...sambungan Bab 34

22 5 1
                                    

...

KES JORA diklasifikasikan sebagai kes orang hilang sampailah sekarang kerana sampai sekarang jasadnya masih belum dijumpai. Tetapi, polis yakin bahawa dia memang ditolak jatuh ke dalam laut memandangkan pihak penyelamat menemui kasut yang dipakai oleh mangsa pada hari itu di tengah-tengah lautan.

Mirza sedang menunggu seseorang di restoran yang sama sekali lagi. Pada hari ini pun dia memakai topi dan pelitup muka. Tidak lama selepas itu, seseorang menarik kerusi yang berada di hadapannya dan duduk.

"Kamu sangat bijak kan?" tegur orang itu atau Alic. "Orang saya telah menyaksikan semua yang kamu buat pada malam itu seperti yang dimaklumkan oleh kamu dan kami merakam perbuatan kamu itu. Yalah, jika kamu memilih untuk mengkhianati kami, kami boleh gunakan video kamu menolak si Jora itu sebagai ugutan dan amaran. Jasad Jora yang berlumuran dengan darah dan tersadai di batu itu betul-betul mengerikan, Mirza. Sekarang kamu benar-benar tidak boleh berpaling lagi, Mirza. Ia suatu perkara yang baik, kan? Membuat perkara yang bukan kebiasaan kita adalah suatu peningkatan juga bukan? Tetapi, saya tertanya-tanya kenapa kamu melemparkan dahan itu ke tepi cerun, kenapa tidak buangnya ke laut dan biarkan ia hanyut bersama-sama jasad si malang itu?"

"Saya cuak sebab tiba-tiba saja terdengar bunyi tapak kaki seseorang. Tuan tak akan tahu betapa menggeletarnya tangan saya masa tu. Saya takut, Tuan."

"Tch, tch. Mirza, kamu dah buatnya pun, jadi tak ada apa yang perlu ditakutkan lagi. Lagipun, rancangan kamu itu nampaknya tiada cacat-cela memandangkan sampai sekarang pihak polis tidak mengesyaki kamu."

"Berjumpa dengan Tuan secara rahsia macam ini mungkin akan menyebabkan mereka mula mengesyaki saya."

"Hahaha. Risau sangat kamu ini. Pada saat kamu lulus ujian itu, maknanya kamu sudah menjadi salah seorang dari kami dan kami akan menguruskannya bagi pihak kamu nanti. Sekarang, sudah tiba masanya untuk bawa kamu ke tempat perjumpaan."

"Tempat perjumpaan?"

"Ya. Masanya sudah makin hampir. Ada sesuatu yang besar akan berlaku Mirza dan sekarang, semua ahli organisasi kita akan bertemu satu sama lain buat pertama kalinya." Ujar Alic dengan senyuman sinis dan mula memesan makanan seperti selalu.

Selama hampir setengah jam berada di situ, Alic meminta dirinya kerana dia mempunyai urusan lain pula pada hari itu. Namun, dia sempat menyelitkan sesuatu di tangan Mirza sewaktu berjabat tangan dengan Mirza tadi, sama seperti apa yang dia buat pada sebelum ini.

Mirza menyambut huluran tangan itu dan kemudian, berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku pun. Setelah Alic meninggalkan dia di situ, giliran dia pula untuk meninggalkan restoran tersebut, tetapi dia sempat membungkuskan makanan untuk Ari memandangkan dia akan berjumpa dengan Ari pula selepas ini, sama seperti biasa.

...

PADA malam ketiga selepas menemui Alic di sebuah restoran di luar kawasan istana Kastelhike, Mirza tidak balik ke asramanya yang berada dalam kawasan istana pada hari itu kerana mahu berjumpa dengan Alic seperti yang disuruh oleh Alic di dalam nota yang diselitkan di tangannya pada sebelum ini.

Ini ialah masa-masa kemuncak mereka, jadi Mirza sudah bersedia dengan segala alatan yang dia perlu pakai pada malam itu. Waktu itu, jarum jam sudah berjengah pukul 2.00 pagi dan Mirza sedang berjalan ke suatu tempat atau lokasi rahsia yang Alic berikan kepadanya.

Sekarang, Mirza sedang berdiri di hadapan sebuah bangunan dan di depan bangunan itu ada jaga yang berkawal. Mirza menghampiri tempat itu dan memberikan 'kata kunci' seperti yang dinyatakan dalam nota Alic.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now