...sambungan Bab 20

16 7 0
                                    

TUANKU Ozz sudah balik ke Istana Kastelhike dan perkara pertama yang dia buat apabila sampai ialah menjenguk anak tunggalnya itu. Hei, macam mana anakandanya itu boleh lolos dari istana tanpa sesiapa perasan? Anaknya ini memang nakal dan berakal panjang lain macam.

Sebaik sahaja Tuanku Ozz (41) dan Ketua Rhey Rhenus (41) kembali ke istana, maka barulah Hazeman dapat keluar dari istana. Selepas dia, Rhey Rhenus adalah yang terkuat pada masa itu. Jadi, Rhey boleh melindungi istana semasa ketiadaan dia.

Kevera (kereta) empat roda berhenti di sebuah rumah kecil yang agak usang di tengah-tengah hutan. Siapa sangka ada juga orang yang membuat rumah di tengah-tengah hutan macam itu. Nasib baik kevera dapat melalui jalan ke rumah ini.

Sebaik saja sampai, Averin keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah rumahnya selepas mengucapkan terima kasih. Disebabkan ada terdengar bunyi kereta, ayah Averin, Aver (39) keluar.

"Anak ayah dah balik? Mana kamu pergi, nak? Ayah risau nak." Kata Aver kepada Averin dengan wajah risau.

"Maaf ayah. Tadi, ada masalah sikit."

Aver merapati anaknya, lalu memeluk anaknya itu. Wajahnya pucat lesu dan seperti orang sakit, sebenarnya dia memang sakit. Kanser tahap 4, tetapi dia tidak pernah memberitahunya kepada anaknya itu.

Kalau dia mati nanti, macam manalah nasib anaknya ini? Itulah yang dia fikirkan pada setiap hari memandangkan Averin sudah tiada sesiapa lagi selain dia. Isterinya pula telah meninggal dunia sebaik saja melahirkan Averin.

Dia pula mula jatuh sakit selepas itu, tetapi tetap kuatkan semangat untuk membesarkan anaknya itu. Namun, ia tidak pernah mudah. Disebabkan hidup daif macam inilah, telah menyebabkan anaknya itu lebih rendah dan kecil berbanding dengan budak yang sebaya dengannya.

"Aver?" seru seseorang di belakang Averin. Aver mengangkat wajah dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah bekas Tuannya itu.

"Tuan Hazeman?" katanya. Hazeman sudah ukir senyuman dan terus merapati Aver. Dia mahu memeluk Aver, tetapi Aver menolaknya.

"Maaf Tuan Hazeman, kalau tuan peluk saya, kotor baju tuan nanti."

"Aver, pernahkah aku kisah pasal benda macam itu, hm?" Hazeman tidak mempedulikannya dan tetap memeluk Aver. "Ini anak kau?"

"Ya Tuan."

"Patutlah aku rasa aku macam pernah nampak dia. Mungkin rupanya yang iras kau sikit tu."

Aver hanya tergelak segan di depan Hazeman.

"Kau okey? Kau nampak pucat."

"Saya okey. Sakit sikit, biasalah bila dah sampai umur macam ini. Tuan sihat."

"Aver aku bukan Tuan kau lagi, aku sudah merdekakan kau kan. Panggil aku Hazeman pun tak apa."

Aver menggelengkan kepalanya. "Mana boleh Tuan. Saya tetap seperti hamba Tuan."

"Kau ni, degil. Masih tak berubah."

"Tuan nak masuk rumah? Tapi, rumah saya kecil sajalah."

"Ada aku kisah tentang tu. Kalau tak mengganggu kau, boleh aje."

Disebabkan itu, Aver terus mempersilakan Hazeman untuk masuk ke rumahnya dan kepada anaknya, Averin disuruh untuk membawa air kosong kerana itu saja yang mereka ada sekarang. Selalunya, dia dan anaknya itu memang terpaksa ikat perut.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now