...sambungan Bab 11

24 9 1
                                    

.

.

.

ZULL sedang mengajar anak-anak banduan itu di bilik penjaranya seperti biasa. Anak-anak itu akan mengikut dia mengeja dan kemudian akan mengeja dengan sendiri pula. Setelah itu, dia mengajar mereka nombor pula supaya mereka dapat belajar mengira suatu hari nanti.

Setelah tamat, sekali lagi Shina menghampiri palang besi itu dan menunjukkan lukisannya kepada Tuan Putera. Dia suka kerana Tuan Putera nampak sedikit gembira apabila melihatnya.

"Tuan Putera suka lukisan saya kali ni?"

"Um..." balas Zull dan matanya masih melihat lukisan Shina itu.

"Tuan Putera sudah tidak sunyi lagi, kan?" soal Shina ingin tahu.

Disebabkan sedikit terkejut dengan soalan itu, maka Zull terus memandang ke arah Shina. "Sunyi?"

"Um. Tuan Putera nampak macam kesunyian dan sedang bersedih. Tuan Putera janganlah sedih, Shina kan ada. Heeeee." Shina tersenyum hingga menampakkan gigi depannya yang sudah kosong kerana giginya sedang tumbuh yang baharu.

"Terima kasih, Shina. Saya tak sabar untuk bawa kamu keluar dari sini dan bawa kamu jalan-jalan ke kebun buah-buahan yang kamu suka tu."

"Yey! Terima kasih, Tuan Putera."

"Kenapa burung?" soal Zull apabila melihat lukisan burung Shina pada kali ini.

"Burung ni macam Tuan Putera."

"Macam saya? Rupa saya macam burung? Ah, adakah sebab rambut saya yang macam sarang burung?"

Shina terus menggelengkan kepalanya. "Bukan, tapi Tuan Putera seperti burung yang sedang terbang di langit kerana mahu melihat keadaan orang-orang yang berada di bawah. Tuan Putera datang ke sini sebab mahu melihat keadaan rakyat-rakyat Tuan Putera di sini, kan sebelum Tuan Putera melawat ke tempat lain pula? Heeeee."

Sekali lagi Zull meneliti mata budak perempuan itu. "Shina sangat bijak." Kata Zull dan terus mengusap kepala Shina dengan lembut menerusi ruang di antara palang besi tersebut.

"Kenapa Shina rasa macam itu?" soalnya lagi.

"Kerana itulah yang pemimpin perlu lakukan, sama seperti yang diberitahu di dalam buku yang Tuan Putera baca kepada kami hari tu."

Zull mengangguk faham. "Ya. Shina perlu membesar dengan sihat, dan jadi orang yang berguna."

"Ya. Shina dah ada cita-cita."

"Ya? Apa dia?"

"Shina mahu menjadi pembantu Tuan Putera sebab Shina akan ikut Tuan Putera terbang sekali di langit dan melihat keadaan di bawah. Shina akan bantu Tuan Putera menjaga Olienpiece."

Zull mengangguk sekali lagi. Seronok juga berbual-bual dengan kanak-kanak bijak seperti Shina. Kanak-kanak memang sangat peka dengan sekelilingnya kan? Selama ini, dia cuba sembunyikan segala kesunyian dan kesedihan yang dia rasakan di dalam hatinya, tetapi Shina dapat 'menangkap' perasaannya itu.

Dia ingatkan hatinya sudah okey, dia ingatkan hatinya sudah sembuh dari 'luka' itu, tetapi ia masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Kemudian, Zull melihat jari-jemarinya dan kuku-kuku yang telah dicabut oleh Raja Zach pada sebelum ini.

Kuku itu sudahpun tumbuh kembali, tetapi kenapa hatinya masih belum sembuh? Kukunya dicabut dan dia mengetahui kebenaran itu pada yang sama (serentak), tetapi kenapa hanya kukunya yang baru sembuh dan belum hatinya?

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now