...sambungan Bab 30

20 6 0
                                    

...

TIGA hari kemudian, Mirza memasuki dewan yang ditempah untuk pertunangan dia dengan Momo. Dia bersiap di rumah kerana itulah syarat yang dia berikan kepada keluarga Momo. Dia tidak mahu didandan oleh sesiapa, cukuplah mereka hanya menyerahkan persalinan yang dia perlu pakai pada hari ini.

Pada saat dia memasuki dewan, para petugas dewan dan majlis itu mengiringi Mirza untuk ke pentas. Di sepanjang langkahnya untuk ke pentas itu, ada ramai anak-anak muda sebaya mereka yang melihat dia dan kemudian bercakap-cakap sesama sendiri pula.

Mereka pasti pelajar dan rakan sekelas Momo di universiti. Momo pernah memberitahu bahawa dia hanya mengajak rakan-rakan seuniversitinya saja dan yang layak untuk menghadirinya.

Di hadapan pentas itu, ada kerusi meja untuk Mewi Portelis, isteri dan ahli keluarga mereka. Ada juga kerusi khas yang disediakan untuk kawan-kawan rapat Momo iaitu Jaek, Caira, Nana, Jemmy dan Jonas. Mirza juga dapat melihat adik lelaki dan perempuan Momo di kerusi yang disediakan khas untuk mereka.

MB dan Liyana turut hadir dan telah duduk di kerusi yang dikhaskan untuk mereka juga. Lana, Logam dan Lara tidak hadir kerana Mirza tidak mahu Lana tidur lambat dalam keadaan dia sekarang memandangkan majlis itu diadakan pada waktu malam dan akan dimulakan pada pukul 9.30 malam. Kata Momo, ia lebih romantis apabila dibuat pada waktu malam, Mirza hanya eyakan saja kerana malas untuk bertekak.

Melihat Mirza tampak kemas dan tampan dalam sut ala-ala tuksedo berwarna hitam dan dipadankan dengan tali leher berwarna merah membuatkan semua pelajar satu universiti dengan Momo faham kenapa Momo memilih Mirza untuk dijadikan pasangan.

Mirza duduk di atas kerusi yang disediakan di atas pentas. Berada di hadapan dan menjadi tatapan mata-mata orang lain di bawah pentas membuatkan Mirza tidak selesa. Jadi, terkadang, dia membetulkan posisi ikatan tali lehernya: kejap ke kiri dan kejap ke kanan kerana dia mula berasa rimas. Cepatlah, cepatlah! Getus hatinya dan mengharapkan semua ini berakhir dengan segera.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat Momo memasuki pintu dewan dan kemudian, mendaki tangga untuk ke pentas dengan iringan beberapa pembantunya. Kemudian, Momo duduk di atas kerusi bersebelahan Mirza.

"Macam biasa, sayang nampak kacak hari ini. Lebih kacak dari biasa, patutkah saya selalu hadiahkan persalinan baju untuk sayang supaya sentiasa kelihatan kacak dan segak macam ini, hm?"

Momo tersenyum lebar dan ia disulam pula dengan senyuman sinis kepada Mirza sambil cuba menyentuh rambut hadapan yang menutupi separuh bahagian wajah Mirza itu. Ia tidak pernah dikalihkan oleh Mirza, rambut itu sentiasa berada di hadapan, jadi Momo tidak pernah berhasil melihat wajah penuh Mirza dan ia membuatkan dia rasa ingin tahu.

Mirza mengalihkan kepalanya sedikit kerana tidak mahu Momo menyentuh wajah mahupun rambut hadapannya itu. Tindakan itu membuatkan Momo semakin tersenyum lebar. Selama tiga hari selepas perjumpaan mereka di restoren tempoh hari, layanan Mirza kepadanya memang banyak berubah.

Mirza lebih ramah, baik dan Mirza betul-betul menumpukan perhatian kepadanya, tetapi Mirza tetap menjaga batasan pergaulan mereka. No touching at all. Agaknya dia memang dibesarkan dengan baik oleh kedua-dua ibu bapanya?

Kemudian, emsi memulakan majlis itu dan bercakap serba sedikit tentang perjalanan majlis mereka pada malam itu. Ada seorang wakil wartawan saja yang dijemput untuk menghadiri majlis ini kerana ia majlis tertutup.

Itupun wartawan dari syarikat penerbitan dan hiburan yang dipercayai dan rapat dengan syarikat Mewi Portelis: pokoknya syarikat yang dibeli oleh Mewi Portelis supaya menyebarkan berita yang baik-baik saja tentang keluarga mereka kepada masyarakat yang sibuk mahu mengetahui kehidupan golongan bangsawan seperti mereka.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now