Bab 22: Bukan Putera Mahkota

21 4 2
                                    

KEESOKKANNYA, Mazhe dan yang lain sedang menghadap Tuanku Ozzette di Bilik Mesyuarat. Mazhe dan kawan-kawannya hanya menundukkan kepala di bilik itu. Tahu pula rasa takut.

Tika itu, ibu bapa Puteri Alli, Que, Archie, Karri, Imir dan Ketua Hazeman turut hadir. Ketua Hazeman adalah penjaga Hash, jadi sebagai penjaga Hash, maka dia perlu bertanggungjawab di atas masalah ini.

Betis Hash sudahpun berbirat kerana dirotan oleh Ketua Hazeman semalam. Hazeman tidak mahu merotan anak muda itu, tetapi Hash merayu-rayu kepadanya supaya merotan dia kerana dia telahpun melakukan kesilapan yang besar. Kata Hash, dia akan rasa sangat bersalah jika Ketua Hazeman tidak memukulnya.

"Kamu tidak mahu memikul perasaan itu, jadi kamu mahu membuang perasaan serba salah itu kepada saya pula?"

Itulah kata-kata yang dituturkan oleh Ketua Hazeman sebelum terpaksa merotan betis Hash seperti yang dipinta oleh Hash semalam.

Dia tidak pernah salahkan Hash kerana dia tahu Hash hanya mengikut arahan Putera Mazhe memandangkan budak itu amat taat kepada orang atasannya. Salahnya juga kerana dia yang mengajar Hash sedemikian semenjak dia menjadi penjaga Hash.

Ketua Rhey Rhenus juga menghadiri perjumpaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat pada pagi itu. Misa juga mengikutnya.

"Beritahu beta macam mana kamu semua boleh lolos dari kawasan istana Kastelhike? Sekuriti sangat ketat dalam Kastelhike ini, jadi macam mana kamu boleh lolos?" soal Ozz ingin tahu.

Yang lain masih menundukkan kepala sama seperti Mazhe yang tidak berani melihat ayahandanya, kecuali Que Shyi.

"Ah, kami gunakan kuasa angin kelajuan tinggi untuk terbang ke atas. Shuuuuuuuuuup! Kemudian, kami melepasi awan-awan di atas langit, lalu terbang sehinggalah kami keluar dari kawasan istana. Selepas itu, kami turun memijak tanah luar istana. Senang! Lagipun, kami sudah tahu masa dan waktu pengawal istana meronda-ronda mengelilingi atas udara kawasan istana. Kami gunakan maklumat itu untuk menyelinap keluar. Hehehe! Kami bijak, kan." Jelas Que dengan selamba sambil menggosok-gosok jambatan bawah hidungnya dengan jari telunjuk tanda bangga dengan pencapaian sendiri.

Mazhe terus berpaling ke arah Que. Perempuan ni kan! Ugh! Susahlah dia nak keluar dari istana selepas ini. Hanya Mazhe saja yang berani berpaling ke arah Que, yang lain masih menunduk kerana mereka tahu mereka bersalah dan sudah bersedia untuk menerima apa-apa hukuman.

"Oh macam itu. Ketua Pengawal, selepas ini arahkan anak-anak buah kamu mengawal ketat ruang udara atas istana Kastelhike. Buat syif supaya mereka sentiasa mengawal ruang udara kita. Lagi satu, beta mahu pihak teknologi ciptakan alat pengesan (sensor) yang lebih maju serta canggih untuk mengesan apa-apa pergerakan yang melepasi ruang udara kita dan mengawasinya dengan lebih ketat. Kalau budak kecil macam mereka boleh melepasi kawalan udara kita macam itu saja, maknanya pengintip Raidez juga boleh melakukan perkara yang sama." Arah Ozz tegas.

Ketua Pengawal yang turut dipanggil untuk hadir menyahut dan mengangguk dengan laju. Aduh! Putera Raja mereka pada kali ini berakal panjang juga ya. Kalau akal itu digunakan untuk pelajaran tidak mengapalah, tetapi ini untuk meloloskan diri dari kawasan istana.

Apalah yang mahu dilihat sangat di luar itu? Berfikir-fikir Ketua Pengawal tersebut pada pagi yang hening itu sampai berkerut-kerut dahinya.

"Apa yang kamu semua fikir apabila keluar dari kawasan istana tanpa pengawal dan pengiring? Apa kamu tidak sedar ada musuh yang berkeliaran di Olienpiece? Semalam kamu hampir kena serang oleh raksasa dari musuh, kan? Kamu tahu tak yang kamu boleh mati, nasib baiklah ada pasukan Peaks-B yang sedang menjalankan misi di sana. Kalau mereka tak ada semalam macam mana!?" Ozz menaikkan sedikit oktaf suaranya tanda dia murka dengan perbuatan anakanda dan kawan-kawan anakandanya itu.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now