Bab 28: Rumah Ketua Hash

24 4 0
                                    

PADA malam itu, Mirza tersedar pada pukul 2.00 pagi selepas pengsan semenjak dari pukul 2 petang tadi. Maknanya, dia pengsan selama 12 jam. Sakit yang dia rasa di seluruh badannya telahpun pulih. Buka saja mata, dia terus berfikir tentang kejadian tadi.

Nasib baiklah, Putera Muqer yang datang ke tempat itu dan bukannya orang yang dia tidak kenali. Dia sempat membisikkan sesuatu kepada Putera Muqer supaya mengaku dia yang telah tumpaskan Sarjan Kobra itu dan Ibu Raksasa, manakala dia serta Ari hanyalah pembantu saja.

Pihak istana pasti akan menyuruh Putera Muqer membuat laporan mengenainya dan dia tidak mahu nama dia serta Ari disebut sebagai orang yang menumpaskan semua raksasa tersebut. Risau mereka berdua menarik minat Raja Ozzark dan Putera Angkat Sulung Muez pula. Jadi, perhatian itu mesti dialihkan kepada orang lain, contohnya Ketua Biro yang sememangnya mempunyai kekuatan istimewa.

Mirza juga berfikir tentang Pulau Raksasa serta Ibu Raksasa tadi. Sudah 10 tahun mereka menjaga tempat itu dan membuat tempat itu menjadi tempat pembiakkan raksasa seolah-olah pihak Raidez sedang mempersiapkan tentera-tentera dari raksasa di situ. Bukankah ia bermakna mereka sedang bersedia untuk berperang?

Patutlah kapal mereka terus diserang pada malam itu, rupanya pulau itu menyimpan rahsia yang sangat besar. Jadi, pihak Raidez tidak mahu hal itu terbongkar. Ketua Biro istana dan seluruh pegawai atasan kerajaan Kastel lain tentulah tidak dapat membuat apa-apa terhadap pulau itu kalau Tuanku Tertinggi mereka merangkap Tuanku Palsu itu tidak mengambil pusing mengenai masalah di pulau tersebut.

Mereka tidak mendapat arahan dan persetujuan dari Tuanku Ozz mereka pun, jadi mereka tidak boleh membuat apa-apa kepada pulau terbabit. Jadi, lebih baiklah mereka memindahkan rakyat dan penduduk yang masih hidup ke daratan dan membina penempatan baharu untuk mereka.

Perbualan antara Impor dengan Kobra tadi juga telah menarik minatnya. Katanya Raidez akan menakluki Kerajaan Lintenia pula. Maknanya, ada betulnya juga taakulan dia tadi itu. Bila? Bila Raidez mahu membuat serangan ke atas Lintenia? Adakah lima bulan dari sekarang seperti yang dia teka pada sebelum ini? Boleh jadi.

Macam mana keadaan Wira? Dia harap ketiga-tiga adik-beradik itu okey dan si kembar itu kembali menjadi manusia biasa semula. Kalau tidak, kasihan dengan Ari nanti. Tentu dia akan menyalahkan dirinya sendiri.

Sekarang dia terfikir-fikir tentang kekuatan Ari: adakah Ari juga mempunyai kekuatan ekstrem? Dari apa yang dia lihat, Ari mungkin memiliki kuasa kekuatan ekstrem juga. Mungkin dia mendapatnya dengan menyentuh orang yang mempunyai kuasa itu juga.

Kemudian, Mirza mengalihkan kepalanya ke arah tingkat bilik wad tersebut. Dia membuka tingkapnya dan merenung langit malam itu dengan ralit. Alhamdulillah, dia masih hidup dan selamat sampai ke daratan semula. Alhamdulillah!

PAGI itu, tepat pukul 8.00 pagi, Mirza mengalihkan kepalanya ke arah pintu masuk wad dan kelihatan kelibat MB dan Liyana memasukinya dengan senyuman lebar. Setelah mereka, dia dapat melihat satu gerangan lagi yang memasuki bilik wad ini: Fragil.

Apa pula perempuan itu buat di sini? Bisik hatinya.

"Anak ibu dah bangun rupanya. Kamu okey, hm? Ada sakit di mana-mana? Nak ibu panggilkan medicer tengok-tengokkan keadaan kamu?" soal MB bertubi-tubi. Mirza sekadar menggelengkan kepalanya.

"Ya ke abang? Kalau sakit cakaplah, jangan pendam aje." Sampuk Liyana pula.

"Tu la." Sahut MB lagi.

"Tak, saya okey. Bila ibu dan Liya sampai sini?"

"Petang kelmarin, lepas As...dalam pukul 4.30 petang macam itu. Masa kami mula-mula masuk itu, Liya ada nampak Kak Fragil. Dia yang jaga abang sampailah kami sampai ke sini. Menangis-nangis akak Fragil apabila tengok keadaan abang semalam tau." Cerita Liya dengan senyuman nakal sambil mengenyitkan mata ke arah Mirza.

Mirza kepelikan. Apa maksud reaksi Liya itu. Sakit mata ke? Mata masuk habuk ke? Nak dia tiupkan ke apa?

"Itulah, romantik sungguh."

"Ya-ya. Abang sampai hati kan tak beritahu dah ada kekasih." Liya mencebik.

