Bab 15: Sebelum 'Perlawanan Terakhir'

24 7 0
                                    

Bab 15: Sebelum 'Perlawanan Terakhir'

KETUA HASH sedang menunggang viva untuk ke rumah seseorang sejurus selepas mendapat mesej dari Putera Mirza. Ada sesuatu yang Mirza mahu mereka lakukan terhadap seseorang. Selepas sampai ke destinasi yang dituju, maka dia membunyikan loceng rumah di depan pagar utama sebuah kediaman yang agak besar dan mewah.

Tidak lama selepas itu, dia dapat melihat ada yang membuka pintu pagar utama tersebut; seorang wanita yang berumur dalam linkungan lewat 30-an. Wajahnya seperti dirundum kesedihan. Kenapa agaknya ya?

"Ah..." mulut perempuan itu seperti terbuka sedikit apabila melihat lilitan di pergelangan bahu Hash. Maknanya, dia sedar dan tahu bahawa Hash datang dari Istana Kastelhike.

"Boleh saya berjumpa dengan Tuan Faki? Dia sudah balik, bukan?" soal Hash ingin tahu.

"Tu-tuan Faki?" perempuan sedikit ketakutan apabila mendengarnya.

Gedegang!

Tiba-tiba bunyi sesuatu yang dihempap kedengaran dari dalam. Oleh sebab itu, Hash terus memasuki kawasan kediaman itu walaupun dia masih belum dijemput untuk masuk ke dalam.

Apabila masuk ke dalam, dia dapat melihat ada dua orang remaja, lelaki dan perempuan sedang terbaring di atas rumput karpet di perkarangan rumah itu sambil mengaduh kesakitan. Dia melihat kaki Faki melekat di muka si remaja lelaki. Perempuan yang membuka pintu pagar itu pula sudah menangis apabila melihatnya.

"Berhenti!" halang Hash dengan nada tegas.

Sekarang dia faham kenapa Tuan Putera menyuruh dia ke sini. Tuan Puteranya memang sangat peka dengan perkara-perkara macam ini kan. Ia perkara yang kecil bagi dia dan mungkin kepada semua orang, tetapi tidak bagi Tuan Puteranya.

"Tolong ke rumah Faki dan selamatkan orang yang menyeru kuasa tanah tanpa suara itu. Bawa dia ke rumah rahsia Ketua Hash di Hemifilis."

Itulah ayat yang tertulis pada sekeping nota itu tadi.

Disebabkan terdengar suara lain di situ, maka Faki terus mengalihkan pandangannya ke arah Ketua Hash. Hah!? Lelaki dari Kastelhike itu lagi? Apa dia buat di sini? Fikir Faki dengan wajah terkejut.

"Tidak cukup dengan menipu di dalam UKPI, kamu membuat onar di dalam rumah sendiri pula ya. Kamu rasa saya akan melepaskan kamu begitu saja walaupun setelah kamu menarik diri macam itu?" tegur Hash dengan wajah garang sambil berjalan menuju ke arah Faki, lantas berdiri di hadapan Faki dan di antara dua orang remaja yang sudah terbaring lunyai di atas rumput karpet tersebut.

Remaja lelaki itu atau Logam memandang ke arah sosok belakang yang sedang berdiri di hadapan Faki itu dengan wajah ingin tahu. Siapa? Siapakah itu? Ah, itu ialah orang yang menapak di gelanggang itu tadi dan orang yang dapat menghidu penipuan Faki. Fikir Logam.

Faki hanya mendiamkan dirinya kerana sekarang dia tidak berani untuk menjawab apa-apa. Kalau perkara ini sampai kepada ayah dan abang-abangnya, habislah dia. Tadi, sebelum dia balik ke sini pun dia sudah diberi amaran oleh ayahnya. Oleh sebab itu, dia perlu menjaga kelakuannya sekarang.

"Tadi bukan main berani lagi kamu menjawab, kenapa sekarang seperti kucing pengecut pula?" sindir Hash. Faki terus mendecis ringan.

"Siapa mereka ini bagi kamu?" soal Hash ingin tahu.

Tetapi, Faki tidak menjawabnya. Oleh sebab melihat Faki seolah-olah tidak mahu bercakap dengannya, maka dia terus berpaling ke arah perempuan yang membuka pintu pagar untuknya tadi.

"Me-mereka anak-anak saya; Logam dan Lara. Anak saya, Logam ada buat apa-apa kepada Tuan juga ke? Maafkan anak saya, Tuan. Tolong maafkan anak saya, saya janji akan didik dia dengan baik sekarang." Kata perempuan itu atau Lana (35) dan akhirnya menangis syahdu apabila sudah tersepit macam ini. Dia tahu anaknya tidak bersalah, tetapi dia tiada pilihan. Apabila melihat ibunya menangis, Logam dan Lara (14) turut menangis.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now