...sambungan Bab 12

35 9 10
                                    

KEPALA Que Shyi dilentokkan di meja tinggi yang terdapat di sebuah kafe di dalam istana. Kafe itu ialah tempat lepak dia dan kawan-kawannya jika stres dengan kerja dan sebagainya. Kadang-kadang mereka akan makan di Ruang Makan Istana, kadang-kadang di sinilah tempat mereka makan.

Mereka kurang gemar melepak di Ruang Makan Istana (seperti kantin atau kafetaria yang besar) kerana terlalu ramai orang yang pergi di sana. Malahan, kebanyakan dayang, pengawal, PK dan AB, pokoknya keseluruhan staf istana suka makan di sana.

Bukannya mereka tidak suka bercampur dengan pekerja bawahan, tetapi ia disebabkan mereka nampak staf bawahan itu agak kekok apabila mereka berada di sana. Malah, pihak penyedia makanan juga akan melebihkan mereka di sana nanti.

Air mata Que mengalir turun sehingga tempat itu sudah dipenuhi dengan air matanya. Dia menangis syahdu di situ sedari tadi lagi sampaikan pelayan kafe serba salah mahu mengambil pesanan makanan.

"Que, kau patut gembira sebab bakal dapat anak saudara, bukannya sedih begini." Pujuk Puteri Alli di sebelah kanannya, Misa yang duduk di sebelah kirinya pula mengangguk tanda mengeyakannya.

Hash yang telah memanggil mereka berdua di sini kerana mahu mereka berdua memujuk Que Shyi. Hash pula sedang duduk di atas meja kerusi yang berada di belakang mereka bertiga sambil menyilangkan tangan dan kakinya di atas kerusi itu.

Hash perlu berada di sini kerana risau Que Shyi terbocor rahsia pula, tadi juga Que sudah hampir-hampir membocorkan rahsia mereka. Dasar perempuan tidak boleh menyimpan rahsia! Kutuk Hash di dalam hatinya.

Hash, Alli, Misa dan Que Shyi sendiri mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan pada hari itu, tetapi Hash, Alli dan Misa terpaksa meninggalkan kerja itu sekejap kerana perlu memujuk si Que ini dahulu. Haih!

"Betul tu, Que. Gembiralah sikit. Aku tak fahamlah kenapa kau nak sedih macam baru lepas kematian anak macam ni. Adik kau sudah bernikah dengan Putera Muez dan bakal mendapat anak, gembiralah sikit untuk adik kau. Dia tengah bahagia sekarang." Pujuk Misa pula. Giliran si Alli pula untuk mengangguk kali ini kerana bersetuju.

"Disebabkan dia bernikah dengan Putera Muez lah aku sedih sebab Putera Muez tu..."

"Ehum! Ehum!" Hash terus berdeham di belakang mereka menandakan dia tidak mahu Que melengkapkan ayat itu.

Disebabkan itu, Que terus mengangkat kepala dan berpaling ke belakang. "Haaaaash....Huuuuu...Haaaaaash..." Que merengek dengan hingusnya mengalir keluar pula pada kali ini.

Dia melihat Hash sambil bahunya terhenjut-henjut kerana menangis, lalu dia bergerak ke arah Hash dan melentokkan kepala di riba Hash pula. Hash sudah terbiasa dengannya. Setiap kali perempuan ini sedih, kecewa dan menangis, memang riba itulah yang menjadi tempat rehat kepalanya.

Que Shyi memilih untuk menangis di riba Hash pada kali ini kerana Hash lebih banyak mengetahui rahsianya, malah dia dan Hash sekarang ini adalah orang yang mengetahui kebenaran mengenai Putera Zull dan berada di dalam satu pakatan.

Alli dan Misa berpaling ke arah Hash dan Que Shyi itu. Apabila difikirkan balik, Que dan Hash ini banyak meluangkan masa bersama-sama. Sudahlah biro mereka berdekatan, tempat duduk mereka di dalam Bilik Meja Bulat (bilik mesyuarat utama Kastelhike) dan Ruangan Persidangan Hallen Kastelhike juga sebelah menyebelah. Memang ada jodoh agaknya.

"Que, Hash...Apa kata korang berdua berkahwin? Dengan tu, Que takkan cemburu dengan adik dia lagi." Cadang Misa. Hash terus memandang Misa dengan pandangan dingin.

"Haaa? Huuuuu...aku tengah sedih, kau suruh aku kahwin pula, dan bila masa aku cemburu dengan adik aku? Huuuuu....Lagipun, aku tak nak kahwin dengan Hash, aku tak nak anak aku pendek macam dia."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now