...sambungan Bab 36

37 9 2
                                    

...

TUANKU MIRZA menuntun tubuh moyangnya sehingga ke tempat beradu lelaki itu. Dia membantu membaringkan lelaki yang sudah lama hidup itu. Kemudian, dia menarik selimut untuk melitupi separuh badan moyangnya sehingga ke paras dada.

Moyangnya nampak kepenatan pada hari ini disebabkan kejadian tadi. Jadi, dia mahu moyangnya itu berehat. Setelah itu, Mirza membantu moyangnya menyeka air mata yang belum kering di tepi mata dan pipinya.

"Atuk tidak perlu mengatakan yang atuk mahu memikul kesalahan itu. Bukankah Mirza sudah kata yang Mirza akan memikulnya pula." Kata Mirza setelah menenangkan bekas Tuanku Merak.

"Memang salah atuk. Semua ini berlaku disebabkan kesalahan atuk, jadi wajarlah atuk yang memikulnya. Mirza."

"Ya."

"Lakukannya. Kamu patut lakukannya jika kamu mahu menjadi Tuanku yang baik dan adil."

Mirza hanya mendiamkan dirinya sendiri kerana dia faham apa yang mahu disampaikan oleh orang tua itu.

"Atuk...nampak bayangan Raja Mar dalam diri kamu. Dalam kelembutan dan kebaikan kamu, ada ketegasannya. Sama macam Raja Mar. Raja Mar itu juga bijak orangnya." Daripada memandang Mirza tadi, kini dia memandang ke atas yakni ke arah kelambu katilnya.

"Mirza, kamu mungkin akan menjadi lambang kebebasan yang diidam-idamkan oleh kami selama ini. Jadi, lakukannya, Mirza. Inilah yang sepatutnya atuk lakukan sejak dari awal lagi, tetapi tidak mampu lakukan disebabkan takut dengan kenyataan ini. Tetapi, apabila adanya kamu, walaupun kamu baru muncul dan berada di sini, telah memberi sedikit ketenangan yang sudah lama bergelodak dalam hati atuk. Lakukannya, atuk sudah bersedia untuk menerima hukumannya. Dengan itu, kamu dapat memerintah kerajaan ini dengan tenang." Pujuk bekas Tuanku Merak sambil menggenggam tangan piutnya itu dengan erat, seolah-olah meminta sedikit kekuatan dari anak muda yang kelihatan tidak pernah gentar dan gugup itu.

Anak muda itu sentiasa tenang dan berekspresi kosong sehingga dia tidak dapat meneka apa yang berada dalam pemikiran anak muda tersebut. Mirza masih mendiamkan dirinya kerana dia sedang berfikir mengenainya.

Nampaknya, dia tidak perlu menyuarakan apa yang berada di dalam hatinya itu kerana moyangnya sudah dapat membacanya.

Tanpa mereka sedari, pintu gelangsar balkoni bilik itu ditolak oleh seseorang. Disebabkan itu, Mirza terus berpaling ke arah muka pintu balkoni tersebut. Dia nampak kelibat seseorang itu melutut di hadapannya.

"Maafkan patik kerana muncul macam ini di hadapan Tuanku Mirza dan bekas Tuanku Merak." Ujar seseorang itu. Merak cuba mengerling kelibat itu dengan hujung matanya.

"Ivan? Kamu ke itu?" Merak menduga, kali ini air mata bergenang lagi di tubir matanya apabila melihat kelibat lelaki itu. Lelaki itu atau Ivan mengangguk.

"Ya, ini patik. Patik sudah kembali ke istana setelah sekian lama, Tuanku. Inilah waktu-waktu yang patik tunggu selama ini: waktu kebenaran itu terbongkar. Setelah hampir 270, buat pertama kalinya Tuanku, rambut patik tumbuh uban, seolah-olah sumpahan ini sedang berakhir dengan patik." Ivan atau bekas Peramal Istana yang pernah bersubahat dengan Tuanku Merak pada sebelum ini mempamerkan dirinya sambil air mata bercucuran keluar dan membasahi pipinya.

"Oh Ivan. Beta minta maaf atas segala-galanya. Semua ini adalah hukuman bagi beta di atas dosa yang beta buat kepada kamu, keluarga kamu, kepada Raja Mar, kepada ayahanda dan kepada rakyat jelata. Dada yang terasa sangat sendat setelah bermulanya penyesalan beta, mula terasa lapang. Seandainya beta tahu inilah penyelesaiannya, sudah lama beta membongkarkan semuanya." Merak menuturkan ayat-ayat itu sambil meletakkan tangan kanan ke atas dadanya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now