Bab 23: Penculik kanak-kanak

28 8 2
                                    

SETELAH mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh kawan-kawannya, Que memikirkan semula tentang masa lalunya itu. Masa bila aku buat macam itu kepada Muqer? Aku tak ingat apa-apa pun. Berkerut-kerut dahinya kerana tidak puas memikirkan tentang kejadian itu.

"Sekarang kau dah ingat kan apa yang telah berlaku antara kau dengan Putera Muqer?" duga Misa dengan senyuman sinis. Namun, dia nampak muka perempuan itu sedang bingung pula.

"Jangan cakap kau masih lupa? Kami sudah panjang lebar ceritakan semua itu. Satu sekolah tahu apa yang kau buat dekat Putera Muqer kut. Takkanlah kau tak ingat apa-apa?" celah Karri pula.

"Tak, aku tak ingat." Balas Que selamba.

"Seriuslah!?" Alli bangun sambil menghentak meja dengan perlahan kerana tidak berpuas hati.

"Ya, betullah."

"Dasar perempuan tak sedar diri. Nyanyuk!" kata Archie selamba.

"Eh kau! Kalau kau tak nak benda lain melayang ke muka kau lagi, baik kau senyap. Karri, kau jaga laki kau ni baik-baik. Macam manalah kau boleh suka lelaki macam ni hah!? Dahlah dia dari dulu lagi suka buli kau! Tetiba, 'eh terkahwin' gitu. Ish!" sangkal Que dengan wajah sebal.

"Yang kau sibuk sangat kisah cinta aku dengan Karri ni, kenapa? Benda dah lama kan, kami dah kahwin dah pun."

"Aku patut sembunyikan Karri pada hari perkahwinan korang tu."

"Kau-...! Huh! Kita bukannya budak-budak lagi, jadi aku tak nak bertekak dengan kau. Kita tutup kisah ni sekarang." Tegas Archie kerana benar-benar tidak mahu bertekak dengan Que lagi.

Hash pula hanya melihat mereka semua itu satu per satu dengan senyuman nipis. Dia bersyukur kerana mereka semua masih bersama dan masih rapat seperti dahulu. Mereka cuma kekurangan dua ahli sahaja iaitu: Mazhe dan Imir.

Mereka tahu keberadaan Mazhe, tetapi mereka langsung tidak mengetahui keberadaan Imir. Imir ghaib tanpa khabar berita pun. Semenjak ibu bapa Imir mati, Imir memang nampak sedikit tegang dan berubah, tetapi mereka tidak menyangka Imir sanggup mengambil keputusan drastik untuk menghilangkan diri tanpa memberitahu mereka semua apa-apa pun.

Kemudian, lirikan mata Hash beralih ke arah kerusi Mazhe. Kerusi Mazhe dibiarkan kosong di meja depan. Mazhe ialah Putera Raja Olienpiece, jadi dia berada di kerusi utama dan sudah seperti ketua mereka semua.

"Ah, bila kita bercerita pasal masa lalu, aku tiba-tiba rindukan Mazhe dan Imir. Aku rindu Mazhe sebab...nak sakat dia. Hehehehe." Kata Que apabila perasan lirikan mata Hash ke arah kerusi Mazhe itu.

Ya, dia benar-benar rindu untuk menyakat Mazhe kerana Mazhe senang sangat untuk masuk ke dalam perangkapnya itu. Ah, kejap. Adakah apa yang berlaku antara dia dengan Muqer pada hari ini ialah balasan di atas apa yang dia pernah buat kepada Mazhe dahulu? Yalah, dia adalah sebab yang membuatkan Mazhe terpaksa bertunang dengan Alli. Ehehe!

Alli juga turut melihat ke arah kerusi Mazhe, kemudian dia menunduk dan meramas tangannya. Dia menjadi semakin geram dengan Tuanku Ozz apabila mereka bercakap mengenai kisah lama. Ditambah lagi dengan kematian Putera Zull, lagilah panas membara hatinya itu.

Alli bingkas bangun. Dia panas hati dan perlu membuat gerakan yang seterusnya untuk mengancam kedudukan Tuanku Ozz. Biar orang tua itu rasa terancam di singgahsananya itu.

"Alli, kau nak pergi mana?" soal Misa ingin tahu.

"Aku nak balik ke kediaman. Kepala aku sakit. Selamat malam." Balas Alli ringkas dan terus keluar dari gua itu, lalu berjalan keluar melepasi air terjun yang terdapat di situ. Lantas, dia terbang ke udara menggunakan kuasa angin.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now