Apabila perkataan kekasih disebut, Fragil terus terbatuk-batuk.

"Ehum, ehum! Saya ada bawa makanan, jom makan sarapan sama-sama." Fragil mencelah dengan cepat kerana tidak mahu Mirza mendengar perkataan itu. Tetapi, Mirza tidak pekak dan sekarang dia sedang melihat ke arah Fragil dengan pandangan tajam.

"Siap berpegangan tangan lagi, sampai tak boleh lepas ya. Adik nak sentuh abang sikit pun abang tak pernah bagi sebelum ini kan. Ceh! Memilih!" ujar Liyana lagi dan kali ini tergelak nakal dengan ibunya, MB.

Okey, ini sudah lebih.

"Ibu dan Liya boleh keluar sekejap, ada benda yang Mirza mahu bincangkan dengan perempuan itu." Kata Mirza dengan nada mendatar seperti sedang menahan geram.

Apabila mendengar perkataan 'perempuan itu', MB dan Liya terus berhenti ketawa nakal. Alamak, mereka terpijak periuk api ke? Kenapa nada Tuan Putera mereka tika itu seperti sedang menahan marah?

"Ba-baik. Jom Liya." Ajak MB dan menarik tangan anaknya untuk keluar. Macam ada gunung berapi yang mahu meletus aje dalam bilik itu.

Apabila mereka berdua keluar dari bilik itu, Fragil terus menelan air liurnya.

"Mirza, saya boleh terangkannya. Semalam, saya pergi ke arah awak yang telah pengsan dan tiba-tiba awak pegang tangan saya dan tak nak lepaskannya. Kemudian, ada seorang lelaki datang dan selamatkan kita semua, dia yang kata kita macam pasangan kekasih. Selepas kita sampai ke sini dan masa awak dirawat dalam keadaan tak sedar pun, awak masih pegang tangan saya sampailah mak dan adik awak datang, dan mula salah faham dan salah tafsir keadaan, lagi-lagi apabila ada khabar angin yang tersebar dari jururawat dan medicer yang merawat awak." Balas Fragil dengan laju dan cepat, tanpa memberikan ruang untuk Mirza mencelah pun.

"Saya tak pernah percayakan awak, Fragil. Dari hari pertama saya bertemu awak, saya tak percayakan awak, jadi awak rasa saya akan percaya cerita karut awak itu? Awak berpeluh, nada suara awak ada getaran sebab jantung awak sedang berdebar-debar dan berdegup dengan kencang, tangan awak sedikit menggeletar, awak tak senang duduk dan bola mata awak asyik bergerak ke kiri dan ke kanan semasa menceritakannya. Kamu tahu apa tandanya? Ia tanda-tanda seorang penipu. Kamu, Fragil dapat tipu semua orang, tapi kamu tak akan dapat tipu saya..."

"Kamu buat kesalahan Fragil dan kamu tahu kamu salah, jadi apa yang kamu harapkan dari saya? Kata-kata manis? Tak, kamu akan kena maki dan kena marah dengan saya. Kamu tahu kan saya seorang yang suka berterus-terang, suka marah dan tidak berselindung. Kalau saya tidak sukakan seseorang atau sesuatu, saya lebih suka beritahu dia di depan mata dia terus sebab saya tak suka bercakap di belakang. Kamu sudah tahu sifat dan sikap saya yang teruk ini sebab itulah yang saya tunjuk selama ini di depan kamu semua, tetapi kamu masih berani buat macam itu, membuat cerita dan menipu saya...?"

"...Fragil, macam mana kalau ada seorang lelaki yang kamu tidak suka buat perkara yang sama macam apa yang kamu buat kepada saya? Apa yang kamu akan buat kepada dia atau apa yang kamu akan gelar dia? Lelaki gatal, atau lelaki tak guna, mungkin. Sekarang ini, saya rasa kamu sama macam lelaki itu, patutkah saya gelar kamu perempuan gatal atau tak guna? Keluar, jika kamu tak mahu kena maki dan kena marah dengan saya, kamu keluar sekarang. Kamu tak pandai hormat saya dan privasi saya, jadi kamu juga tidak layak untuk mendapat hormat dari saya. Keluar sebelum saya naikkan suara saya kepada kamu." Kata Mirza dengan tegas, tetapi masih lagi mahu bertenang kerana dia tidak mahu marah-marah orang lagi.

"Apa masalahnya? Saya hanya pegang tangan awak aje, saya tak buat perkara yang lebih dari itu kut!" Fragil meninggikan sedikit suaranya kerana geram dengan Mirza yang melebih-lebih pula. Dia hanya pegang tangan aje kan.

"Keluar. Aku tak suka ulang kata-kata aku, Fragil." Kali ini Mirza menekankan sedikit nada suaranya sewaktu menyebut 'keluar' tadi. Dia juga sudah mula ber'aku-kau', maknanya dia memang sudah mula hilang sabar.

Fragil mengetap bibirnya dan menghentakkan kakinya kerana geram sebelum berlalu keluar dari situ. Dia menolak pintu dan berjalan keluar sambil menghentak kakinya kerana sedang dipenuhi dengan perasaan marah.

Sewaktumelalui koridor hospital itu, Fragil bertembung dengan Ari yang sedang menggunakantongkat ketiak untuk berjalan. 

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now