Bab 11: Pertemuan pertama

24 8 0
                                    

SEDANG asyik memandang langit malam di ruangan yang agak sempit tersebut, Zull berpaling ke arah sel tahanan sebelahnya. Dia dapat melihat seorang lelaki yang asyik memandangnya dengan tajam tadi sudah tidak memandangnya dan seolah-olah sudah mahu tidur.

Jadi, dia mengangkat punggung dari duduk secara seiza tadi dan ke tepi palang yang memisahkan mereka itu, lalu dia duduk seperti tadi dan menegur.

"Tidak dapat tidur?" tegurnya dengan pandangan yang kosong.

Dia nampak lelaki itu terkejut dengan tegurannya dan pandangan lelaki itu berhenti ke arahnya dengan agak lama.

"Saya juga tidak dapat tidur sebab ini malam pertama saya di penjara." Kata Zull lembut kepada lelaki dewasa tersebut.

Apabila dia mendekati sel tahanan itu dan duduk di situ, banduan di penjara itu terus memberi hormat kepadanya.

"Awak semua...tak perlu buat macam itu kepada saya." Kata Zull serba salah kepada mereka semua.

"Ya. Korang tak perlu buat macam itu pun kepadanya. Huh! Ada aku tanya kau pasal kau dapat tidur ke tak?" lelaki itu atau Maisun menduga dengan nada sarkastik.

Pap! Belakang kepala Maisun terus dipukul perlahan oleh pak ciknya yang berada di belakangnya.

"Kau ni, dah tua-tua pun masih belum matang!" marah pak ciknya itu garang. "Maafkanlah anak saudara saya ni, Tuan Putera."

"Tak mengapa. Saya Zull, tidak perlu panggil gelaran Tuan Putera kepada saya. Sudah berapa lama awak semua di sini?" soal Zull ingin tahu.

"Apa kata kau tanya atuk kau." Sampuk Maisun lagi sambil mengusap kepalanya yang dipukul oleh pak ciknya tadi. Pak ciknya, Miki cuba memukul kepalanya lagi, tetapi Maisun dapat mengelaknya.

"Ish kau ni!" marah Miki kerana tidak berpuas hati dengan layanan Maisun kepada Tuan Putera mereka. "Maafkan kami lagi, Tuan Putera."

Zull hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa. Kemudian, dia mengerling ke arah belakang mereka. Dia dapat melihat ada kekalutan di situ. Sel tahanan penjara tersebut agak besar sehingga ada yang mempunyai khemah kecil dan kebanyakan yang mempunyai khemah adalah yang sudah berkeluarga. Mereka mendapat khemah itu jika kerja khidmat masyarakat mereka memuaskan.

"Kenapa tu?" soal Zull ingin tahu.

"Bukan hal kau."

"Tch. Shhh...Anak perempuan mereka, Shina demam, Tuan Putera. Kesejukan. Kami pula tiada pemanas atau tidak boleh menggunakan kuasa kami. Kalau kami beritahu pihak penjara pun, mereka tidak akan buat apa-apa. Kalau ada yang mati, barulah mereka buka pintu penjara ini untuk menanam mayat itu."

Zull mengangguk faham. "Apa yang menyebabkan awak semua masuk ke penjara?" soal Zull ingin tahu.

Sebaik saja Zull menuturkan soalan itu, Maisun (39) mendecis semakin kuat tanda tidak sukakan soalan tersebut.

"Maaf kalau soalan saya menyakitkan hati."

"Heh! Kau memang tak tahu ke atau pura-pura tidak tahu?"

"Isun! Kamu tahu kan yang Tuan Putera berada di bumi selama ini sebab Putera Mazhe sudah lama dibuang dari sini dan ke bumi. Jadi, sudah tentulah Tuan Putera tidak tahu apa-apa pasal hal ini. Maafkan kami sekali lagi, Tuan Putera."

Kali ini, Zull menarik nafas panjang dan berdiri. Dia menuju ke katilnya dan mengambil selimut tebal yang disediakan untuknya. Kemudian, dia membawanya ke tepi sel tahanan sebelah dan memberinya kepada Miki menerusi celah-celah palang besi yang memisahkan mereka itu. Miki mengambilnya walaupun dia agak kepelikan dengan tindakan Zull.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now