...sambungan Bab 10

31 9 0
                                    

...

PUTERA-Puteri Angkat Istana memasuki Ruang Persidangan Hallen. Ruang itu sangat besar dan ia menempatkan Singgahsana Utama Kastelhike. Ada ruangan di bahagian tengahnya, manakala di sebelah kiri serta kanannya diapit dengan kerusi yang disediakan untuk Putera-Puteri Angkat Istana serta Ketua-Ketua Biro Istana atau Jujukan Ketua Istana Kastelhike, PK dan Anak Buah mereka.

Kerusi itu disusun secara berbaris dan ada lajur. Setiap lajur menempatkan kakitangan satu biro, jadi setiap baris mengandungi kakitangan dari biro yang berlainan. Kerusi-kerusi itu pula akan menghadap ke arah singgahsana.

Setiap baris mempunyai enam lajur, jadi terdapat enam kerusi yang diletakkan di keenam-enam lajur tersebut. Manakala, di bahagian kanannya terdapat 10 baris dan di sebelah kirinya juga sama yakni terdapat 10 baris untuk menempatkan 20 biro atau bahagian di dalam istana.

Bukan semua Ketua Biro hadir pada tengah hari itu kerana ada yang tidak berkelapangan untuk menghadirinya, malahan apabila Tuanku mereka tidak mewajibkan kehadiran mereka itu. Jadi, mereka merasakan ia tidak begitu penting.

Yang dapat hadir pada hari itu ialah Ketua Biro, PK dan AB dari Biro Pentadbiran Istana (Putera Muez), Biro Undang-undang Istana (Puteri Avi), Biro Pertahanan Olienpiece (Puteri Anahita), Biro Pengurusan Kemanusiaan Olienpiece (Putera Saze), Biro Hal-Ehwal Istana (Putera Muqer), Biro Perubatan Istana (Puteri Que Shyi), Biro Pertahanan Awam (Ketua Hash Averin), Biro Tentera Olienpiece (Ketua Arch/Archie), Biro Pertahanan Wanita Luar dan Dalam Istana (Ketua Misa), Biro Pertahanan Dalam Istana (Ketua Kerr), Biro Keselamatan (Ketua Jemeer - yang menguruskan dayang-dayang, pegiring-pengiring dan pengawal-pengawal istana), Biro Pengangkutan (Ketua Uwul) dan Biro Ekonomi Olienpiece (Ketua Nod).

Dari kerusi penasihat, hanya Puteri Alli sahaja yang hadir pada hari itu kerana yang lain agak sibuk. Kerusi penasihat diletakkan betul-betul di bawah pentas singgahsana kerana tugas mereka ialah memberikan nasihat kepada Tuanku. Selain kerusi penasihat, kerusi Menteri Menta yang memegang Skrol Istana juga diletakkan di situ.

Ketua Hash tidak berada di kerusi yang menempatkan biro, PK dan ABnya, sebaliknya dia berdiri di tengah-tengah ruang kosong atau Ruang Menghadap Tuanku bersama-sama Putera Zull dan Kou. Tuanku Ozzack dan Putera Muez tidak akan mengenali Kou memandangkan mereka tidak pernah berjumpa dengan Kou pun semasa berada di istana Kastelhalia pada sebelum ini.

Apabila ketua-ketua biro dan staf mereka yang hadir memasuki Ruang Persidangan Hallen, mereka semua sempat memandang ke arah Ketua Hash dan juga kelibat yang mereka tidak kenali itu di ruang tengah.

Mereka kepelikan, tetapi membiarkan hal itu ke tepi dahulu. Mungkin mereka ialah punca persidangan ini diadakan sekali lagi? Yalah, semalam mereka juga dipanggil bagi menghadiri pelantikan Ketua Hazeman sebagai Ketua Biro-Biro Istana; Ketua Biro itu sudah dianggap sebagai Kapten mereka.

Yang lain sudahpun mempunyai PK dan AB sendiri, hanya Ketua Hazeman sahaja yang belum mempunyai PK dan AB memandangkan semua ahli jawatan di dalam biro terbabit akan bubar secara automatik jika berlaku pertukaran Ketua Biro.

Jadi, Ketua Hazeman perlu membuat pelantikan ahli jawatan dengan sendiri; atau mencari sendiri ahli-ahlinya yang berkelayakan di dalam istana; atau meminta rekomendasi staf dari istana kerajaan lain; atau menunggu sehinggalah Ujian Kemasukan Pegawai Istana (UKPI) dan Ujian Kenaikan Pegawai Istana Kastelhike yang akan diadakan lebih kurang 10 bulan lagi.

Maknanya sekarang, hanya ada Hazeman seorang sahaja di dalam Pejabat Bironya, malah hanya dia seorang sahaja yang sedang duduk di kerusi yang disediakan di lajur bironya. Semua ketua istana, PK dan AB telahpun duduk apabila sampai ke situ.

Tidak lama selepas itu, Pengiring Tuanku Ozz memasuki ruangan tersebut dari tepi singgahsana, lalu mengumumkan ketibaan Tuanku Ozz. Apabila Tuanku Ozz memasuki ruangan itu, kesemua mereka terus meletakkan tangan kanan ke dada kiri. Zull dan Kou juga melakukan perkara yang sama.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now