...sambungan Bab 41

19 5 0
                                    

...

Dua hari kemudian,

KEDATANGAN Putera Mirza bersama-sama dengan Ketua Hazeman disambut baik oleh Raja dan Permaisuri Kerajaan Exportania, Lintenia dan Hemifilis. Mesyuarat atau perjumpaan Mirza dengan mereka telah memakan masa selama dua hari. Ia berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah serta isu yang timbul.

Tugas kerajaan-kerajaan dibawah naungan Olienpiece ialah untuk bersedia pada hari kejadian daripada sebarang pencerobohan sewaktu Perang Rampasan itu berlangsung. Sebaik saja mesyuarat dan perjumpaan tamat, Mirza dan pengiringnya bertandang ke rumah Kino memandangkan mereka berada di kerajaan Exportania sebagai destinasi terakhir mereka sebelum pulang semula ke Kastelhike, di kerajaan Mauritus.

Kino melihat ke arah Tuan Putera mereka yang sedang berjalan ke rumahnya. Dia menggaru belakang leher yang tidak gatal kerana tidak faham kenapa Putera Mirza berminat untuk ke rumah setiap pengiring-pengiringnya sepanjang lawatan ke kerajaan-kerajaan yang terlibat.

Semalam mereka sudah ke rumah Lais dan Julie yang terletak di kerajaan Lintenia, selepas itu ke rumahnya pula yang berada di kerajaan Exportania. Sebelum bertolak dari kediaman utama di Kastelhike dua hari yang lalu pula, mereka sempat bertandang ke rumah Jora di dalam kerajaan Mauritus.

Kenapalah agaknya? Kino tertanya-tanya dengan tindak-tanduk Tuan Putera mereka itu.

"Er, patik minta maaf kalau bertanya soalan macam ini, tapi kenapa Tuan Putera mahu ke rumah patik? Rumah patik hanyalah rumah kampung, tidak semewah rumah si Lais dan yang lain." Kino memecahkan kesunyian sambil tetap berjalan di hadapan Mirza.

Dia dan Jora akan berjalan di hadapan Mirza, manakala Lais dan Julie akan berjalan di belakang Mirza selaku pengiring dan pengawal buat Mirza yang merupakan Tuanku mereka sekarang. Ketua Hazeman sudahpun pulang ke Kastelhike pada petang tadi sebaik saja urusan mereka selesai di kerajaan-kerajaan yang mereka lawati.

Kini hanya tinggal mereka berlima sahaja seperti selalu.

Kampungnya jauh ke dalam dan Mirza tidak menaiki kevera yang disediakan oleh istana, sebaiknya hanya berjalan kaki untuk ke kampung Kino. Tiada pengiring atau pengawal istana lain yang mengikuti mereka kerana Mirza tidak suka mempunyai begitu banyak pengikut dan pengiring.

Cukuplah empat pengiring yang dia ada ini untuk membantu dia jika mereka diserang oleh penjahat atau pihak Raidez yang berada di sini dan bersembunyi. Dengan segala latihan, kuasa dan kekuatan yang dia ada sekarang ini, dia yakin dia juga dapat melindungi dirinya sendiri.

"Kamu tidak sukakan kehadiran kami ke rumah kamu?" Mirza memberi soalan dan tidak menjawab soalan Kino.

"Bukan macam itu, tetapi ia pelik sebab Tuan Putera pergi ke rumah kami. Kenapa? Ada sesuatu yang mengganggu Tuan Putera ke? Adakah Tuan Putera mahu memastikan kami dapat dipercayai atau tidak?"

"Ia senang bagi saya nanti."

"Er, senang untuk?" celah Jora ingin tahu dan tertarik untuk menyertai perbualan antara Mirza dengan Kino. Yang lain juga tertunggu-tunggu jawapan dari Mirza.

"Senang untuk saya mengadu kepada penjaga dan ibu bapa kamu jika kamu membuat masalah, terutama sekali kamu Kino." Balas Mirza selamba.

"Ack!" keempat-empat mereka terus melopong. Oh, begitu kisahnya.

"Lagipun, saya suka berkenalan dengan penjaga kawan-kawan saya, itu jugalah yang saya lakukan ketika saya masih berada di bumi. Saya rasa ia suatu kewajipan untuk saya berjumpa dengan penjaga kawan-kawan saya supaya mereka mengenali siapa orang yang berkawan dengan anak-anak mereka. Jika saya mengajak anak mereka keluar dan mereka tahu saya adalah orangnya, maka mereka mungkin dapat berikan persetujuan kerana sudah mengenali saya. Kalau saya ada anak, saya juga mahu kawan anak saya buat perkara yang sama. Saya mahu melihat siapa yang berkawan dengan anak saya dan adakah dia pengaruh yang baik atau tidak, ia perkara penting kerana pengaruh rakan sebaya itu wujud. Kamu tidak rasa macam itu, bukankah ia memudahkan urusan semua pihak?" jelas Mirza panjang lebar.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now