...sambungan Bab 12

22 8 3
                                    

...

EDAN menghidangkan makanan di atas dulang berkaki untuk Putera Zull pada pagi itu. Selalunya, Romi yang akan membuat tugasan itu, tetapi bermula hari ini Romi akan cuti untuk seminggu kerana mahu meluangkan masa dengan ibu bapanya di kampung.

Romi sangat susah untuk mengambil cuti pada sebelum ini, tetapi tahun ini dia rasa dia perlu meluangkan lebih banyak masa untuk ibu bapanya yang sudah tua. Edan memberi tunduk hormat kepada Tuan Putera sebelum dia keluar. Namun, semasa memalingkan muka, dia sempat tersenyum sinis.

Zull membuat perkara biasa yang dia selalu lakukan pada setiap hari. Hari ini, puak Ataker tidak perlu melakukan khidmat masyarakat kerana hari ini ialah hari cuti mereka. Oleh itu, Zull mengambil keputusan untuk mengajar anak-anak kecil di sebelah bilik tahanannya seperti biasa.

Apabila hampir dengan waktu tengah hari, mereka berhenti kerana sekejap lagi para pengawal akan memasuki ruang penjara ini untuk mengagihkan makanan tengah hari. Beberapa minit selepas itu, kelihatan beberapa pengawal penjara memasuki ruang penjara tersebut untuk mengagihkan makanan.

Edan menolak troli untuk ke bilik penjara Tuan Putera Zull seperti pagi tadi. Memandangkan Romi tiada, maka Edan mengambil alih tugasan itu buat sementara atas arahan Penyelia Penjara Ruangan Ketiga ini.

Pada waktu itu, Zull sudahpun duduk di hadapan dulang berkaki, seolah-olah sedang menunggu makanan itu dihidangkan. Namun, dia perasan ada api yang kecil yang tiba-tiba sahaja menyala di atas karpet berdekatan dulang berkaki tersebut.

Secara tiba-tiba ia terus menyambar katilnya, jadi sekarang katil itu sedang terbakar dengan marak. Semua mata terkejut apabila melihatnya kerana kejadian itu berlaku dengan sangat pantas.

"Selamatkan Tuan Putera!" laung Miki dari sel tahanan sebelah apabila melihat api itu semakin marak dan Tuan Puteranya pula terduduk di situ dan seolah-olah seperti terkejut dengan kejadian terbabit.

Oleh yang demikian, Edan berlari anak untuk membuka kunci bilik tahanan Putera Zull, namun belum sempat dia melakukannya api itu terus marak sehingga dia dan yang lain melihat Putera Zull disambar dan mula dijilat api.

Pekikan kesakitan dari Putera Zull mula kedengaran di pelosok ruang penjara tersebut. Oleh itu, mereka semua panik dengan kejadian yang tiba-tiba sahaja terjadi. Api itu semakin marak sehingga satu bilik tahanan sedang dijilat api, jadi mereka sudah tidak nampak bayang-bayang Tuan Putera di dalam bilik terbabit.

"Siapa ada kuasa ais atau air!?" soal pengawal pertama dengan wajah panik.

Habislah mereka kalau Putera Zull mangkat di sini. Mereka pasti akan dipancung. Apa pun yang terjadi, Putera Zull tetap anakanda Putera Mazhe dan cucunda Tuanku Ozzette. Pengawal kedua, ketiga, keempat dan Edan turut panik.

Mereka semua tiada kuasa ais, api mahupun tanah. Kesemua mereka ada kuasa angin dan kuasa sampingan. Yang ada kuasa air hanyalah Rom, tetapi Rom pula bercuti pada hari ini. Sebelum ini, lebih kurang 3-4 bulan yang lepas, kejadian kebakaran itu pernah terjadi juga di bilik tahanan tersebut, dan Rom adalah orang yang telah menyelamatkan keadaan.

Bilik itu tidak sempat terbakar dengan marak pun kerana Rom mula sedar tentangnya sewaktu sedang mengagihkan makanan petang. Mereka tidak menyangka ia akan menyambar tempat yang sama sekali lagi. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah 'pembakaran spontan' itu lagi dan apinya hanya akan terpadam dengan kuasa air atau ais, dan tidak boleh terpadam dengan air biasa.

"Aku ada kuasa air, cepat buka gelang ni!" laung Volc apabila melihat keadaan sudah tidak terkawal. Bukan hanya dia yang ada kuasa air di sini, Maisun juga memilikinya, bahkan Maisun mempunyai kuasa terbitan ais.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now