tampan tersebut tanpa apa-apa ekspresi.

Faqimora mengerutkan dahinya. "Kau siapa?"

"Kita pernah berjumpa pada sebelum ini, tetapi pada masa itu saya adalah pemegang batu permata Naga Api dan orang yang telah dibawa ke Kastelhalia untuk dihukum pancung. Tuan yang sudah membawa saya, masih ingat kejadian itu?"

Faqimora terus membuntangkan matanya. Lelaki yang ada 'tanda putera' di dada, anak Putera Mazhe?

"Bukankah anak Putera Mazhe sudah mati?"

"Belum. Saya belum mati lagi."

"Jadi...kematian Putera Zull adalah suatu penipuan?"

"Ya, putera yang bernama Zull memang sudah mati, saya adalah Putera Mirza. Tuan boleh panggil saya Mirza mulai sekarang."

Faqimora tergelak kecil. "Tuan Putera seorang yang sopan bukan? Ini kali pertama saya mendengar seseorang memanggil saya 'Tuan', selalunya panggilan hormat yang saya biasa dengar hanyalah Kapten."

"Tidak sesopan yang Tuan fikirkan. Apa kata kita terus saja kepada urusan kita kalau Tuan tidak mahu makan lagi?"

Faqimora mendiamkan dirinya dahulu. "Bukankah agak membahayakan membongkarkan identiti Tuan Putera kepada saya? Macam mana kalau saya memberikan maklumat ini kepada Raja Zach?"

"Apa yang membuatkan Tuan rasa saya akan melepaskan Tuan hidup-hidup dari sini dan Tuan berjaya pulang ke pangkuan Raja Zach?"

"Ke pangkuan? Geli pula saya mendengarnya."

"Berapa ganjaran yang Raja Zach bagi kepada Tuan?"

"Kenapa? Adakah Tuan Putera berminat untuk mengupah saya?"

"Ya."

Apabila mendengarnya, Faqimora terus meneliti wajah Putera Mirza. Biar betul? Pihak Olienpiece langsung tidak pernah berminat untuk menggunakan khidmat orang seperti dia pada sebelum ini, jadi kenapa anak kepada Putera Mazhe ini tiba-tiba saja berminat untuk mengupah dia?

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now