...sambungan Bab 6

46 11 5
                                    

...

KEESOKAN paginya, MB menuju ke arah bilik Tuan Puteranya kerana mahu mengejutkan Tuan Putera. Dia hanya perlu mengetuk pintu dan memanggil nama Tuan Putera sahaja kerana Tuan Puteranya sangat senang untuk dikejutkan atau tersedar dari tidur.

Usai melakukannya, dia berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri dan solat Subuh. Anaknya telah bangun dan sedang menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga kecil mereka itu.

Setelah solat Subuh, MB ke meja makan kerana mahu menyusun pinggan mangkuk. Namun, dia kepelikan kerana kelibat Tuan Puteranya tidak kelihatan di pelusuk ruang tamu mahupun ruang makan. Adakah Tuan Puteranya belum bangun?

"Liyana, mana Tuan Putera? Dia dah bangun ke?" soal MB kepada anak daranya yang sedang menatang pinggan serta mangkuk yang berisi roti bakar dan sup cendawan untuk diletakkan di atas meja makan.

"Bukan ibu yang kejutkan Putera Mirza ke?"

"Ya, tapi selalunya Tuan Putera sudah bangun dengan sekali ketukan di pintu bilik dan panggilan nama. Ibu terus ke bilik air selepas membuatnya. Kamu pergi tengokkan Tuan Putera, minta izin dahulu sebelum masuk ke biliknya."

"Baik ibu." Balas Liyana dan terus berlalu ke bilik Tuan Puteranya.

Liyana mengetuk pintu bilik itu dan menyeru nama Putera Mirza. "Putera Mirza? Boleh saya masuk?" katanya. Tetapi, tiada sahutan di dalam bilik itu. Jadi, dia menguak pintu yang tidak berkunci itu dengan perlahan-lahan.

Dia nampak Putera Mirza masih berselimut di atas katil dan sedang tidur. Dia kepelikan kerana Tuan Puteranya spesies makhluk yang suka bangun awal.

"Er, saya buka lampu ya." Katanya sebelum membuka lampu bilik itu.

Pada saat lampu terpasang, Liyana terus beriak cuak. Oleh itu, dia terus keluar dan mendapatkan ibunya.

"Ibu, Tuan Putera!" jeritnya.

"Kenapa dengan Putera Mirza?" duga ibunya, juga dengan wajah risau apabila melihat cuak pada wajah anaknya itu.

"Liya tak tahu ibu, tapi wajah Tuan Putera nampak pucat? Tuan Putera dalam sakaratul maut ke?"

"Shh!" MB terus membuat muka garang. "Jaga sikit mulut kamu tu. Ingat itu perkara main-main ke?"

"Tapi, pucat sangat wajah Tuan Putera, siap berpeluh-peluh lagi. Ibu pergilah tengok."

"Ya, ya." MB membiarkan tugasannya tadi di meja makan dan menyuruh anaknya menutup makanan itu dengan tudung saji terlebih dahulu.

MB berjalan dengan laju untuk ke bilik Putera Mirza. Takut dia apabila memikirkan keadaan Tuan Putera kerana risau apa-apa berlaku kepada Tuan Puteranya itu. Dia juga risau kena marah dengan Ketua Hash dan risau dengan masa depan Olienpiece kerana baginya Tuan Putera sajalah harapan yang mereka ada untuk selamatkan Olienpiece.

Masuk sahaja ke bilik itu, dia terus mendekati katil Tuan Putera. Benar kata anaknya, Putera Mirza berwajah pucat sekarang, malah di bahagian dahi, wajah dan lehernya dipenuhi dengan peluh. Mimpi ngeri ke? Ngeri sangat ni.

"Saya minta maaf sebab perlu sentuh Tuan Muda." Katanya meminta izin kerana dia tahu Tuan Puteranya tidak suka disentuh oleh perempuan lain.

Tangan kanan MB menyentuh dahi Mirza dan tangan kirinya pula menyentuh dahinya kerana dia mahu mengetahui suhu badan Putera Mirza. Panas. Tuan Puteranya demamkah? Dia menyentuh bahagian leher Tuan Puteranya pula. Sama, rasa panas yang sama.

Oleh itu, dia terus ke bilik air serta mengambil bekas dan kain untuk dilap ke dahi dan leher Tuan Puteranya itu. Anaknya hanya melihat di hujung katil dengan wajah risau dan cuak.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now