...sambungan Bab 20

17 6 2
                                    

SETELAH itu, Hash dan Hazeman kembali ke kediaman mereka di dalam kawasan istana dan hidup di sana seperti sebelum ini. Hash akan membuat kerja-kerja rumah di situ seperti membersihkan rumah, halaman rumah mahupun tempat latihan Ketua Hazeman. Kadang-kadang dia juga ada berlatih di situ dan dilatih sendiri oleh Ketua Hazeman.

Dia mahu berjaya, namun bukanlah sebagai anak jagaan Ketua Hazeman, tetapi sebagai anak ayahnya, Aver si miskin dan papa kedana yang tinggal di hutan. Jika dia berjaya suatu hari nanti, maka dia mahu membanggakan nama arwah ayah dan ibunya. Dia mahu buktikan kepada orang ramai bahawa orang seperti dia juga boleh berjaya di dalam hidupnya.

Ketika itu, Hash sedang membersihkan dan mengemop tempat latihan Ketua Hazeman. Tiba-tiba baldi mop dia disepak oleh seseorang sehingga airnya tumpah mengenai lantai latihan. Hash terus memandang seseorang yang telah menyepaknya itu.

"Apa kau buat di sini lagi? Kau patutnya pergi dari sini sebab ayah kau dah mati, kan?" soal Cuso (15), pelajar Ketua Hazeman dan merupakan anak Bangsawan Kelas Atasan.

Cuso dan kawannya Gile (15) sangat suka membuli Hash semenjak Hash dibawa masuk ke sini lagi. Hash hanya menunduk melihat lantai yang sudah basah itu, dan mahu mengemopnya, tetapi bajunya ditarik dari belakang dan badannya dihempap ke dinding oleh Cuso.

Kemudian, Cuso meletakkan kakinya ke muka Hash.

"Berani kau tak layan aku langsung ya!? Kau berlagak pula sekarang kan! Tak sedar diri ke yang kau sekarang ini sedang bercakap dengan golongan bangsawan hah!? Jangan sesekali kau tunjukkan belakang kau di depan aku, kau faham tak!" marah Cuso dan semakin kuat menekan kakinya itu ke muka Hash.

"Berhenti atau beta akan suruh ayahanda beta pancung kepala kamu!" marah Mazhe. Dia baru saja sampai ke tempat latihan itu.

Itu ialah kali pertama dia menjejakkan kaki ke tempat latihan kuasa milik Ketua Hazeman kerana pada sebelum ini, ayahnya langsung tidak mengizinkan dia keluar dari Kediaman Utama Kastelhike.

Namun, pada hari ini, untuk pertama kalinya ayah dia membenarkan dia keluar dari situ. Itupun selepas puas dia memujuk ayahnya. Tetapi, kali ini semakin ramai pengiring dan pengawal yang mengikutnya. Seramai 6 orang pengiring yang telah mengikutnya pada hari itu untuk ke tempat latihan Ketua Hazeman.

Disebabkan itu, Cuso, Gile dan Hash sendiri memandang ke sisi kanan mereka, dan apabila melihat wajah Putera Mazhe dengan seragam Putera Rajanya, maka mereka terus memberi tunduk hormat seperti kebiasaannya.

"Ma-maafkan patik, Tuan Putera." Balas Cuso terketar-ketar. Risau kepalanya betul-betul dipancung.

Tak habis-habis dengan pancung. Bisik hati kecil Hash kerana sejak kali pertama dia jumpa Mazhe, perkataan 'pancung' itulah yang telah keluar dari mulut Mazhe itu.

"Huh. Averin adalah hamba sahaya beta, jadi tiada sesiapa yang boleh membuli dia selain beta." Kata Mazhe dengan yakin dan berlagak.

Hash terus mengangkat sedikit wajahnya. Apa? Dia dijual kepada Mazhe pula ke? Ketua Hazeman telah jual dia ke?

"Tuan Putera, Hash bukan hamba sahaya Tuan Putera." Tegur seseorang, siapa lagi kalau bukan Ketua Hazeman yang sedang menuju ke tempat latihannya.

Hari ini dia akan berlatih di tempat latihan dan sambil-sambil itu, dia mahu melatih Cuso dan Gile, anak-anak kenalannya. Dia sebenarnya tidak mahu mengajar orang kerana baginya ia tugas yang renyah, tetapi dia terpaksa. Hari ini, dia mempunyai pelajar baharu pula, siapa lagi kalau bukan Putera Mazhe.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now