...sambungan Bab 31

17 6 0
                                    

PADA petang itu, Mirza nampak Ari sedang duduk di atas bangku dan meja batu yang disediakan di tempat tersebut, ia sudah menjadi taman rekreasi penghuni berdekatan tempat itu. Mirza menghampiri meja itu dan menyapa Ari.

Dia nampak Ari mengangkat muka dan menghadiahkan dia senyuman. Dia dan Ari berjumpa di meja ini pada setiap hari kerana dia mahu mengetahui kemajuan mengenai kuasa Ari: kuasa Ari yang boleh melihat aura dan niat seseorang. Dia mahu mengujinya dahulu sebelum dia dapat menggunakannya.

"Macam mana dengan Radi dan kawan dia, Nga? Apa aura yang awak lihat dari mereka?"

"Kuning." Balas Ari dengan menggunakan bahasa isyarat yang hanya dia dan Ari saja yang tahu yakni bahasa isyarat ciptaan Ari sendiri. Mirza tidak mahu orang lain mengetahui apa yang mereka sedang bualkan, maka ini lebih baik dan selamat.

Merah dan kuning bermaksud: mereka ada niat jahat dan tidak bermaksud baik kepada orang lain. Hitam pula bermaksud 'pure evil'. Biru pula bermaksud baik, tetapi Ari tidak mengetahui maksud hijau dan putih, dan ia aura yang satu-satunya hanya ditonjolkan oleh Mirza.

Aura Mirza bisa menjadi merah, tetapi ia akan hilang apabila dia tidak marah lagi, jadi yang tetap kekal ialah warna aura hijau dan putih. Aura orang lain juga kekal, ertinya mereka memang berniat baik atau jahat sahaja. Memandangkan warna Radi dan Nga ialah kuning, jadi mereka itu memang bukanlah orang yang baik-baik.

"Awak ada masa pada hujung minggu ini? Kita cuti kan pada hari itu." Soal Mirza ingin tahu.

"Ada."

"Boleh ikut saya ke bandar? Ada seseorang yang saya mahu awak lihat, saya maksudkan untuk melihat warna aura dia juga." ujar Mirza memandangkan sudah sampai masanya untuk dia menggunakan kuasa milik Ari itu kepada pembelot yang berada dalam senarainya.

"Baik."

"Sudah makan?"

Ari menggelengkan kepalanya.

"Jom makan, saya belanja."

Mirza mengajak dan bingkas bangun. Dia mahu bergerak ke kafetaria berdekatan, Ari pula hanya mengikut Mirza dari belakang. Setiap kali berjumpa, memang Mirza akan belanja dia makan.

Walaupun Ari selalu menolak, tetapi Mirza tetap berkeras untuk belanja Ari makan padahal Ari yang patut membayarnya memandangkan dia orang yang berhutang dengan Mirza sekarang. Akhirnya sekarang, Ari sudah tidak menolak lagi pelawaan Mirza dan hanya mengikut.

Ari dan Mirza menghampiri sebuah meja kosong: meja kafetaria itu agak panjang dan dapat memuatkan 10 orang pelanggan. Ketika itu, hanya mereka berdua saja di tempat tersebut.

Sebaik saja sampai di meja itu, Ari terus ke arah tempat makanan: ada beberapa pengusaha kafe yang menjual makanan pelbagai jenis di kafetaria tersebut. Ari ke tempat yang dia sukai dan yang dia sudah biasa beli di situ.

Mirza pula sedang duduk di kerusi meja tadi dan menunggu Ari di situ sambil membaca buku geografi planet yang dia sedang diami sekarang. Selepas Ari membeli makanannya dan duduk di sini kembali, Mirza akan membeli makanan dia pula. Kemudian, seorang lelaki menyapanya.

"Mirza! Kita jumpa lagi, nampaknya syif kita sama hari ni." Tegur Emir, lelaki yang turut menyertai misi ke Pulau Raksasa pada sebelum ini.

Emir berkawal di kawasan gimnasium istana dan jarang-jarang sekali dapat bertembung dengan Mirza serta yang lain. Tetapi, jika bertembung, memang dia akan bertegur-sapa terus memandangkan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan orang.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now