Bab 45: Di bawah langit Bandar Dean

23 4 0
                                    

BAB 45: Di bawah langit Bandar Dean

JACKIE Kloud Mobilika tersengih-sengih apabila membaca tajuk berita dalam tabletnya pada petang itu. Penawanan Kerajaan Phillea sudahpun tersebar luas di setiap pelosok kerajaan naungan Olienpiece dan sudah tentulah ia sudah sampai kepada istana Kastelhike.

Melihat angin ayahnya cukup baik di meja makan itu membuatkan Jaek tertanya-tanya. Tika itu, mereka sedang menjamu makan malam. Pada pukul 6, selalunya keluarga mereka akan berkumpul untuk makan malam bersama-sama.

"Gembira nampak, papa? Ada apa-apa berita yang menyenangkan hati papa ke hari ini?"

Jaek menegur papanya itu.

Dari tadi lagi papanya belum menyentuh makanannya dan asyik melihat tabletnya saja. Jangan-jangan ada skandal. Ish, mintak simpang! Dah tua-tua macam ini tolonglah jangan buat onar. Jaek berdoa di dalam hatinya.

Dia kunyah makanan yang disuap ke dalam mulut tadi sambil mengerling ke arah ayahnya. Menantikan jawapan yang keluar dari mulut itu. Mamanya masih belum pulang dari perjumpaan 'Persatuan Golongan Bangsawan Kelas Atasan'. Salah satu acara yang diadakan pada setiap bulan dan kadang-kadang, pada setiap minggu ada perjumpaan sedemikian.

Mahu mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga bangsawan katanya. Lagipun, disebabkan perjumpaan sedemikianlah, keluarga bangsawan semakin besar kerana mereka menjodohkan anak cucu masing-masing dengan satu sama lain.

Ia seperti perkahwinan bisnes atau politik. Ia bukan perkara yang pelik lagi dalam kalangan kaum bangsawan macam mereka. Hal ini kerana, kebanyakan mereka tidak mahu mencampuri darah mereka dengan golongan biasa, lagi-lagi orang miskin.

"Ini! Tuanku Mirza dan pihak Olienpiece berjaya menawan kerajaan Phillea. Sudah heboh dah pun dalam kumpulan papa."

Oh, pasal itu rupanya. Dia tahu tentangnya kerana Jonas ada memberitahu berita itu kepadanya ketika mereka melepak tadi.

"Oh." Itulah balasan ringkas Jaek dan seperti tidak berminat untuk mengetahuinya.

"Oh saja? Kamu tak apa maknanya ini? Makin luas kawasan Olienpiece, makin besarlah empayar kita. Kita boleh memulakan bisnes di kerajaan Phillea nanti dan mengembangkan sayap ke sana pula. Kerajaan Phillea agak terkenal dengan sumber minyak dan bahan mentah lain, kamu tahu. Sudah hampir....280 tahun Phillea menjadi kerajaan naungan Raidez dan sekarang ini berjaya ditawan oleh Olienpiece. Kamu tahu apa maknanya? Maknanya, pihak Raidez sedang diambang kekalahan. Jika Raidez kalah, maka sudah tiada lagi kes raksasa menggila dan merosakkan segala-galanya. Tuanku Mirza sangat hebat! Walaupun masih muda, tetapi orangnya sudah berjaya mencapai perkara yang amat besar. Kamu patut mencontohi baginda dan kamu juga kena menjaga hubungan baik dengan Tuanku Mirza, Jaek. Demi empayar gah keluarga kita ini." pesan ayahnya itu, dan barulah meletakkan tablet itu ke atas meja, kemudian memulakan sesi makan malamnya.

Jaek hanya mendiamkan dirinya. Papanya tidak pernah tahu bahawa dia tidak ada hubungan baik dengan Tuanku Mirza dan ia dikotori oleh tangannya sendiri kerana dia pernah menggunakan kekerasan ke atas Tuanku Mirza semasa Tuanku Mirza menyembunyikan identitinya di istana. Cis!

Sementara itu, di dalam kediaman keluarga Portelis, Momo menjerit kecil di atas katil dalam biliknya. Dia gembira apabila mengetahui kemenangan pihak Olienpiece dalam menawan Kerajaan Phillea.

Entah kenapa, dia rasa hatinya berbunga-bunga apabila teringatkan tentang Tuanku Mirza dan sampai sekarang dia masih ingat wajah Mirza ketika kali pertama baginda membongkarkan identitinya di khalayak umum.

