...sambungan Bab 13

33 9 5
                                    

.

.

.

LIMA bulan sudah berlalu, maka hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang mahu berjaya di dalam UKPI sudahpun tiba. Semua orang yang mendapat surat rekomendasi, lepasan pelajar APIO dan rakat-rakyat biasa sudahpun berkumpul di tepi Qourtfel di luar istana Kastelhike.

Mereka perlu mendaftarkan nama sebelum dipanggil masuk ke dalam dan berada di bilik menunggu.

"Semoga berjaya. Semoga anak ibu ini berjaya ya." Kata seorang perempuan kepada anak lelakinya yang berusia 18 tahun.

Semua peserta kebanyakannya tidak pernah membawa ibu bapa ke sini kerana ia hanya menunjukkan kelemahan mereka. Jadi, peserta yang lain melihat tiga beranak yang sedang berkumpul itu dengan senyuman nakal dan ada yang tergelak kecil seperti memperlecehkan satu keluarga itu.

Kalau ada yang membawa ibu bapa sekalipun, ibu bapa itu akan terus bergerak ke kerusi penonton kerana tempat ini ialah tempat untuk peserta mendaftar. Oleh sebab itu, ada pengawal yang menghampiri tempat tiga beranak tersebut.

"Ni nak mendaftar juga ke?" soal pengawal itu kepada tiga beranak tersebut.

Mereka bertiga terus berpaling. Saat mereka bertiga berpaling, pengawal itu tidak dapat menahan tawanya kerana stail tiga beranak itu agak sama. Anak lelaki dengan rambut menutupi sebelah mata dan sehingga paras bahu, anak perempuan seperti menutupi kepala dengan kain dan turut menutupi sebelah mata dan si ibu juga sama macam anak perempuan.

"Ah, pengawal. Maafkan saya pengawal, saya ibu kepada dia, saya dan anak perempuan saya ni cuma mahu memberi semangat kepadanya sebelum mendaftar dan masuk ke gelanggang." Balas si ibu tersipu malu.

"Oh. Maaf ya, ahli keluarga tak boleh masuk dalam kawasan ni. Sila keluar sekarang." Kata pengawal itu selepas dapat menahan tawanya itu.

Si ibu dan anak perempuannya itu terus mengangguk faham. "Abang, semoga berjaya ya. Adik selalu sokong abang. Abang cari adik dekat kerusi penonton tau." Kata si adik perempuan dan terus berpimpin tangan dengan ibunya yang sedang mencari jalan keluar dari keramaian peserta di situ.

Para peserta memberikan laluan sambil melihat adik perempuan lelaki itu dengan wajah gatal dan pipi yang kemerah-merahan kerana terpukau dengan kecantikan adik perempuan lelaki tersebut.

Selepas kelibat mereka menghilang, maka ada tiga lelaki menghampiri lelaki itu tadi. Salah seorang dari mereka menghampiri dan terus merangkul bahu lelaki tadi dekat kepadanya seperti lagak seorang kawan rapat.

"Adik perempuan kau ke?" soal lelaki itu.

"Ya." Balas lelaki itu tenang.

"Cantik orangnya, dah berpunya ke?"

"Dah."

"Ala sayanglah bos kalau macam tu." Kata salah seorang kawannya itu.

"Ya, sayang seribu kali sayang. Kalau kau jadikan aku sebagai teman lelaki adik kau, maka aku akan jaga kau di sini dan pastikan kau masuk ke peringkat saringan seterusnya sehingga kau berjaya." Kata lelaki itu, Faki dengan yakin sambil kening kirinya diangkat sedikit.

"Macam mana awak mahu membuatnya?" tanya lelaki yang menutupi sebelah matanya ingin tahu.

"Ayah dia salah seorang juri di sini, jadi senanglah kau nak menang. Kau tak perlu risaulah pasal perlawanan ni. Itulah yang selalu berlaku di sini." Sahut salah seorang kawan Faki itu.

Memang benar apa yang dikatakan kerana ayah si Faki ini senang dibeli dengan mata wang. Lelaki itu hanya mengangguk faham, kemudian dia mengangkat tangan Faki dari bahunya dan menjatuhkan tangan itu dari bahunya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now