...sambungan Bab 29

23 6 0
                                    

...

KETUA Rhey merenung wajah lelaki yang akan menjadi lawannya itu. Sudah lama dia tidak nampak wajah itu, mungkin sudah hampir 33 tahun? Dia tidak pasti sebab dia tidak membuat kiraan pun? Dia nampak lelaki itu membuat wajah kaget untuk sebentar sebelum ia berubah riak menjadi tegang.

Tanpa membuang masa Rhey (75) terus menerpa ke arah Faqimora (48) dengan senjata parangnya dengan laju dan kuat. Malah, dia langsung tidak teragak-agak dalam membuatnya, tidak seperti Faqimora yang sedikit ragu-ragu untuk membuat serangan balas kepada ayahnya sendiri.

Faqimora mungkin teragak-agak untuk menyerang balas, tetapi dia yakin dalam mempertahankan dirinya, maknanya sekarang dia hanya berada dalam posisi pertahanan. Dia menahan serangan parang dari lelaki tua itu dengan senjatanya juga.

Atas, bawah, kiri, kanan dan belakang: Faqimora tangkas menepis serangan itu semua. Kenapa? Kenapa sekarang, kenapa ayahnya muncul sekarang, bukankah ayahnya sudah bersara? Jadi, kenapa lelaki tua ini ada di sini sekarang!? Cis!

Faqimora mendecis di dalam hati apabila terpaksa berhadapan dengan ayahnya sendiri di sini dan di dalam situasi begini.

"Boomerang air." Kali ini kuasa unsur air milik Rhey terbentuk menjadi boomerang dan telah menerpa ke arah Faqimora dan hanya mengikut langkah Faqimora.

Sebanyak lima boomerang air yang telah diseru oleh Rhey dan kelima-limanya menyerang Faqimora dengan bertubi-tubi. Maknanya, sekarang Faqimora bukan sahaja perlu menahan serangan parang dari ayahnya, tetapi boomerang-boomerang tersebut.

Mungkin dia patut menyentuh ayahnya dan menyerap kuasa boomerang itu, lalu membalasnya balik kepada ayahnya. Ayahnya pasti dapat menahan serangan itu bukan. Dia perlu membuatnya untuk mengalihkan perhatian lelaki tua itu dan melarikan diri bersama-sama Kiy.

Lagipun, tugas peninjauannya telah selesai. Dia hanya perlu menyampaikan berita kepada Tuanku Ozz saja supaya Tuanku Ozz membatalkan hasrat untuk ke sini. Dia tidak mahu ditangkap di sini, bukan di tangan ayahnya sendiri.

Badannya tidak tercedera pun dengan serangan boomerang air terbabit kerana dia mempunyai kuasa kekebalan, walaupun ia hanyalah untuk seketika yakni selama 10 minit selepas kuasa kebal itu diaktifkan.

Atau dia boleh menggunakan kuasa simpanan yang dia ada untuk melarikan diri.

Disebabkan itu, Faqimora telah menyeru kuasa kabus yang dia pernah serap dari seseorang pada sebelum ini. Jadi, ia telah menyebabkan kawasan di bumbung bangunan tersebut diselubungi oleh kabus yang tebal.

Oleh sebab sudah pasti orang tua itu terperangkap dalam rancangannya, maka Faqimora terus terbang dengan laju menggunakan kuasa anginnya, lalu pantas menuju ke arah Kiy yang berada berhampiran tempat itu dan masih lagi terperangkap di dalam 'Alam Fantasi'.

Dia mahu mendukung Kiy, lalu lesap. Dia pula sudah tidak memegang portelis kerana Raja Zach sudah mengambilnya semula darinya selepas dia menamatkan misi mengambil batu permata Saphira di bumi pada dua tahun yang lepas.

Ah, dia sepatutnya memohon portelis dari Raja Zach pada saat dia bersetuju mengambil misi ini, senang untuk dia melarikan diri ke bumi untuk sementara jika terperangkap dalam situasi sebegini.

Faqimora sudah hampir kepada jasad Kiy, tetapi dengan tiba-tiba sahaja dia terpelanting apabila puting beliung berpusing-pusing di tengan-tengah bumbung terbabit. Kemudian, dia dapat mendengar seseorang ketawa. Ayahnya sedang ketawa ke?

Ya, benar. Dia nampak ayahnya sedang ketawa dan kabus itu sudahpun ghaib dari pandangan mata.

"Kamu menggunakan kuasa kabus kepada seseorang yang mempunyai kuasa angin? Kamu sangat bodoh bukan?" ayahnya sempat menyindir dia dengan pandangan 'tidak sangka'. "Tak sangka aku sudah lahirkan seorang anak yang bodoh dan lembap, aku ingatkan kau sudah belajar sesuatu semasa menjadi penjahat dan mengeliling dunia, tapi kau langsung tidak belajar apa-apa. Yang kau pandai hanyalah menconteng arang ke muka aku dan keluarga RHENUS!" marah Rhey dengan tegas dan setelah itu merengus.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now