...sambungan Bab 6

36 9 2
                                    

...

SEORANG perempuan sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah kediamannya di dalam istana. Di situ dia tinggal bersama-sama ayahanda, bonda, abang dan adik perempuannya. Dia tersenyum semasa membuat hal demikian. Mungkin ia sangat menyeronokkannya.

"Tuan Puteri nampak gembira hari ni." Tegur dayang yang menjaganya.

Dia tersenyum. "Ya, hari ni ayahanda balik dari istana Kastelhike. Beta sangat merindui baginda, malah hari ni beta berhajat mahu menyuruh ayahanda merasa masakan beta lagi." Balasnya dengan lemah lembut.

"Masih mencuba untuk membaiki masakan Tuan Puteri."

"Sudah tentulah. Hehe." Puteri itu atau Puteri Balkis (19) dari kerajaan Hemifilis tersenyum gembira sambil bajunya beralun-alun kerana diserbu angin sepoi-sepoi bahasa.

Namun, disebalik senyuman dan kegembiraan Puteri Balkis, ada yang marah dan membencinya. Di tingkat dua rumah kediaman itu, kelihatan adiknya, Puteri Radea (17) dan dayangnya, Dalya (42) sedang melihat Puteri Balkis yang berada di luar itu.

"Beta harap pokok di sebelahnya tumbang dan menghempap dia. Atau tanah yang dia pijak itu tergelongsor ke bawah lalu menenggelamkan perempuan itu." Kata Radea dengan nada menahan geram. Dalya hanya diam apabila mendengarnya.

"Kenapa ramai yang sukakan perempuan itu? Adakah sebab dia cantik dan lemah lembut macam itu? Beta juga cantik dan lemah lembut bukan?" soalnya dan berpaling ke arah Dalya yang setia berada di sebelahnya.

"Er....ya Tuan Puteri." Balasnya ragu-ragu.

"Um, dan beta juga baik hati, tak macam dia. Huh! Apalah yang Tuan Rein nampak dalam diri Puteri Balkis sampai dia sanggup tinggalkan beta dan mengejar Puteri Balkis pula. Kamu ada apa-apa berita dari istana utama (Kastelhike)? Ada sesiapa dari Putera Angkat atau Pegawai Atasan Istana sedang mencari isteri ke?" soalnya bertanya tentang keadaan di Kastelhike pula.

"Setakat ini, saya tidak mendengar apa-apa berita mengenai itu lagi. Adik saya tidak cakap apa-apa tentangnya buat masa ini, mungkin tiada lagi yang mahu bernikah." Balas Dalya. Adiknya bekerja sebagai pengawal di dalam istana itu.

"Diorang ni dah kenapa? Nak membujang sampai ke tua ke!?"

"Tuan Puteri masih dengan idea mahu menikahi mereka?"

"Sudah tentulah. Beta perlu bernikah dengan orang atasan sebab beta perlukan kuasa, Dalya dan kamu tahu sebab apa beta perlukannya."

"Tapi, kalau Tuan Puteri menikah dengan orang yang salah, Tuan Puteri akan merana, dah saya tak mahu melihat Tuan Puteri merana di tangan mereka yang rakus dan tidak bertanggungjawab. Perkahwinan, Tuan Puteri, bukanlah perkara main-main."

"Oh Dalya, beta tak akan merana. Beta tahu apa yang beta perlu lakukan untuk mengelakkannya." Radea tersenyum sinis apabila memikirkan hari yang bakal tiba itu.

"Kalau Puteri Chagalli seorang Putera sudah lama beta mengarahkan dia mengahwini beta, ia lebih bagus daripada beta menjadi dalang pemberontakan yang diketuai oleh dia." Kata Radea dengan sinis sekali lagi. Kali ini Dalya menggelengkan kepalanya.

"Huh! Kenapa petir tidak memanah saja perempuan itu?" katanya lagi sambil melihat ke arah kakaknya, Puteri Balkis itu. Kali ini dia laungkan dengan kuat kerana geram.

"Awak masih belum berubah." Tegur seseorang dari belakang mereka.

Jadi, Radea dan Dalya terus berpaling. Dalya berwajah cuak kerana risau tembelang Tuan Puterinya terbongkar. Namun, Radea masih lagi dengan wajah tenang dan angkuhnya. Dia sedang ukir senyum sinis.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now