...sambungan Bab 33

17 5 0
                                    

...

PUTERI ALLI sedang melihat pemandangan luar menerusi tingkap bilik pejabatnya. Dia sedang memikirkan tentang kejadian tiga minggu yang lepas yakni ketika dia dan pengganggu misi dia bertembung di Bandar Sajin itu.

Jelas sekali lawannya itu mengetahui identiti dia kerana tindakan pantas dia memotong jari-jarinya itu menunjukkan bahawa dia tahu kuasa keturunan milik keluarga Alli. Siapa? Siapakah mereka?

Kalau mereka orang istana, maka kenapa sampai sekarang tiada apa-apa tindakan yang dikenakan kepada dia pun? Malahan, sampai sekarang tiada sesiapa pun yang datang atau bersemuka dengan dia mengenai kejadian itu.

Dia cukup risau akan apa yang bakal berlaku apabila dia bekerja di istana pada keesokkan harinya selepas kejadian itu terjadi. Namun, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tetapi, kenapa? Alli tidak dapat berfikir mengenai identiti lawan disebalik topeng tersebut. Siapakah orang yang mencurigakan di istana sekarang ini?

"Tuan Puteri patut lihat jari siapakah yang berbalut di istana sekarang atau siapa yang bercuti lama selepas kejadian itu."

Itulah pesanan Puteri Radea kepadanya selepas kejadian itu berlaku. Dia terus menemui Radea dan berbincang mengenai perkara itu kerana tidak sedap hati dan tidak keruan apabila memikirkannya. Identitinya tidak boleh terbongkar sekarang, bukan ketika dia belum berjaya menguasai Olienpiece dan membawa Putera Mazhe ke sini.

Selain berfikir mengenai pengganggu tersebut, Alli juga memikirkan tentang bekas Ketua Rhey. Sudah jelas dan bersuluh kuasa 'Alam Fantasi' yang memerangkap ahli-ahli GPS buat sementara adalah perbuatan bekas Ketua Rhey.

Walaupun dia tidak melihat kelibat bekas Ketua Rhey di sana, tetapi dia pasti itu ialah kuasa milik Ketua Rhey sebab hanya Ketua Rhey saja yang dapat menyeru kuasa 'Alam Fantasi' berskala besar macam itu.

Kalau benar ia adalah Ketua Rhey, maknanya Tuanku Ozz telah meminta bantuan Ketua Rhey untuk menangani isu di Bandar Sajin itulah kan? Cis! Si tua licik itu!

...

KETUA JEMEER iaitu Ketua Biro Keselamatan Istana berjalan keluar dari kevera untuk ke Bangunan Buruh Istana. Ada isu yang timbul di sana dan dia perlu menguruskannya dengan mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Bahagian di dalam Bangunan Buruh Istana.

Dia diikuti oleh PK dan AB miliknya sebagai pengiring dan pembantu dia dalam mesyuaratnya pada kali ini. Tidak jauh dari situ, kelihatan dua orang kelibat yang sedang memerhatikan kelibat Ketua Jemeer memasuki banguan buruh terbabit.

"Macam mana Ari, apakah warna aura dia?" soal Mirza kepada Ari.

Hari ini Mirza dan Ari bekerja pada syif malam, ertinya mereka ada masa terluang dari pagi hingga ke petang sebelum masuk bekerja pada pukul 8.30 malam nanti.

"Biru." Balas Ari sambil menjilat aiskrim yang dia pegang di kedua-dua tangannya.

"Biru ya." Mirza mengulang ayat Ari seolah-olah sedang mengamatinya.

Ketua Jemeer ialah matlamat Mirza yang sebenarnya, ertinya Ketua Jemeer ialah penyebab sebenar kenapa Mirza mahu menggunakan kuasa Ari. Tetapi, dia menguji Ari dengan melihat aura orang-orang lain dahulu kerana mahu memastikan sama ada ia boleh dipercayai atau tidak.

Namun, disebabkan apa yang Ari lihat pada aura milik Putera Muez tempoh hari, Mirza mula rasa ragu-ragu dengan kuasa Ari. Dia memerlukan Ari untuk melihat aura Jemeer kerana Jemeer akan menjadi 'kunci utama' dia untuk berkawal di Kediaman Istana Bekas Tuanku Merak yang terletak di bahagian Barat Istana.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now