Bab 3: 'Pelindung Pertama'

25 9 0
                                    

KHAI memarkirkan kereta di tempat parkir yang disediakan khas untuknya di bangunan itu. Dia memasuki bangunan itu dan terus ke ruangan yang disediakan untuk penggambaran, khususnya penggambaran iklan produk-produk 'Khami'.

Dia telah menyediakan studio kecil di dalam bangunan itu supaya pihak produksi tidak perlu susah-susah mencari atau menyewa bangunan atau ruangan lain hanya untuk proses penggambaran produk keluaran syarikatnya.

Apa yang dia lakukan adalah mengupah seorang pengarah yang sudah mempunyai krunya sendiri dengan kontrak 6 bulan. Kalau pengarah dan kru itu bagus, maka kontrak akan disambungkan lagi dengan persetujuan bersama.

Khai memasuki bilik studio itu kerana mencari isterinya. Dia tahu jadual isterinya pada hari ini, oleh sebab itu dia terus ke sini sebelum memasuki pejabatnya. Isterinya baru sahaja selesai penggambaran iklan untuk produk terbaharu mereka.

"Assalamualaikum, sayang." Sapanya kepada Ayumi yang sedang membelakanginya di meja mekap. Ayumi hanya mengerling pada hujung matanya dengan melihat ke arah cermin meja mekap tersebut.

Jurumekap dan jurutatarias terus beredar dari situ apabila kelibat Khai mendekati tempat mereka. Mungkin Khai mahu berdua-duaan dengan isterinya sekarang. Fikir mereka.

"Waalaikumussalam." Balas Ayumi dengan nada mendatar.

"Okey ke tidur semalam? Abang tak dapat tidur lena sebab sayang tak ada di sebelah." Kata Khai dengan nada manja.

"Siapa suruh awak rahsiakan perkara tu? Saya fikir buruk terhadap Zull selama dua tahun lebih tau."

"Abang minta maaf. Kalau abang tahu sayang terasa macam ni dekat Zull, awal-awal lagi abang beritahu, tapi sayang tak pernah pula cakap pasal hal itu selama ini."

"Sebab saya mahu jaga hati awak dan papa."

"Sayang, janganlah macam ni. Abang tak suka dengar sayang ber-saya-awak macam ni. Maafkanlah abang. Abang janji tak akan buat macam ni lagi, abang janji!" Khai terus mengangkat tangan seolah-olah seperti sedang berikrar.

"Hmph. Saya tengah kerja ni, awak pun patut masuk kerja sekarang."

"Jomlah masuk sama-sama, teman abang sekejap sebelum sayang masuk makmal." Pujuk Khai lagi dengan suara lemah lembut supaya hati isterinya cair. Dia memegang tangan isterinya itu dan bermain-main dengannya.

"Sayangkan cantik, baik hati, selalu bagi sokongan dekat abang. Bila sayang tak ada dengan abang, abang rasa kosong sangat."

Disebabkan itu, Ayumi terus tersenyum.

"Sudahlah, kalau orang lain dengar, termuntah hijau dia dibuatnya."

"Ala, biarlah dia nak muntah hijau ke kuning ke, janji buah hati abang ni sudah tak marahkan abang lagi." Khai tersenyum manis di penghujung ayatnya.

Ayumi menarik nafas panjang dan memerhatikan wajah suaminya itu, lalu dia tersenyum nipis.

"Okeylah, kali ni sayang maafkan abang, tapi dengan syarat."

"Apa syaratnya?"

"Biar sayang yang pilih tema reunion kita kali ni. Kali ni kan papa yang taja dan ia dibuat di ballroom Kondo Park. Pleaaaaaaase." Rayu Ayumi dan membuat reaksi comel, secomel panda. Niat hatinya mahu isterinya yang cair dengan dia, tetapi dia pula yang cair.

"......Okeylah. Abang cuba okey. Um, malam nanti selepas balik kerja kita balik Kelantan dan lawat Nek Chu. Esok kan cuti."

Ayumi mengangguk faham. Biasanya dua kali sebulan atau sekali sebulan mereka akan balik ke Kelantan untuk melawat Nek Chu. Papa mereka tahu, tetapi dia tidak menghalang pun, namun yang papa mereka atau TS Mazhe tidak suka ialah mereka memaksa dia untuk turut serta kerana bagi TS Mazhe dia sudah tiada kaitan dengan Nek Chu lagi.

Dia bagi Nek Chu duduk di rumah lain yang serba serbi mewah dan cukup dengan kelengkapan pun adalah dengan dasar ihsan dan belas kasihannya. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia biarkan Nek Chu di rumah orang tua atau dihantar ke tempat kebajikan yang lain. Tetapi, hakikat Nek Chu menjadi ibu yang baik baginya tidak akan berubah. Nek Chu kata dia sayangkan TS Mazhe, tetapi kenapa dia buat keluarga TS Mazhe macam itu?

...

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now