...sambungan Bab 14

36 9 4
                                    

TIDAK lama selepas itu, peringkat ketiga dimulakan. Dari mempunyai banyak gelanggang berbenteng tadi, kini ia sudah berkurangan kerana mengikut jumlah peserta. Lais menarik nafas panjang apabila bertemu mata dengan lawannya di dalam gelanggang berbenteng itu.

Dia betul-betul berharap pada peringkat akhir nanti, lawannya adalah Kino. Dia perlu melawan lelaki itu kerana mahu membuktikan bahawa dirinya lebih kuat dari semua peserta-peserta di sini.

Di dalam salah satu gelanggang berbenteng yang lain pula, Kino sudah tersenyum lebar di hadapan lawannya. Kini, mereka semua pasti sudah sedar yang dia adalah orang yang paling pantas dan kuat. Mesti semua orang mahu berlawan dengannya kerana mahu membuktikan bahawa mereka lebih kuat, kan.

Heh! Baik! Kemarilah! Aku sudah bersedia melawan cacing-cacing macam korang semua di sini dan mengalahkan korang di hadapan semua penonton di sini. Ahahahaha! Pergi mampus semua orang! Pergi mampus! Laung Kino di dalam hatinya.

Lawan di hadapannya, Uzar menggigit bibir apabila melihat Kino tersenyum di depannya. Apa dia ingat dia lawan yang mudah ke? Tidak! Dia tidak akan kalah di sini, kalah dengan lelaki bernama Kino itu. Ingat dia datang ke sini untuk kalah ke? Cis!

Oleh sebab geram yang mula membuak-buak di dalam hati, maka Uzar memulakan serangan dengan berlari laju ke arah Kino. Kemudian, dia lesap apabila sudah hampir kepada Kino. Dia mahu Kino keliru dengan jurus menghilangkan dirinya itu. Bibirnya ukir senyum.

Lalu, dia memunculkan dirinya secara tiba-tiba di belakang Kino. Dia sedang mengacukan pedang ke arah Kino dari arah belakang dengan kakinya berjarak beberapa inci dari lantai gelanggang kerana sedang melompat ke arah Kino.

Bilah pedang itu hampir mengenai bahu Kino. Ya, dia mahu mencederakan bahu Kino itu, bukan membunuhnya kerana mereka dilarang membunuh sesama sendiri. Itu adalah peraturannya.

Bilah pedang itu sudah hampir mengena kulit bahu Kino yang memakai baju tidak berlengan tersebut. Sudah hampir 1 cm saja. Namun, dengan sekelip mata, bukan bahu Kino yang terhiris kerana kini mata bilah pedangnya itu sedang digigit oleh gigi Kino. Brek! Dia perlu brek.

Namun, dia tidak sempat mendarat dengan sempurna atau melompat ke belakang dengan menggunakan badan Kino sebagai loncatan kerana Kino sudahpun menggenggam tangan dia yang sedang memegang hulu pedang itu, lalu Kino menarik tangan itu dan menghempap Uzar ke lantai dengan sangat kuat dan mudah.

Oleh sebab impak itu, maka Uzar mengerang kesakitan untuk seketika sebelum tidak sedarkan diri. Berbuih mulutnya kerana termuntahkan susu yang dia minum pagi tadi. Kata ibunya, dengan meminum susu banyak-banyak dia akan menang perlawanan ini. Jadi, habis diteguk semua susu yang berada di kedai tadi. Licin! Ah, ibunya telah menipu dia.

"Ahahahahaha! Pergi mampus! Heh!" kata Kino dengan gelak ketawa yang riang.

Sebaik sahaja melihat lawannya pengsan dan sudah yakin yang dia sudah kalahkan lawannya itu, maka Kino melompat ke atas benteng dan melihat ke bawah. Dia dapat melihat dua orang lawannya di dalam gelanggang berbenteng di sebelah. Mereka berdua itu sedang berlawan dan orang itu juga adalah dari kumpulannya.

Oleh itu, kalau Kino menyerang dua orang itu dengan serentak, dia tidak dikira melanggar peraturan lagi bukan? Dia hanya tidak boleh menyerang ahli dari kumpulan lain kan? Ahahahahaha! Pergi mampus! Masa untuk dia menumpaskan mereka berdua itu dan masuk ke peringkat akhir.

Dia tidak akan membiarkan minit-minit yang berlalu menjadi sia-sia untuknya. Dia akan memanfaatkan semua itu atau menjadikan semua minit itu sebagai markah dan merit untuknya memandangkan orang yang dapat menewaskan semua lawannya dalam masa yang singkat akan menjadi pemenang dan mungkin dapat memecahkan rekod UKPI.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now