Bab 35: Khabar angin dalam Istana Kastelhike

23 4 1
                                    

SEPERTI BIASA, Mirza dan Ari berjumpa di meja dan bangku batu berhampiran tasik buatan lagi. Itu memang sudah menjadi rutin harian mereka. Selepas Mirza yakin kuasa Ari sudah boleh dipercayai, maka sekarang dia membawa Ari ke tempat-tempat para Ketua Biro pergi dan mengekori mereka secara sembunyi.

Semuanya kerana Mirza mahu mengetahui sama ada mereka itu adalah salah seorang pembelot atau tidak. Manalah tahu mereka tidak dapat menghadiri perjumpaan pada malam itu ke.

Tetapi, setakat ini, hanya Ketua Uwul dari Biro Pengangkutan dan Ketua Amai dari Biro Alam Sekitar saja yang mempunyai aura berwarna hitam, ketua biro yang lain masih lagi berwarna biru dan ada juga yang berwarna kuning.

Tetapi, yang berwarna kuning itu mungkin disebabkan kesalahan tatatertib atau penyalahgunaan kuasa mereka saja. Sama seperti Radi dan Nga pada sebelum ini.

Mirza juga akan menangkap gambar mana-mana pegawai, pengawal atau dayang istana yang Ari katakan mempunyai aura berwarna merah dan hitam. Gambar-gambar itu pula akan diserahkan kepada Ketua Jemeer nanti untuk mengenalpasti identiti mereka, lalu dimasukkan ke dalam senarai 'pembelot'.

Mereka itu akan ditangkap, dipenjara dan disoal siasat pada saat Mirza memegang tampuk kepimpinan Olienpiece. Sedikit masa saja lagi kerana masanya memang sudah semakin hampir.

"Hai, dan selamat petang?" tegur seseorang dengan senyuman sinis.

Jadi, kepala Mirza dan Ari ditolehkan ke belakang dengan serentak kerana mahu melihat gerangan yang telah menegur mereka pada petang itu. Gerangan itu ialah Tuan Lupi dan Giyo, pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk menyiasat kehilangan Jora.

"Ya, selamat petang." Mirza membalas sapaan Tuan Lupi itu dengan satu anggukkan.

"Maaflah sebab mengganggu masa-masa berharga kamu ini, tetapi saya mahu bercakap sekejap dengan kamu." Kata Lupi kepada Mirza. Mirza mengangguk faham dan bingkas berdiri setelah memberi pesanan kepada Ari.

"Awak duduk sini sekejap, Ari. Saya akan ke sini semula selepas urusan saya dengan mereka selesai." Pesan Mirza dan mula berganjak dari situ, dia berjalan mengikuti langkah Lupi dan Giyo.

Mereka bertiga berhenti di suatu tempat yang tidak jauh dari meja yang Ari dan Mirza duduk tadi.

"Kenapa Tuan cari saya?" soal Mirza ingin tahu walaupun dia sudahpun mengetahui hajat mereka berdua. Ia mesti tentang perjumpaan dia dan Alic di luar kawasan istana tempoh hari.

Mereka semua, yakni pengawal istana yang mengikuti kem itu adalah suspek polis. Mereka semua dibiarkan bebas kerana pihak polis mahu mengekori mereka dan menangkap mereka jika mereka berkelakuan aneh atau mencurigakan sehingga mereka terbukti mempunyai kaitan dengan kehilangan Jora. Dan Mirza termasuk dalam senarai itu, lagi-lagi apabila Mirza menemui Alic dalam keadaan yang mencurigakan.

"Saya berterus-terang sajalah ya. Hm, apa yang kamu buat di luar istana beberapa hari yang lepas?"

"Berjumpa dengan senior saya di sebuah restoran."

"Kenapa mesti berjumpa di luar kawasan istana? Berjumpa di dalam istana tidak boleh ke? Kawasan istana sangat luas bukan."

"Ia urusan saya, kenapa Tuan mahu mengetahuinya?"

"Ah ya. Sebenarnya, kami dalam siasatan kes kehilangan Jora dan perbuatan kamu di luar kawasan istana tempoh hari agak mencurigakan bagi kami."

"Oh. Tapi, ia masih tiada kaitan dengan Tuan. Apa kaitan perjumpaan saya dan senior dengan kehilangan Jora? Ia masih tiada kaitan, jadi apa yang saya bincangkan dengan senior saya adalah rahsia dan tiada sebab pun untuk Tuan mengetahuinya."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now