...sambungan Bab 38

24 4 0
                                    

Tidak lama selepas itu, mereka dapat mendengar kaum mereka menyebut nama Tuan Putera. Mungkin tuan putera mereka itu sudah selesai melaksanakan tanggungjawabnya dan sedang menuju ke sini.

Disebabkan itu, Maisun dan Volc bingkas bangun dan menghampiri tempat ketua mereka, Miki.

"Tuan Putera, jemput duduk di kerusi ini, patik semua sudah sediakannya untuk Tuan Putera." kata Miki dengan lembut, cuba menyantuni tuan putera mereka.

Mirza melihatnya dan mengangguk. "Maaf sebab menyusahkan, saya boleh saja duduk di atas rumput seperti korang semua."

"Eh, mana boleh Tuan Putera. Tuan Putera patut duduk di atas kerusi."

Melihat Miki berdegil dan semua kaum Ataker sedang melihat ke arahnya, maka Mirza duduk di atas kerusi itu juga. Sebaik saja duduk, barulah puak Ataker kembali ke tempat mereka dan menyambung sesi makan.

Tukang masak rumah kediaman utama, Oran pula sedang menyediakan makanan untuk Tuan Puteranya. Walaupun sudah dilarang oleh Mirza kerana dia boleh buatnya dengan sendiri, tetapi Oran berdegil untuk menyediakan. Lagipun sudah menjadi tugasnya untuk melayani tuan puteranya kerana dia juga ialah ketua dayang di kediaman utama tersebut.

"Tuan Putera, memandangkan Tuan Putera tidak boleh makan daging merah sembarangan, maka patik semua hanya menyediakan daging putih kepada Tuan Putera. Jangan risau, patik semua hanya menggunakan bahan-bahan yang halal seperti yang tuan Putera mahukan." Jelas Oran sambil meletakkan pinggan berisi makanan di atas meja Mirza.

"Terima kasih, maaf sebab menyusahkan sekali lagi."

"Sama-sama Tuan Putera. Silalah menyantap dan maafkan patik sekiranya ia tidak menepati selera Tuan Putera." Oran menunduk sedikit dan pamit dari situ kerana mahu membiarkan Tuan Puteranya memulakan sesi makan.

Mirza mengambil sotong bakar yang dicucuk dengan lidi: ia nampak menyelerakan, oleh sebab itu dia mengambilnya dahulu. Dia cuma tidak boleh makan semua jenis ketam, tetapi dia masih boleh menikmati makanan laut yang lain.

Mirza menyuapkan ia ke dalam mulutnya dan mengunyahnya dengan perlahan-lahan. Tiada rasa dan tiada bau yang boleh mengaktifkan selera makannya. Dia sudah lama tidak merasai keseronokan sesi makannya.

Tiba-tiba rasa menyesal muncul dalam hati kecil dia, menyesal kerana dahulu dia tidak makan sebanyak yang mungkin dan kadang-kadang melangkau sesi makan utamanya. Mirza mengunyah ia perlahan-lahan sehinggalah dia menghabiskan makanan itu.

Yang lain juga menikmati sesi makan masing-masing, tetapi terkadang mengerling ke arah putera mereka yang sedang makan tanpa perasaan juga. Melihat makanan di pinggan Tuan Putera mereka sudah hampir habis, maka dua orang perempuan menghampiri meja Putera Mirza.

"Maafkan patik, Tuan Putera kerana mengganggu sesi santapan Tuan Putera, tetapi ada sesuatu yang kami mahu beritahu kepada Tuan Putera." Ujar salah seorang dari dua perempuan itu.

Mirza mengangkat muka dan mengangguk. "Silakan, dan kamu boleh duduk." Mirza mempelawa mereka duduk memandangkan di mejanya ada empat kerusi kosong.

Dia ada mempelawa yang lain untuk duduk di situ, tetapi mereka lebih selesa duduk beralaskan tikar dan kain di atas rumput sambil melihat langit malam yang berhiaskan bintang-bintang yang berkelip dan bulan-bulan purnama. Ya, ia pemandangan yang sangat menenangkan.

Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia duduk di atas rumput itu, tetapi dia risau yang lain rasa serba salah dan tidak selesa dengan dia kerana status yang dia pegang pada ketika itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now