...sambungan Bab 24

17 5 0
                                    

...

ARI termuntah di baju Mirza apabila kapal itu mula berlayar. Dia mabuk laut dan baru sekarang dia tahu dia mabuk laut. Yalah sebab ini adalah pelayaran pertama dia. Selepas dia muntah dan ia terkena pada badan dan baju Mirza, maka Ari melihat Mirza dengan wajah serba salah.

Wajah Mirza tidak berekspresi seperti selalu dan dia kelihatan tidak marah pun, namun Ari tetap cuak.

"Saya...minta maaf."

"Tak apa. Awak masuk bilik, bersihkan diri dan tukar baju."

"Macam mana dengan awak?"

"Sudah jelas kan, saya pun akan lakukan perkara yang sama, tapi saya perlu bersihkan tempat ni dulu, nanti tukang cuci marah."

"Sa-saya boleh buatnya. Say-..." Ari mahu melengkapkan ayatnya, tetapi kepalanya sangat pening dan dia rasa perutnya bergelora sekali lagi.

"Dan muntah lagi? Awak masuk dan mandi, Ari. Selepas itu berehat, kepala awak sedang berpusing sekarang kan. Saya akan uruskannya, awak tak perlu risau."

Yang lain hanya melihat saja kumpulan Ari dan Mirza itu. Emier yang melihatnya bersyukur di dalam hatinya. Nasib baiklah bukan dia yang satu kumpulan dengan Ari, kalau tak habislah dia kena menjaga Ari yang mabuk laut.

"Menyusahkan betullah perempuan tu, saja aje mengambil kesempatan ke atas Mirza." Fragil mendecis.

"Itulah. Tapi, tapi Mirza baik kan. Dia tak merungut pun. Baiknya, dia bukan saja kacak." Nabita menyokong dengan memuncungkan mulutnya.

"Itulaaa. Dia buat kita makin kita suka dia. Ehehe."

Tika itu mereka sedang berada di depan bilik masing-masing. Ahli Peaks-C telah membahagikan bilik mereka dan setiap kumpulan akan berada di dalam satu bilik yang sama. Setiap bilik mempunyai dua katil dua tingkat (double-decker).

Dalam misi pada kali ini, jumlah perempuan dalam kalangan mereka hanyalah empat orang saja, dua orang itu ialah Nabita dan Fragil, seorang dari ahli Peaks-C dan seorang lagi adalah Ari.

Disebabkan Fragil dan Bita satu pasukan, maka tiada masalah pun untuk pihak Peaks-C menyatukan mereka dalam satu bilik dengan Emier memandangkan bilangan mereka lebih ramai dari Emier. Maknanya, Emier mungkin tidak berani untuk mengapa-apakan Fragil dan Bita di dalam bilik mereka.

Lagipun, mereka nampak Fragil dan Bita bersikap dominan, jadi Emier mungkin tidak berani untuk menyentuh mereka. Malahan, Fragil dan Bita itu ialah anak BKB, jadi kalau mereka berdua dikacau oleh Emier, maka Emier pasti akan dikenakan hukuman yang sangat berat.

Untuk kes Mirza dan Ari pula, pihak Peaks-C tidak kisah sebab mereka hanya berdua saja di dalam bilik itu. Kalau mereka nak buat apa-apa pun di dalam bilik itu, ia tidak menjadi masalah bagi mereka.

Tetapi, mereka nampak Mirza lelaki yang budiman, jadi Mirza mungkin tidak akan membuat perkara yang tidak elok kepada Ari.

Sewaktu pengagihan bilik tidur tadi, Mirza ada meminta untuk menukar bilik tidur dengan kaum lelaki saja, tetapi Peaks-C menolak permintaanya, jadi terpaksalah Mirza akur dan tinggal satu bilik juga dengan Ari.

Mereka bukanlah orang yang ada agama, jadi tinggal sebilik dengan bercampur jantina bukanlah suatu isu bagi mereka.

Yang akan mereka titik beratkan ialah jika suatu kumpulan itu ada dua lelaki dan seorang perempuan, nasib baiklah tiada kumpulan yang macam itu kerana jumlah perempuan tidak ramai pun di sini.

Pada malam ini, Mirza mungkin akan tidur di bilik itu, tetapi hari esok dan seterusnya, dia akan tidur di dek luar.

Hal ini kerana, lebih manis dan elok jika dia tidur berasingan dengan Ari. Lagipun, ia juga untuk mengelakkan fitnah dan khabar angin yang bukan-bukan. Malahan, dia perlu mengelakkan diri daripada memberi ruang kepada syaitan untuk menghasutnya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now