...sambungan Bab 11

20 8 0
                                    

...

KEESOKKANNYA, selepas selesai solat Subuh, Zull mengemas katilnya itu dan memerhatikan suasana pagi di penjara tersebut. Rata-rata mereka masih dibuai oleh mimpi. Sel tahanan mereka semua tidak berlampu dan hanya bergantung dengan lampu di ruang pejalan sahaja untuk mencerahkan tempat mereka itu.

Dia pula mempunyai lampu meja di bilik tahanannya itu, namun dia tidak membukanya kerana tidak mahu yang lain tersedar. Dia sudahpun mandi sebelum solat Subuh tadi dan telahpun menukar pakaiannya.

Dia mempunyai almari baju di sini dan di dalam almari itu ada baju-baju rasmi Putera Raja khas untuknya sebagai Tuan Putera di sini. Dia juga mempunyai rak buku serta kerusi meja untuk menulis.

Pokoknya, pihak istana telah menjadikan bilik ini seperti bilik tidur yang selesa dan mewah untuknya. Yang dia tidak boleh lakukan ialah keluar dari sini sahaja. Bakul baju kotor ada disediakan untuk dia dan pihak pencuci akan datang mengambilnya sekali sehari. Bagi banduan yang lain, mereka perlu membersihkan kain baju mereka sendiri di dalam lima tandas yang disediakan di dalam sel tahanan.

Zull bingkas bangun dan duduk seperti semalam di tempat yang sama iaitu di tempat dia memerhatikan langit di luar. Belum ada cahaya yang masuk menerusi ruang antara palang tersebut kerana hari masih belum cerah sepenuhnya lagi.

Maisun menguap di sel tahanan sebelah. Sudah sampai masanya untuk dia bangun. Dia memang jenis yang bangun awal kerana arwah ayahnya selalu mengejutkan dia pada setiap pagi untuk berlatih. Jadi, walaupun ayahnya sudah tiada, dia tetap terbangun awal kerana sudah biasa.

Kemudian, dia terpandang Tuan Putera yang duduk dengan gaya yang sama itu lagi. Yakni duduk di tempat yang sama dan dengan cara yang sama sambil mendongak melihat keadaan luar penjara menerusi jendela kecil berpalang besi tersebut.

Apalah yang dilihatnya sedangkan tiada apa pun di luar itu? Getus hati Maisun tertanya-tanya. Namun, matanya juga turut memandang ke arah jendela berpalang besi yang terdapat di dinding sel tahanan tersebut disebabkan refleks.

Kemudian, dia mengerling ke arah Tuan Putera itu lagi.

"Tertanya-tanya kenapa saya selalu melihat suasana luar menerusi jendela kecil itu?" tegur Tuan Putera itu dan membuatkan Maisun sedikit terkejut. Tuan Putera perasan ke dia memerhatikan Tuan Putera?

"Keadaan di sini semuanya berbeza dengan bumi. Hanya langit itu sahaja yang masih sama macam bumi. Saya selalu memandangnya kerana saya tidak mahu hanyut semasa berada di sini. Langit itu...akan selalu mengingatkan saya tentang matlamat saya, seolah-olah memberi amaran kepada saya. Saya rasa saya akan hilang matlamat dan diri saya sendiri apabila tidak dapat melihatnya." Jelas Zull ringkas.

"Oh ya? Aku tak tanya pun."

"Awak juga seseorang yang suka bangun awal?"

"Hm."

"Baguslah, ia tabiat yang bagus kerana mind-..."

"Boleh kau diam? Kau memang suka bercakap dengan orang yang tidak mahu bercakap dengan kau ke? Aku tak peduli dengan sebab atau manfaat kalau aku bangun awal. Ia sudah tidak penting! Aku hilang 10 tahun dari hidup aku kerana berada di sini, jadi jangan cuba berbaik dengan aku. Hidup kami sebagai orang nomad jauh lebih baik daripada berada di sini. Ini suatu kesilapan. Suatu kesilapan!"

Zull terdiam apabila mendengarnya. Jadi, dia mendiamkan dirinya dan tidak bercakap lagi dengan Maisun, lalu dia meneruskan pekerjaannya tadi. Dia mahu membaca buku yang disediakan di sini, tetapi disebabkan keadaan masih malap dan masih tiada sumber cahaya yang terang, maka dia perlu menunggu sehinggalah yang lain juga sudah bangun.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now