...sambungan Bab 47

20 6 0
                                    

MIRZA meninggalkan Kino dan Ouson di tempat tadi apabila pasti mereka tidak apa-apa. Mereka pasti akan menyusul dia dan yang lain nanti. Tentera yang lain mengikut langkah Tuan Putera mereka dan melumpuhkan serta menangkap pengawal istana yang cuba menyerang mereka.

Mirza tahu ke mana dia harus pergi kerana dia sudahpun mengingati cetak biru (blueprint) istana Kastellis, termasuklah arah ke bilik kebal. Semuanya telah berada dalam ingatannya dan ia didapati dari Kapten Faqimora.

Faqimora telah melaksanakan tugasnya dengan sangat baik, termasuklah dengan melaporkan keadaan terkini Kerajaan Phillea kepadanya dan menyebabkan mereka dapat menakluknya sekarang. Tidak dilupakan juga kepada pasukan Phillea yang berjaya menakluki kerajaan itu tanpa Putera Mirza perlu berada di sana. Cukuplah dia sekadar merangka strategi penaklukan mereka di sana.

Mirza memecahkan kumpulan askar yang mengikutinya kepada tiga kumpulan pula kerana masing-masing perlu mencari kelibat Raja Leona di dalam. Kino dan Ouson yang baru saja menyertai mereka semula akan mengetuai dua kumpulan itu, manakala dia akan mengetuai kumpulan kecilnya.

Mirza akan menuju ke arah bilik kebal dahulu kerana dia dapat rasakan Raja Leona mungkin berada di sana dan bersembunyi di situ. Mungkin benar telahannya apabila dia melihat ada beberapa orang sedang berjaga di luar bilik kebal tersebut. Salah seorang darinya nampak sedikit kuat.

Tanpa sempat mereka berkelip pun, orang itu terus menerpa ke arah Mirza dengan pedangnya. Tanpa membuang masa, Mirza menahan serangan itu dan berlawan pedang dengan orang itu untuk seketika.

Tentera yang mengikut Putera Mirza pula menyerang pengawal istana yang berada di situ. Semasa berlawan pedang dengan Mirza, lawannya itu atau Parte menyeru kuasa api miliknya dan menyebabkan pedangnya membara dan membakar.

Perkara itu telah menyebabkan Mirza mengundurkan dirinya ke belakang sedikit sebelum turut menyeru kuasa tanah miliknya dan menyerang Parte dengan silinder dari tanah yang muncul di bawah tempat Parte bertapak.

Parte mengundur beberapa langkah juga sementara cuba memintas kuasa tanah memandangkan dia juga mempunyai kuasa tanah. Melihat keadaan itu, maka Mirza mengambil peluang itu untuk menguasai pedang berapi yang sedang digenggam oleh lawannya. Ia pedang dari besi, cuma ia terbakar disebabkan kuasa api milik Parte, oleh sebab itu Mirza dapat menguasainya.

Pakk!

Bunyi pedang berapi milik Parte yang menghempap dinding istana kedengaran kuat apabila Mirza berjaya menguasainya menggunakan kuasa logam miliknya. Disebabkan itu, Parte sedikit kaget, tetapi kemudian mengukirkan senyuman sinis di bibirnya.

Menarik. Nampaknya Tuanku Mirza memiliki kuasa logam dan mungkin sudah arif dalam mengawalnya? Parte berfikir-fikir.

Kali ini, dia menyeru bebola api dan melemparkannya ke arah Mirza dan beberapa tentera Olienpiece yang mengikuti Mirza dan sedang berlawan dengan pengawal istana Kastellis.

Tanpa membuang masa, Mirza melindungi dirinya dan yang lain dengan menggunakan benteng dari batu. Sambil dia menyeru benteng dari batu, dia berlari ke arah Parte kerana cuba menyerang Parte sekali lagi, kali ini dia mahu berlawan pedang dengan Parte. Berlawan senjata atau pedang adalah kekuatannya sejak dari dia menjadi Hitam lagi.

Disebabkan itu, Parte menyeru pedang dari tanah dan cuba menahan serangan pedang dari Mirza. Tetapi, ia hanya untuk seketika kerana kuasa tanahnya dapat dipintas oleh Mirza dan Mirza menghancurkan pedang itu menjadi pasir yang bertaburan ke atas lantai.

Parte cuba untuk menyerang dengan menyeru kuasa apinya memandangkan dia tahu bahawa Mirza tidak dapat menguasai unsur api, tetapi tidak sempat melakukannya apabila Mirza melilit badannya dengan logam menggunakan pedang yang dia gunakan tadi dan menutup mulutnya dengan kuasa batu agar dia tidak dapat menyeru kuasanya lagi.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now