Kali ini, dia tidak akan mensia-siakan Mirza lagi. Ya, dia harus berjumpa dengan Tuan Menta dan menawarkan diri untuk menjadi calon pasangan Tuanku Mirza. Semasa Tuanku Mirza sedang sibuk menyertai peperangan, Tuan Menta sibuk membuat senarai calon-calon pasangan Tuanku Mirza kerana Tuanku Mirza sudah bersetuju untuk menerima cadangan Tuan Menta pada mesyuarat sebelum ini.

Semua orang sudah tahu tentangnya kerana Tuan Menta telah berjumpa dengan keluarga bangsawan yang sesuai disebabkan mahu memasukkan nama-nama anak perempuan mereka sebagai calon pasangan Tuanku Mirza.

Namun, kenapa Tuan Menta masih tidak berkunjung tiba ke kediamannya dan bertanya kepada keluarganya juga? Pelik. Pelik sebab dia ialah anak perempuan dari keluarga bangsawan atasan dan statusnya lagi tinggi berbanding yang lain.

Adakah ia disebabkan oleh kejadian lalu? Momo menggigit bibirnya sendiri kerana mula gusar dengan perkara itu. Dia sendiri yang telah melepaskan Mirza. Kalau dia tidak melepaskan Mirza pada sebelum ini, maka mereka pasti sudah bersama sebagai pasangan Diraja sekarang. Ah! Momo, kau sangat bodoh! Momo mengutuk diri sendiri apabila teringat tentang kejadian buruk itu.

FRAGIL sedang duduk termenung di dalam kafetaria istana sayap kiri. Kemudian, Bita dan Emir mendekati dia yang sedang termenung itu.

"Kau dah kenapa? Monyok aje?" tegur Bita itu. Predi dan Kello sedang makan dan tidak menghiraukan Fragil yang sedang termenung itu pun. Makan lagi penting sekarang.

"Mirza sangat hebat, kan." Kata Fragil dengan wajah seperti tadi juga.

"Haah, ya. Dia sekarang Tuanku Mirza, okey." Balas Bita.

"Hm."

"Yang kau monyok semacam ni kenapa?"

"Aaaaah! Sebab dia semakin jauh dari genggaman aku."

"Lah, aku ingatkan kau dan lupakan dia, bukan haritu dengan yakinnya kau nak 'melepaskan' dia ke?"

"Ya, tapi ia tidak mudahlah. Apabila aku tahu dia Tuan Putera, perasaan itu semakin kuat jadinya. Ah, apa patut aku buat ni, korang?"

"Terjun jambatan." Sampuk Predi dengan selamba.

Pakk!

Kepalanya diluku oleh Fragil kedengaran.

"Apa kau ni. Kawan tengah sedih kut." Marah Bita kepada Predi dengan pandangan mata yang tajam. Tidak membantu betul si Predi itu.

"Huh! Sekarang ini, Tuan Menta sedang sibuk mencari pasangan untuk Tuanku Mirza dan akan diperkenalkan sebaik saja Tuanku Mirza balik dari perang. Kau cubalah nasib." Celah Emir sambil menyuapkan ceri tomato ke dalam mulut Bita.

"Ugh! Tidak akan menjadi kenyataan pun. Lagipun, Tuan Menta hanya mencari bangsawan kelas atasan saja." Rengek Fragil dengan menyembamkan muka ke meja makan kafetaria.

"Betul juga. Huh! Macam manalah keadaan Ari sekarang ya. Sejak dia ditukar ke Istana Pusat, kita sudah tidak dengar berita pasal dia kan." Sahut Bita.

"Boleh tak kau jangan sebut nama dia!" marah Fragil kerana geram dengan Bita yang tak ada 'common sense' sekarang ini. Ini pasal dia, kenapa nama Ari yang disebut-sebut pula sekarang.

"Lah, kenapa? Dia kan kawan kita juga. Nampaknya, Tuanku Mirza tidak mahu berpisah dengan Ari agaknya, sebab itulah dia menukarkan Ari ke istana pusat." Seloroh Kello, saja mahu menyakitkan hati Fragil.

"Kau!"

"Ahaha! Gurau, gurau."

Mereka meneruskan perbualan mereka dan kadang-kadang kedengaran suara Fragil menengking Predi dan Kello kerana mereka berdua itu sangat suka mengusik dia tentang Ari. Nampaknya Fragil memang pantang mendengar nama Ari disebut-sebut jika mereka berkumpul.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now