...sambungan Bab 33

20 6 0
                                    

MALAM itu, Ari sedang menunggu yang lain di tepi pagar asrama. Dia menilik penampilannya banyak kali kerana mahu memastikan bajunya tidak ada cela. Kemudian, dia mengusap-usap rambutnya untuk merapikan ia.

Dia perlu kelihatan kemas dan cantik pada malam ini kerana itu adalah kali pertama dia akan keluar dengan kawan-kawan lain selain Mirza. Tika itu, dia menyilangkan tas tangan di badannya dan memegang tali paut (strap) tas tangannya itu.

Terkadang, dia tersengih-sengih di situ kerana malu apabila memakai mekap buat kali pertamanya walaupun ia hanya mekap yang ringkas dan tidak tebal. Kemudian, dia menguis-nguis lantai dengan kasutnya kerana gembira memandangkan itu juga kali pertama dia memakai kasut tumit tinggi. Tidaklah begitu tinggi, hanya satu inci saja.

Kemudian, Ari teringat tentang adik-beradiknya. Mereka tentu gembira melihat dia memakai baju macam ini kan. Ari tidak sabar apabila memikirkan adik-beradiknya yang akan sembuh seperti sedia kala nanti.

Dia akan mesej MB pada setiap hari dan MB selalu memberitahu dia bahawa keadaan adik-beradiknya okey dan baik-baik saja di sana walaupun masih belum menunjukkan apa-apa tanda yang positif lagi. Namun, Ari percaya adik-beradiknya akan sembuh.

Pada sebelum ini, MB pernah menelefonnya, tetapi dia tidak sempat menjawabnya kerana sedang mandi. Jadi, Ari telah menelefon MB kembali, tetapi MB kata tiada apa-apa berita penting pun yang dia mahu khabarkan dan MB menelefon kerana mahu bertanya tentang khabarnya saja.

MB sangat baik, Mirza pun mesti dapat sifat baik itu dari ibunya juga kan. Disebabkan itu, Ari percaya adik-beradiknya ada peluang untuk sembuh dan menjadi seperti sedia kala.

Kalau adik-beradiknya ada peluang yang tipis untuk hidup, maka Ari mahu bersama-sama mereka sehingga ke akhir hidup mereka. Dia tidak akan meninggalkan Wira dan Wara di sana untuk mati tanpa dia berada di sisi mereka semua. Tidak, dia mahu berada disamping mereka semua jika peluang itu sangat tipis.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kevera mula muncul di depan asrama perempuan tempat Ari menetap sekarang. Ari memasuki perut kevera dengan senyuman lebar seperti selalu dan duduk bersebelahan dengan Fragil.

Predi dan Kello pula berada di kerusi hadapan, dan Predi ialah pemandu mereka pada malam itu. Manakala, Emir, Bita, Fragil dan Ari pula berada di kerusi belakang.

HAMPIR 40 minit berada di restoren itu, Bita serta Kello sudah hampir mabuk. Emir, Fragil dan Predi masih lagi sedar kerana mereka dapat bertahan lebih lama dengan arak. Predi pula tidak minum kerana dia perlu memandu. Esok-esok pun boleh minum, fikirnya.

Ari masih belum meminum apa-apa arak kerana dia masih khusyuk memakan makanan yang dia pesan sedari tadi. Lagipun, belum sampai masanya lagi untuk dia minum, tetapi dia agak tidak suka dengan bau arak tersebut.

"Ari, awak tak minum pun." Tegur Bita.

"Macam mana dia nak minum kalau belum pukul 12.00 lagi, nak kena denda ke sebab bagi budak bawah umur minum?" marah Fragil.

"Alaaa, mahal sangat ke dendanya? Aku boleh bayarlah."

"Ish, kau ni."

Emir sekadar menggelengkan kepalanya. Kemudian, dia mengerling ke arah telefonnya apabila dia mendapat mesej dari Mirza. Sebenarnya, Emir memberi mesej kepada Mirza tentang Ari yang berada di sini dan akan diajar minum arak oleh Bita di sini.

Entah kenapa dia rasa dia perlu beritahu keberadaan Ari di sini kepada Mirza. Mungkin kerana dia kurang bersetuju dengan cadangan Bita tadi, tetapi tidak berani untuk menyatakan pendapatnya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now