...sambungan Bab 4

24 9 0
                                    

...

AYURI baru selesai membersihkan mukanya. Kini, dia sedang mengelap wajahnya dengan tuala kecil yang dikhaskan untuk mukanya pula. Dia memakai cekak rambut supaya rambut depannya tidak mengganggu proses dia mencuci mukanya dengan pembersih muka tadi.

Kemudian, dia ke ruang tamu dan terus baring ke aras sofa terpakai yang dia beli dua tahun lepas. Di rumah flat itu ada dua buah bilik. Satu dijadikan biliknya dan satu lagi dijadikan bilik simpanan dan sebagainya. Ruang tamunya itu agak kosong; yang ada hanyalah sofa 3-seater terpakai itu, TV 22 inci dan meja kopi.

Itu saja yang Ayuri mampu beli buat masa sekarang. Duit yang ada dia simpan sedikit untuk kecemasan. Dia sedih dengan kehidupannya sekarang, tetapi tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubahnya kerana ia di luar bidangnya.

Kemudian, dia teringatkan kembali lamaran Dilan kepadanya. Patut ke dia terima? Sejak dia turun dari kereta itu, dia banyak berfikir mengenainya kerana perkahwinan bukanlah perkara yang main-main. Ada banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

Tapi, yang paling penting antara semua itu ialah; adakah dia sudah bersedia? Bersedia untuk hidup berdua, menjadi isteri dan melayari bahtera perkahwinan dengan Dilan? Dia tahu Dilan seorang lelaki yang baik, tetapi dia tetap ada kerisauan.

Ayuri menarik nafas panjang. Esok pulalah dia berfikir, malas pula dia mahu kerah otak untuk berfikir pada malam ini. Oleh itu, Ayuri mengiring ke kanan dan menutup matanya. Dia mahu berehat sekejap. Namun, tanpa dia sedar, dia terlelap di situ sampailah keesokkan paginya.

.

.

.

DILAN baru selesai memasak menu untuk dua orang pelanggannya yang baru sampai tadi. Dia meletakkan ia di atas kaunter tempat mengambil makanan, lalu membunyikan loceng untuk menandakan makanan itu sudah siap. Ia sebagai isyarat untuk para pelayan kafenya.

Kelibat Nik menghampiri kaunter makanan itu dan menatang makanan-makanan tersebut kepada pelanggan mereka. Ucapan 'sila menjamu selera' menjadi kata akhir Nik kepada pelanggan tersebut sebelum berlalu pergi.

Dilan mengambil satu gelas air dan meminumnya setelah duduk di atas kerusi yang disediakan di dapur. Tepat pukul 2.00 petang. Kejap lagi dalam pukul 3.00 petang dia mahu menutup kafe ini. Hari ini hari Sabtu, jadi kafenya buka sampai pukul 3.00 petang saja.

Esok kafenya akan dibuka seperti biasa. Kafenya beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 malam dan pekerjanya akan bergilir dengan dua syif. Hari ini sudah 24 haribulan, maknanya sudah sebulan dia melamar Ayuri. Selepas hari itu, kelibat Ayuri sudah tidak kelihatan lagi. Tapi, tidak mengapa, sekurang-kurangnya dia sudah tahu tempat tinggal Ayuri sekarang.

Kasihan betul dia nasib Ayuri. Kalau dia berkahwin dengan Ayuri, sekurang-kurangnya Ayuri boleh menumpang kasih dengan keluarganya pula. Aireen dan Adriana pula nampaknya sangat sukakan Ayuri. Dia gembira apabila teringatkan penerimaan adik-beradik dan ayahnya tempoh hari.

"Dilan, pembekal ais akan datang dalam pukul 2.10 petang nanti." Celah seseorang iaitu Amir.

"Ha? Kenapa dia nak datang hari ni, bukan kita pesan hari Rabu ke? Kita tutup pukul 3.00 petang hari ni."

"Tu la, aku dah cakap dah hantar hari Rabu sebab kita masih ada stok, tapi diorang dah on the way tu. Tak sampai hati pula nak cancel, lagipun esok kita memang nak guna juga kan. Kita simpan ajelah. Aku tengok ada ruang lagi tu. Kita beli sekadar cukup peti ais tu je lah."

Dilan mengangguk faham. Tak mengapalah, perkara macam ini kerap juga terjadi pada sebelum ini, terutama sekali untuk pembekal sayur dan buah. Kadang-kadang sampai tak cukup peti untuk simpan semua itu sekali gus sehingga ada yang rosak walau belum sempat digunakan pun.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now