...sambungan Bab 30

18 6 0
                                    

...

MIRZA duduk di salah sebuah kerusi meja dalam restoren mewah yang terdapat di bandar. Dia menongkat dagu sambil menunggu Momo datang. Meja yang ditempah di atas nama Momo ini agak besar, boleh memuatkan 4-5 orang. Maknanya, bukan dia dan Momo saja yang akan makan di sini. Mungkin Momo mengajak orang lain sekali.

"Helo, sayang. Awal datang? Sayang memang seorang yang menepati masa ya? Maaf terlambat, jalan agak sesak tadi." Momo datang dari arah belakang dan cuba untuk menyentuh bahu Mirza, tetapi Mirza mengelaknya.

"Tolong jangan sentuh saya sampailah kita kahwin." Kata Mirza dengan nada lembut.

"Ah, maaf."

Kemudian, Momo menarik kerusi bersebelahan Mirza, lalu duduk di situ.

"Kawan saya juga akan datang menyertai makan tengah hari kita pada hari ini, sayang tidak kisah kan?"

"Tak."

"Sayang sangat taat sekarang ini. Jadi, apa yang saya perlu lakukan hanyalah menawarkan duit dan kemewahan ya? Kalau saya tahu, sudah lama saya lakukannya. Tapi, kenapa saya tidak boleh menyentuh sayang? Cepat atau lambat, sama saja kan."

"Ia pegangan saya."

"Ah, jadi sayang adalah seseorang yang masih berpegang dengan pemikiran kolot sebab Olienpiece juga macam itu pada sebelum ini, tapi manusia berkembang dan akhirnya mengikut hawa nafsu semata-mata. Ia buatkan saya semakin sukakan sayang sebab ia bermakna tiada perempuan yang pernah menyentuh sayang, kan? Tapi, boleh tak sayang beri pengecualian kepada saya, hm? Di atas restoren ini, ada hotel mewah dan saya sudah tempahnya di atas nama kita berdua, ia bilik bulan madu. Hehe."

Ah, sakit kepala. Tiba-tiba ada sesuatu yang mencucuk kepala Mirza sekarang. Boleh tak perempuan gila dan gatal di sebelahnya ini berhenti bercakap. Dia hanya mahu berada di sini untuk seketika dan kemudian balik ke rumah.

"Selepas kita kahwin, awak mahu buat apa saja kepada saya, saya sudah tidak kisah."

"Ah, saya sudah tidak sabar. Patutkah saya tukar majlis pertunangan kita tiga hari lagi menjadi hari perkahwinan kita?" Momo memprovok dengan senyuman sinis sambil memerhatikan riak wajah Mirza.

Dia mahu tahu adakah lelaki sebelahnya ini berminat atau tidak. Kalau ya, maka Mirza telah termasuk ke dalam jeratnya.

"Boleh juga. Lagi cepat lagi bagus sebab saya juga ada perasaan yang sama. Sekarang, saya cuma berlagak tenang." Balas Mirza sambil bermain-main dengan sudu serta garfu di depannya.

Haha! Momo ketawa riang di dalam hatinya. Semua lelaki sama sahaja, mereka tidak akan dapat menahan godaan perempuan seperti dia. Nampaknya, Mirza sudah masuk ke dalam jerat dan perangkapnya. Heh! Baguslah, senang untuk dia lupuskan Mirza nanti sebab Mirza sama macam bekas teman lelakinya: hanya perlukan sedikit godaan dan wang.

Siapa yang mahu berkahwin dengan seseorang seperti itu? Silap hari bulan, suaminya itu bersama-sama dengan perempuan lain pula di belakangnya dan seseorang seperti Mirza pasti akan lakukannya juga tidak kiralah betapa kuatnya dia berpegang dengan pegangannya itu. Manusia akan kalah dengan godaan nafsu. Dia yakin tentang perkara itu.

"Ah, saya terharu apabila sayang cakap macam itu. Tak mengapalah, kita kekalkan ia menjadi majlis pertunangan kita saja. Kalau kita tiba-tiba mengubahnya, saya takut ayah membebel-bebel pula nanti."

"Okey." Balas Mirza tenang dan tanpa memandang ke arah Momo yang sedang duduk di sebelahnya pun.

Dari tadi lagi, mata Mirza asyik memandang ke arah depan; ke arah kerusi kosong di hadapannya kerana tidak mahu melihat ke arah Momo yang memakai pakaian seksi pada hari ini. Tak, rasanya hari-hari memang dia memakai baju seksi.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now