Bab 47: 'Calm and composed'

41 8 2
                                    

MIRZA dan Kino berhenti di suatu tempat dan mendapatkan pasukan berkuda yang telahpun menunggu mereka di hadapan memandangkan masa untuk mereka menawan istana telahpun tiba.

Mirza cuba untuk menunggang kuda yang diserahkan kepadanya, namun berhenti di tengah-tengah perjalanan apabila Kino tiba-tiba saja berhenti berlari dan melemparkan stalagmit tanah ke belakangnya.

Disebabkan itu, Mirza dan tentera yang lain berpaling ke arah Kino dan kemudian, ke tempat stalagmit itu dihalakan tadi.

"Kau siapa!? Keluar dan munculkan diri!" laung Kino apabila tersedar yang ada orang yang mengekori dia dan Mirza dari belakang tadi.

Oleh sebab sudah tertangkap, maka orang yang mengekori Mirza dan Kino secara sembunyi tadi telah memunculkan dirinya dengan perlahan-lahan. Melihat ada seorang tentera Olienpiece yang mengekori Putera Mirza dan Kino secara sembunyi telah membuatkan pasukan berkuda yang menyertai rombongan menawan istana utama mula berjaga-jaga dan mengeluarkan senjata masing-masing.

Mereka semua termasuklah Kino sudahpun bersiap-siaga dengan pertahanan dan memulakan serangan jika perlu, tetapi tidak bagi Mirza. Dia masih tenang seperti selalu dan sekarang sedang meneliti askar perempuan tersebut dari hujung kaki ke hujung kepala.

Bukankah askar inilah yang tiba-tiba saja muncul semasa dia sedang berlawan dengan Komander Uru sebentar tadi?

"Kenapa tutup muka? Bukanya." Arah Kino tegas. Walaupun askar wanita itu memakai seragam tentera istana Kastelhike, tetapi dia tetap perlu berjaga-jaga.

Apabila mendengar arahan dari orang atasannya, maka askar itu atau Ari mahu menanggalkan kain yang menutupi separuh wajahnya, tetapi Mirza menghalang.

"Tak mengapa, kamu salah seorang dari kami kan?" Mirza menduga, walaupun dia sebenarnya sudah dapat mengagak siapakah gerangan individu tersebut.

Bertubuh genit, perempuan dan menutupi separuh wajahnya. Dia sangat pasti itu adalah Ari dan dia tertanya-tanya kenapa Ari boleh berada di sini sedangkan dia hanya menukarkan Ari ke istana pusat sahaja bukannya menukarkan tugas dan jawatannya.

Haih! Mungkin ada masalah dengan pendaftaran Ari pada sebelum ini. Tidak mengapalah, selepas segalanya selesai di sini, dia akan meneliti semula maklumat pertukaran Ari itu.

"Kamu boleh memilih untuk menyertai kami atau kembali kepada pasukan kamu. Kita gerak dulu." Balas Mirza memberi arahan ringkas dan tidak berekspresi seperti biasa, lalu terus menunggang kuda yang disediakan untuknya.

Mirza tahu askar perempuan itu ialah Ari kerana tinggi serta fizikal perempuan itu sama macam Ari. Bahkan, dia sangat yakin Ari menutupi separuh wajahnya kerana dia terpaksa menggunakan semua kuasa yang dia ada, termasuklah keempat-empat unsur utama itu. Dia pasti tidak mahu dikenali oleh sesiapa dan tertangkap.

Ha? Mereka semua terpinga-pinga dengan arahan Tuan Putera mereka, termasuklah Kino dan Ari sendiri. Senangnya Putera Mirza melepaskan orang yang mencurigakan macam ini. Fikir mereka semua.

Tch! Mereka tiada pilihan lain selain akur dengan arahan Mirza, tetapi Kino tetap berjaga-jaga dengan askar perempuan tersebut.

Melihat tindak-balas Mirza itu, Ari tahu Mirza sudah mengecam dia, tetapi Ari tidak mahu berfikir banyak tentangnya dan hanya mengikut arahan Mirza. Dia memilih untuk menyertai pasukan yang bertanggungjawab menceroboh istana utama kerajaan De Leux.

Tugas mereka ialah mengepung istana itu dan menangkap pemerintah terkini De Leux, Raja Leona.

PASUKAN berkuda yang diketuai oleh Putera Mirza meneruskan perjalanan sambil berlawan dengan tentera Raidez yang bertugas dan berkawal di persekitaran tempat itu. Mereka tetap meneruskan perjalanan apabila berjaya mengawal keadaan dan menumpaskan beberapa tentera yang sudah bersedia di sepanjang jalan mereka.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now