Bab 36: Hari Pertabalan

25 6 0
                                    

MIRZA menghempaskan badannya ke atas katil dalam biliknya. Dia sudah tiada rakan sebilik semenjak Radi pindah keluar ke asrama lain. Lagilah dia suka kerana dia tidak perlu solat secara sembunyi lagi dan bisa menarik nafas lega apabila berada di dalam biliknya seorang diri.

Mirza baru selesai solat Isyak dan sekarang ini sedang memikirkan apa yang dia perlu buat pada hari esok. Dia harap Ketua Jemeer sudah bersiap sedia dengan segala apa yang dia suruh Ketua Jemeer dan kumpulannya buat pada hari pertabalan nanti. Dia juga berharap tiada cacat-cela pada hari itu dan ia berjalan dengan sangat lancar.

Ini bermakna, dia dapat berehat dengan tenang pada hari esok saja. Bermula lusa dan seterusnya, dia pasti akan jadi sangat sibuk sehingga susah untuk berehat atau cuti dengan tenang lagi. Mungkin juga dia sudah tidak dapat bercuti kerana ada banyak yang dia perlu lakukan sebaik saja dia dilantik menjadi Tuanku Interim.

Kemudian, Mirza menggapai mobilika yang dia letakkan di atas meja belajar, lalu menaip mesej kepada Ari. Ada sesuatu yang dia perlu beritahu kepada Ari dan dia mahu berterus-terang atau jujur dengan Ari. Dia memang lebih suka berterus-terang supaya tiada salah faham antara mereka.

"Selamat malam Ari. Maaf ganggu awak, tetapi tadi mak cik Bunga kirim salam kepada awak. Saya juga mahu minta maaf sekali lagi mengenai apa yang berlaku kepada Wira dan Wara. Bukan niat saya untuk sembunyikannya Ari, saya cuba untuk beritahu awak semasa peluang itu sudah turun menjadi 20% dan 10%, tetapi saya banyak berfikir mengenai perkara lain, jadi saya terlupa mengenainya. Saya jujur Ari, saya tidak menipu mengenai itu, saya harap awak faham. Awak akan tahu sebab kenapa saya banyak berfikir pada hari Isnin nanti dan..."

"...selepas ini, saya akan jadi sangat sibuk dan saya tidak tahu bila lagi kita dapat berjumpa, tetapi saya nak awak pegang kata-kata saya ni. Kalau ada apa-apa yang berlaku dan awak perlukan pertolongan, cari saya Ari, saya akan cuba untuk tolong. Selamat malam, semoga awak tidur dengan lena dan tolong jangan sakiti diri awak lagi, Ari. Wira dan Wara perlukan awak. Awak tak perlu balas mesej ini sebab saya tahu awak masih marahkan saya, cukuplah awak bacanya saja. Bai."

Mirza menaip mesej itu dan menghantarnya kepada Ari apabila ia memuaskan hatinya. Setelah itu, dia meletakkan mobilika itu ke atas mejanya kembali dan mula menarik kerusi. Dia perlu membaca buku Sejarah Lama Olienpiece sekali lagi dan menelaah buku apa yang patut.

Ting!

ADA SUATU mesej yang masuk dalam peti pesanan ringkas mobilika milik Ari. Ari yang terbaring di bawah balang silinder yang menempatkan Wira dan Wara terbangun. Dia tidur di situ pada malam itu kerana tidak mahu meninggalkan adik-beradiknya lagi.

MB dan Liyana ada menyuruh dia untuk ke bilik Mirza kerana Mirza membenarkan dia untuk tidur di dalam biliknya, lagipun bilik itu sudah kosong sekarang. Hanya ada beberapa peninggalan barang Mirza sahaja, itupun hanyalah sedikit.

Ari menilik jam. Sudah pukul 2 pagi rupanya. Ari menggeliat dan meregangkan sedikit badannya kerana ia mula terasa sakit. Siapa suruh dia berdegil kan. Tapi, kenapa mereka bagi dia tidur di bilik Mirza? Dia masih lagi marahkan Mirza, walaupun ia sudah tidak banyak.

Kali ini, Ari membuka mesej yang dihantar kepadanya tadi. Mesej dari Mirza rupanya. Walaupun dia masih marahkan Mirza, tetapi dia tetap membacanya. Usai membacanya, Ari memeluk lututnya di atas lantai itu dan termenung untuk seketika.

Tiba-tiba sahaja dia teringat kebaikan Mirza selama ini. Kata ibunya, setiap manusia melakukan kesilapan dan mungkin ini ialah salah satu kesilapan Mirza. Dia tidak tahu apa yang dia patut rasa sekarang ini? Marah? Benci? Kecewa?

Macam mana kalau Wira dan Wara mati? Adakah dia dapat maafkan Mirza? Tetapi, Mirza juga adalah orang yang banyak membantu dia selama ini dan MB sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merawat adiknya itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now