...sambungan Bab 44

19 4 0
                                    

MENDENGAR laporan itu telah membuatkan Kino mendecis. Habislah mereka jika pemimpin mereka sendiri yang ditangkap.

"Aaaaaaah! Kino! Kino!" kedengaran seorang perempuan merengek-rengek sambil berlari-lari anak. Siapa lagi kalau bukan si Julie.

"Kau dah kenapa, perempuan!?"

"Tak nampak ke ada raksasa lipas sedang kejar aku. Aku geli Kino, selamatkan perempuan ayu terakhir macam aku ni."

Blergh!

Kino membuat riak jelik apabila mendengarnya. Tanpa membuang masa, Kino menggunakan kuasa tanahnya untuk menghentam raksasa seperti lipas itu dan menghancurkannya dengan menghempap ia dengan bukit dari tanah.

"Kita dalam masalah besar dan kau boleh main-main!?"

"Mana ada aku main-main? Mac-macam mana ni Kino? Macam mana dengan Tuan Putera? Masing-masing pulak sedang sibuk berlawan?" kata Julie dan sempat berbual-bual walaupun sekarang ini mereka sedang menghadapi beberapa tentera kerajaan De Leux dan raksasa picisan.

Kino hanya mendiamkan dirinya dan sekarang sedang hanyut dalam pemikirannya. Alangkah baiknya kalau Ketua Hash ada di sini kerana Ketua Hash adalah orang yang paling kuat di Olienpiece sekarang.

Cis! Inilah yang buat dia geram dan bencikan dirinya. Dia perlu menjadi lebih kuat supaya tidak perlu memikirkan tentang orang lain yang boleh menewaskan musuh bagi pihaknya. Biar dia sendiri yang menewaskan musuh! Ugh!

Kemudian, Kino mendengar bunyi bising dari suatu tempat dan kemudian dapat melihat pasukan berkuda yang baru memasuki tembok Bandar Dean dan ia diketuai oleh Panglima Perang Maisun dari Batalion 7.

Ah! Maknanya, Batalion 7 sudah berjaya menawan bandar sebelah atau Bandar Danau. Kelihatan Maisun membawa separuh dari Batalion 7 kerana dia meninggalkan separuh lagi di Bandar Danau. Lagipun, Kor 7 sudahpun sampai di sana tadi.

Maknanya, bantuan dari Kor hampir sampai dan pada bila-bila masa saja akan memasuki Bandar Dean. Huh! Baguslah! Ya, ini bukan masa untuk dia rasa kalah atau dikalahkan.

Slaash!

Suatu lembing sedang menuju ke arah Kino kerana dilemparkan seseorang dari jauh. Tetapi, Kino sempat mengelaknya. Apabila melihat lembing kedua sedang diarahkan kepada Julie, dia cepat-cepat menuju ke arah Julie, lalu menarik tubuh Julie ke dalam pelukannya kerana mahu melindungi Julie dan dirinya dengan kuasa tanah miliknya.

Dia menyeru benteng dari tanah dan kedengaran lembing itu terpacak di benteng tersebut.

Kyaaa! Julie terpempan dengan tindakan pantas Kino itu dan berada dalam pelukan hangat Kino menyebabkan jantungnya berdebar-debar. Kemudian, dia memberanikan dirinya untuk memandang ke arah Kino apabila kepalanya dengan elok terlentok di dada bidang Kino.

Kyaaa! Sekali lagi hatinya bersorak apabila melihat Kino yang sedang serius saat itu. Ah, tiba-tiba dia rasa ada cecair yang keluar dari rongga hidungnya. Darah ke? Parah!

"Hoi, kau dah kenapa!? Kau sakit di mana-mana ke? Kenapa hidung kau berdarah?" soal Kino apabila dia cuba melihat ke arah Julie yang masih berada dalam pelukannya.

"Aha, ini...tak ada apa-apalah."

"Kau-..."

Prakk!

Tidak sempat Kino mahu menghabiskan kata-katanya, benteng tanah seruan Kino tiba-tiba pecah dan ada beberapa lembing diarahkan kepada mereka sekali lagi. Ini tidak boleh jadi! Tanpa membuang masa, Kino menyeru Perca untuk melindungi dia dan Julie sekali lagi.

"Wah! Hebatnya! Kau dapat menguasai Perca ya? Aku tak boleh kuasainya. Boleh ajarnya kepada aku?" celah penyerangnya dan baru sekarang mahu memunculkan dirinya di hadapan Kino.

Dia mendarat di hadapan Kino dengan senyuman sinis. Dia merupakan Orang Kanan (OK) kepada Jeneral Kimi yakni OK Yuni. Ini bermaksud, semua Pegawai Atasan Kastellis atau digelar sebagai BPIK sudahpun bertebaran di sekitar Bandar Dean untuk mempertahankan bandar utama mereka. Mempertahankannya dan menyekat kemaraan bala tentera Olienpiece dari sampai ke istana Kastellis dan merampas takhta istana Kastellis.

Kesilapan mereka ialah mereka memandang rendah kepada pihak Olienpiece yang baru dipimpin oleh Tuanku Mirza dan menganggap segalanya telah selesai apabila berita tentang penawanan kerajaaan Phillea sampai kepada mereka. Maksudnya, mereka sangkakan ia sudah berakhir dan pihak Olienpiece hanya mahu menawan Phillea saja.

Rupa-rupanya, Olienpiece masih tetap dengan rancangannya dalam menakluki De Leux. Siapa yang dapat jangkakannya? Hah! Mempunyai pemimpin yang begitu berani mengambil risiko besar dan licik ini sangat menakutkan juga ya.

Tap.

Tap.

Tap.

Itu ialah tanda penapakan para pegawai atasan atau BPIK pada setiap unit atau kumpulan Batalion 10 serta 7 yang bertebaran di Bandar Dean. Ada dua orang pegawai atasan yang berhadapan dengan Rein serta Jora, seorang di depan Lais serta Volc dan dua orang di depan PEAKS-C yang diketuai oleh PK Biom.

Malam itu akan menjadi perlawanan yang agak sengit. Dalam kekalutan menakluki Bandar Dean, mereka juga perlu merisaukan keselamatan Putera Mirza. Mereka tidak patut berpisah dengan Putera Mirza tadi.

Tetapi, mengenali Putera Mirza, mereka pasti Putera Mirza tidak akan kalah semudah itu dan bakal menjadi lawan yang agak sengit juga untuk kelibat yang menjadi lawannya itu bukan.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now