...sambungan Bab 7

28 10 2
                                    

...

DAHI Miss Broome berkerut-kerut pada malam itu kerana dia sedang dijengah oleh satu mimpi ngeri yang berkisarkan tentang masa lalunya. Di dalam mimpi itu dia sedang berlari dengan panik kerana mahu menemui permaisuri dan rajanya.

Setelah sampai ke bilik permaisuri dan raja, dia terus membuka pintu tanpa mengetuknya kerana ia urusan yang sangat penting.

"Patik minta maaf kerana tidak mengetuk pintu, tapi patik..." MB cuba menjelaskan tindakannya itu, tetapi disangkal oleh permaisuri dan raja.

"Broom, eloklah kamu masuk ke sini, cepat bawa anakanda beta ke tempat persembunyian yang selamat." Balas permaisuri lalu memberikan anaknya yang berusia 6 bulan ke dalam pangkuan Broom.

"Ha? Permaisuri dan Raja ikut sekali kan?" soalnya sedikit keliru.

"Beta tidak dapat menyertai kamu, beta perlu berada di sini kerana mereka akan mengejar jika beta tidak hentikan mereka di sini. Kamu lekas keluar dari sini, kami akan lengahkan kemaraan tentera Raidez." Giliran raja pula bersuara.

"Aaah!" kedengaran bunyi jeritan semakin dekat, terkadang mereka juga terdengar bunyi pedang yang bergesel dan bertemu.

Disebabkan itu, permaisuri terus menarik Broom yang sedang mendukung anaknya ke dalam sebuah pintu. Ia merupakan pintu yang bersambung dengan jalan rahsia untuk keluar dari istana.

Raja dan permaisuri membuat jalan rahsia itu kerana mereka berdua suka keluar dari istana pada setiap malam dan menjadi orang biasa tanpa diiringi oleh pengawal dan pengiring.

"Broom, kamu perlu pergi dari sini bersama-sama anakanda beta. Jangan berpaling ke belakang lagi dan tidak perlu cuba untuk selamatkan kami. Beta mohon untuk kamu besarkan anak beta macam anak kamu sendiri. Janji dengan beta Broom." Ujar permaisuri dengan riak wajah serius.

"Tapi, permaisuri..."

"Tak ada tapi-tapi lagi Broom, bawa Aris pergi dari sini dengan selamat dan tidak perlulah beritahu Aris pasal asal usulnya, dia pun tak mungkin akan dapat menjejakkan kaki ke sini. Saya tak rasa Olienpiece ada masa depan yang cerah lagi, Broom. Bawa dia ke bumi Broom. Kamu binalah hidup baharu di bumi bersama-sama Aris. Jangan bawa Aris ke sini, ke Olinepiece." Kemudian permaisuri memberikan suatu kotak kepada Broom.

"Permaisuri..." matanya tidak henti-henti mengalirkan air mata.

Pak! Pintu rahsia itu ditutup dan disembunyikan semula oleh permaisuri.

Rasanya baru pagi tadi mereka bergelak ketawa dan bergurau senda di taman, tiba-tiba pada malam hari mereka diserang hendap oleh pihak Raidez pula. Serangan ini langsung tidak diketahui oleh sesiapa, jadi pihak Olienpiece tidak sempat menghantar bantuan. Jadi, sekarang seluruh kerajaan itu sudahpun jatuh ke tangan Raidez.

Broom menyeka air matanya dan memulakan larian ke tempat selamat. Lagi awal dia keluar dari istana itu, lagi selamat. Kalau dia berlama-lama di situ, risau tentera Raidez menemui jalan rahsia itu pula.

Setelah keluar dari jalan rahsia tersebut dan istana, Broom berlari ke dalam hutan yang terdapat di situ. Ia lebih selamat kerana sekarang tentera Raidez sedang sibuk menangkap para penduduk dan menjadikan mereka tebusan.

Apabila sampai ke tengah hutan, Broom membuka kotak yang diberikan oleh permaisurinya tadi dan dia dapat melihat ada beberapa barang kemas, emas, berlian dan batu permata di dalamnya. Di dalamnya juga ada portelis. Oleh itu, tanpa membuang masa Broom menggunakan portelis itu untuk bersembunyi di bumi pula.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now