Bab 17: 'Tahap Senjata'

32 6 0
                                    

PARA dayang, pengawal dan pengiring ketua-ketua istana dan Putera-Puteri Angkat Tuanku Ozz memberikan laluan kepada majikan atau ketua mereka yang hadir untuk memasuki ruangan VVIP di kawasan tempat duduk penonton dalam Quortfel (stadium terbuka).

Tempat duduk penonton di stadium terbuka itu sudah hampir dipenuhi dengan penonton dari pelbagai lapisan umur. Mereka semua sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir pada kali ini kerana pada tahun ini bukan golongan bangsawan kelas atasan yang menduduki tempat pertama, tetapi rakyat biasa iaitu Kino.

Mereka sedia maklum golongan bangsawan kelas atasan seperti Rein dan Lais mendapat didikan dan latihan secukupnya kerana mereka kaya dan dapat mengupah sesiapa saja untuk menjadi jurulatih mereka atau mereka dapat memasuki Pusat Latihan Kuasa yang terkenal dan mahal di sini.

Jadi, bagi mereka itu suatu perkara yang biasa, namun Kino sudah menjadi orang yang luar biasa bagi mereka kerana Kino telah berjaya memecahkan tradisi tersebut. Lagi-lagi apabila khabar angin sudah tersebar luas yang mengatakan Kino berlatih dengan sendiri dan tanpa mengupah mana-mana jurulatih profesional atau memasuki Pusat Latihan Kuasa pun. Bukankah ia sangat menakjubkan dan mengujakan?

DI DALAM bilik menunggu masing-masing, Kino menarik nafas panjang di atas kerusi. Kini, hanya dia seorang saja yang berada di dalam bilik menunggu yang pernah menjadi bilik menunggu kumpulannya pada minggu lepas. Dia akan memecahkan rekod itu sekali lagi.

Kino bangun dari atas bangku yang disediakan, lalu menuju ke arah pintu masuk untuk membukanya. Dia mahu keluar kerana mengambil angin untuk seketika sebelum dipanggil masuk ke dalam gelanggang dan ke tempat duduk yang berada di tepi gelanggang.

Sewaktu membuka pintu itu, dia dapat melihat beberapa orang peserta peringkat akhir juga sedang membuka pintu bilik menunggu mereka. Adakah mereka juga mahu menghirup udara segar sepertinya? Serentak? Huh! Kebetulan apakah ini?

Di hadapan biliknya itu, kelihatan lelaki berambut panjang yang bernama Lais. Anak Bangsawan Kelas Atasan itu ya? Kino menggerutu di dalam hatinya. Lelaki bernama Lais itu sedang tersenyum sinis ke arahnya dan ia membuatkan Kino berasa dongkol atau sebal di dalam hatinya. Dah kenapa senyum macam itu? Ugh!

"Kalau kamu menang sekalipun, saya akan pastikan kamu menjadi lawan saya di istana nanti dan mengalahkan kamu." ujar Lais dengan yakin. Kino tergelak kecil.

"Aku sudah tentu akan menang, tapi macam mana dengan engkau? Engkau yakin akan menang perlawanan akhir ni?" Kino menyindir pedas kerana cuba menaikkan darah Lais.

"Tiada keraguan pun dengan kemenangan aku, maknanya aku akan menang dengan mudah pada kali ini." Lais membidas.

"Kau rasa aku ni lawan yang mudah ke? Jangan angkuh sangat." Celah seseorang atau Bhool (24), lawan kepada Lais. Lais dan Kino terus berpaling dengan serentak ke arah bilik sebelah Kino.

"Oh, saya cuma cakap tentang kebenaran." Balas Lais selamba.

"Heh! Tch!" Bhool terus mendecis.

Kemudian, pintu-pintu bilik menunggu yang lain turut terbuka, kecuali pintu bilik menunggu Mirza. Jadi, mereka semua memandang lawan masing-masing pada hari itu dengan tajam. Namun, Rein hanya mampu melihat kerana lawan dia, Mirza tidak membuka pintu bilik menunggunya pula.

Ktak!

Pintu bilik Mirza akhirnya dibuka selepas dua minit, namun mereka semua tetap memandang lawan masing-masing dengan tajam. Namun, bukan hanya satu kelibat saja yang keluar dari bilik Mirza itu, kelihatan kelibat Liyana dan MB turut keluar dari situ. Si Mirza ini memang suka membawa ibu dan adik perempuannya ke hulur ke hilir kan. Bisik hati peserta yang melihat kejadian itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now