...sambungan Bab 35

32 6 5
                                    

...

KETUA HASH sedang duduk di salah satu kerusi yang terdapat dalam pangkalan rahsia dia dan kawan-kawan sepermainannya sejak kecil. Dia menanti kehadiran kawan-kawannya itu dengan sabar. Ada sesuatu yang dia mahu beritahu kepada mereka, disebabkan itulah dia memanggil kawan-kawannya untuk ke sini. Sudah sampai masanya untuk dia memberitahu mereka semua tentang perihalnya.

Kemudian, kelibat Ketua Que Shyi datang dan memasuki pangkalan mereka. Dia tersenyum apabila melihat ke arah Ketua Hash yang sedang duduk sambil membaca sesuatu. Mungkin surat khabar.

"Baca pasal Putera Muez ke?" tegur Que Shyi dan menghampiri kerusi Hash lalu merampas apa yang ada di tangan Hash pada ketika itu.

"Hei, kau ni." Hash terus menggelengkan kepalanya.

"Ah...Nutrisi untuk perempuan mengandung? Cara-cara untuk membesarkan dan mendidik anak-anak yang baru lahir?" Que Shyi membaca muka surat majalah yang sedang dibaca oleh Hash tadi.

Disebabkan rasa ingin tahu yang menebal, maka Que membelek halaman kulit hadapan.

"'Buku untuk menjadi suami dan ayah terbaik'? Hash, apa ni Hash? Apa ni? Sejak bila kau berminat baca buku-buku macam ni. Kalau kau baca majalah 'dewasa' aku faham la juga, tapi ke-kenapa kau baca majalan macam ni? Kau kahwin pun belum." Soal Que dengan wajah berkerut seribu.

Kemudian, dia membawa majalah tersebut ke kerusinya, lalu duduk dengan kakinya diletakkan ke atas meja. Dia telah melunjurkan kakinya ke meja itu sambil membaca majalah terbabit.

"Bagi baliklah majalah aku tu, aku nak bacanya. Kau tak nampak ke aku tengah baca majalah itu tadi?"

"Jadi?"

Hash terus mengecilkan kelopak matanya sambil memandang Que dengan tajam. Ah, tiba-tiba muncul idea untuk dia menyakitkan hati Que.

"Tak apa, lupakan. Alang-alang kau dah ambilnya, kau bawanya balik dan bagi kepada suami kau, Putera Muqer. Mungkin dia boleh gunakannya sebagai tips untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik kepada 'anak' korang berdua nanti." Hash menyindir dengan sinis.

Oleh sebab geram dengan kata-kata Hash, maka Que terus mengoyak majalah tersebut.

Prak!!!

"Que!!! Ugh! Kau ni kan...Ah! Aku kena belinya lagi."

Hash terus meraup wajah dengan kedua-dua tangannya kerana kesal dengan tindakan Que dan juga dengan tindakan dia yang cuba untuk menyakitkan hati Que. Walaupun dia tidak bersalah dalam hal ini, tetapi dia lupa bahawa kawannya yang bernama Que ini ialah makhluk asing yang tidak bertamadun serta kurang beradab. Pokoknya, bukan manusia normal.

"Heh, kau berani sebut nama dia lagi depan aku."

"Kau...! Huh, jangan cakap hubungan kau dengan Putera Muqer masih sama macam dulu? Korang sudah berkahwin hampir 11 bulan kan? Tolonglah matang sikit, sesuai dengan usia kau itu, Que." Nasihat Hash dengan ikhlas sebagai kawan baik Que.

"Haip, jangan sibuk nak nasihat aku, Hash. Kalau kau ada banyak sangat masa sekarang ni untuk tegur aku, apa kata kau pergi jumpa lelaki yang berkongsi katil dengan aku tu dan beritahu dia supaya luangkan sikit masa untuk aku. Asyik sibuk aje memanjang, sampai bila hubungan aku dan dia nak baik? Aku jumpa dia sekali sebulan aje. Apa sibuk sangat ke jadi Ketua Biro Hal-Ehwal Istana? Aku pun ketua biro juga. Pokoknya, aku tak nampak usaha dia untuk rapat dan berbaik dengan aku, jadi buat apa aku baik dengan dia. Huh! Ingat sikit, aku ni bekas kaki lelaki."

"Huh, kalau kau tahu dia sibuk, maka kaulah yang tunjukkan usaha tu kepada dia, Que. Dia jaga seluruh istana kut, malah dia turut jaga tiga istana lain, nak-nak sekarang ini hari pertabalan Putera Muez semakin hampir. Jadi suami isteri ni kena ada toleransi sikit dan kena ada sifat empati kepada pasangan." Hash menggelengkan kepalanya.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now