...sambungan Bab 40

26 5 0
                                    

...

MALAM ITU, Mirza meneliti biodata orang-orang yang mempunyai kuasa logam dengan tekun. Tuan Yama yang telah menyerahkan senarai itu kepadanya pada petang tadi setelah semua ketua biro menghantar butiran itu kepadanya.

Mirza masih lagi di dalam pejabatnya walaupun malam sudah menjelma. Dia menyuruh yang lain balik kerana dia mahu tinggal di pejabatnya buat seketika. Mungkin juga bermalam di sini.

Dia mengambil wuduk dan solat di bilik itu sahaja kerana bilik itu mempunyai bilik air, bilik tidur serta katil sofa. Tuanku terdahulu juga suka bekerja lebih masa dan tidur di sini jika tidak sempat balik ke kediaman.

Pengiringnya tidak perlu risau akan keselamatannya di situ memandangkan ada ramai pengawal yang berjaga pada syif malam di dalam kawasan istana. Lagipun, dia sendiri boleh melindungi dirinya sendiri.

Namun, Jora dan yang lain akan kembali ke Jabatan Utama Olienpiece semula apabila mereka selesai membersihkan diri dan makan malam kerana tidak sedap hati apabila meninggalkan putera mereka seorang diri di dalam Jabatan Utama Olienpiece.

Justeru, pada malam itu, selepas balik, mandi dan makan malam, keempat-empat pengiring Putera Mirza kembali ke Jabatan Utama Olienpiece semula.

JULIE berjalan berhati-hati di belakang Kino, Lais dan Jora. Terkadang dia memandang ke kiri dan kanannya. Tetapi, dia rasa tidak sedap hati pula apabila berada di belakang mereka bertiga.

"Hoi Lais, kau jalan belakang aku pulak." Bisik Julie dengan nada takut.

Lampu sandaran koridor jabatan itu agak malap dan Jora tidak mahu membuka lampu utama kerana ia hanya membazirkan elektrik sahaja. Jadi, masing-masing hanya memegang lampu suluh untuk menyuluh jalan mereka.

"Ha? Apasal pulak."

"Jangan banyak tanya." Julie terus memintas langkah Lais dan kini berada di depan Lais pula. Dengan itu, barulah dia dapat menghembuskan nafas lega.

"Perempuan, perempuan." Tutur Lais sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau takut ke, perempuan?" soal Kino dengan kasar apabila melihat Julie pula yang berada di belakang dia dan sedang beriak seperti orang yang di dalam ketakutan.

"Ma-mana ada." Bidas Julie dan peluh mula menitik turun dari dahi ke bawah dagunya.

"Kau mesti takut sebab dengar cerita malaun tadi tu kan? Ahahahaha! Pergi mampus dengan cerita karut dia tu." Kata Kino bersulam dengan gelak tawa. Malaun yang dia maksudkan ialah Moin, staf di sini juga.

"Siapa yang tak takut bila dengar cerita hantu tidak berkepala. Benda tu penjaga di tempat ni dan sentiasa menjadi penunggu serta peneman untuk orang-orang yang berada di sini sampai lewat malam. Tapi, esoknya orang ditimpa kecelakaan." Bidas Julie dengan perlahan serta dengan nada yang takut, dan kali ini, menggenggam baju Kino kerana semakin takut apabila menyebut 'hantu tidak berkepala'.

"Hoi, apa pegang-pegang ni hah."

"Ala, sikit je."

"Hmph..." Kino cuba meronta, tetapi setelah itu dia biarkan saja, terutama sekali apabila melihat wajah takut perempuan yang berada di belakangnya ketika itu.

"Dah tahu penakut, yang kau pergi dengar cerita hantu malaun tu dah kenapa?"

"Tolonglah, aku tak nak dengar pun, tapi telinga aku ni tak pekak lagi, dialah yang dengar, jadi bukan salah akulah!"

"Macamlah kau tak boleh berambus dari situ masa dia bercerita."

"Ish, diamlah. Banyak cakaplah kau ni."

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now