...sambungan Bab 14

21 8 2
                                    

...

MIRZA menahan serangan pedang dari Tuan Zenn di tengah tempat latihan. Kini, dia sedang berlawan dengan Tuan Gurunya di Pusat Latihan Kuasa Keluarga Zenno di bandar berdekatan rumahnya. Masuk ke hari ini, genaplah lima bulan dia memasuki Pusat Latihan Kuasa Keluarga Zenno tersebut.

"Kiri! Kanan! Kiri! Kanan! Atas! Bawah!"

Pak! Prak! Pap!

Tuan Zenn memberikan arahan mengenai serangannya kepada anak muda bernama Mirza itu. Saja mahu anak muda itu peka dengan serangannya, lagipun ini adalah latihan, bukannya perlawanan sebenar.

Jadi, dia akan melatih budak itu untuk mahir dalam hentakan pedang terlebih dahulu. Budak itu bukannya tidak pandai menggunakan pedang, tetapi dia mudah hilang stamina dan hentakkannya agak lemah. Tengok tu, nafas budak itu sudah tercungap-cungap.

Oleh itu, Tuan Zenn berhenti menyerang Mirza dan menjatuhkan pedangnya ke bawah. "Kita berehat terlebih dahulu." Katanya dan terus ke tepi tempat latihan.

Sebelum dia berpaling, dia lihat Mirza sudah mengelap peluh di bahagian muka yang sedang menitik dengan anak bajunya sejurus selepas dia memberikan arahan tadi itu. Sepatutnya hari ini ialah hari cutinya, tetapi Mirza, pelatih baharu yang baru masuk lima bulan yang lepas telah memberikan bayaran extra untuk melatih dia pada setiap hari cuti. Katanya, dia mahu masuk UKPI.

Zenn hanya bersetuju, yalah dia mendapat dua keuntungan dalam situasi itu. Pertama, dia mendapat bayaran lebih dan yang kedua, jika Mirza berjaya di dalam UKPI, maka 'Pusat Latihan Kuasa Keluarga Zenno milik keluarganya ini akan mendapat nama juga. Yalah, Mirza akan menjadi pelatih pertama dari Pusat Latihan Kuasa Keluarga Zenno yang lulus UKPI. Jadi, dia tidak rugi apa pun kan.

"Duduklah." Pelawa Zenn kepada Mirza selepas meletakkan pedangnya di sebelah kanan. Mirza hanya menurut dan duduk bersila di hadapan gurunya itu.

Kemudian, Zenn menepuk tangannya untuk satu kali. Apabila bunyi tepukan itu berbunyi, seorang pembantu perempuan membawa masuk makanan dan minuman ringan untuk petang itu. Dia menghidangkannya di hadapan dua orang lelaki tersebut.

"Minum dan makanlah. Kamu perlukan tenaga untuk teruskan latihan ini. Stamina kamu sudah agak meningkat berbanding lima bulan yang lepas, tahniah." Kata Zenn (39) penuh hikmah.

"Terima kasih."

"Selepas ini, saya mahu kamu masuk ke dalam kolam sekali lagi dan berlatih tahan nafas di dalamnya. Saya tahu kaki kamu mudah kejang di dalam air, tetapi kali ini kamu hanya perlu berada di dalamnya saja, bukannya berenang."

"Baik. Saya faham."

Zenn menghirup air teh suam yang dihidangkan tadi dan tersenyum selepas menghirupnya. Sedap dan menenangkan.

"Kamu ada soalan yang mahu ditanya sebelum kamu berangkat ke Mauritus (Kerajaan Istana Kastelhike)?" soal Zenn ingin tahu.

Budak lelaki di hadapannya sekarang ini, seorang yang sangat kurang bercakap. Jika sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawabnya. Jadi, kadang-kadang timbul perasaan ingin tahu dari dasar hatinya mengenai budak ini. Dia mahu mendengar budak ini bercakap banyak kerana suaranya sangat menenangkan.

Budak ini sangat tenang. Jika dia dimarah atau dibuli oleh pelatih senior di sini pun, dia hanya berdiam diri, seolah-olah dia tidak mampu untuk melawan. Tidak, dia kelihatan tidak mampu untuk melawan, tetapi entah kenapa di dalam mata Zenn, budak ini boleh saja melawannya atau mempunyai kemampuan untuk membalasnya. Tetapi, dia menyimpan sesuatu disebalik kelakuannya itu. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba dicapainya atau ada matlamat yang dia perlu tunaikan.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now