...sambungan Bab 39

28 5 0
                                    

...

AB ZERLOT memasuki bilik mesyuarat utama selepas ketua bironya, Ketua Kerr melepasi dia untuk memasuki bilik tersebut. Saat melangkah masuk ke dalam, langkat Zerlot terhenti buat seketika kerana dia sedikit kaget apabila melihat tuanku baharunya, Tuanku Mirza sudahpun berada di dalam bilik itu dan sedang duduk di kerusi utama yang berada di atas pentas dan berhadapan dengan meja-meja yang sudah sedia ada di dalam bilik mesyuarat dan disediakan untuk mereka.

"Selamat pagi Tuanku Mirza." Kedengaran ketua AB Zerlot iaitu Ketua Kerr menyapa Mirza sebelum dia duduk di kerusinya.

Mirza menganggukkan kepalanya untuk satu kali dan kemudian, barulah menjawab, "selamat pagi, Ketua Kerr."

Kerr tersenyum. "Nampaknya Tuanku Mirza sudahpun menghafal wajah dan jawatan patik semua ya."

"Ya, ia suatu kewajipan untuk mengenali orang-orang yang bakal bekerja dengan kita bukan."

"Hm, sementara kita menunggu yang lain, boleh patik bertanya satu soalan kepada Tuanku."

Mirza mengangguk untuk satu kali tanda memberikan keizinan kepada Kerr untuk bertanya.

"Adakah Tuanku dididik sendiri oleh Putera Mazhe ketika berada di bumi?"

"Tidak. Beta dibesarkan dan dididik oleh orang lain."

"Hm, jadi Tuanku yakin dapat memerintah Olienpiece?"

"Apa kata kamu duduk dan lihat potensi beta sendiri. Kamu tidak yakin beta dapat memerintah Olienpiece, mungkin dalam masa setahun pendapat kamu akan berubah."

"Setahun? Kenapa kena tunggu sampai setahun Tuanku?" Kerr menduga dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Saja mahu menguji Tuanku mudanya itu.

Hal ini kerana, dalam sejarah mereka sekarang, Tuanku Mirza akan menjadi Tuanku termuda yang akan memerintah Olienpiece selepas Tuanku Merak. Namun, Tuanku Merak dibesarkan di sini dan sedikit sebanyak mengetahui bagaimana keadaan di istana berfungsi.

Tetapi, Tuanku Mirza tidak dibesarkan di sini dan identiti dirinya baru saja terbongkar beberapa hari lalu. Bahkan, kebenaran mengenai pembohongan Tuanku Merak selama ini juga baru saja terbongkar. Sudah tentulah, kebanyakan ketua biro susah untuk percaya dan bekerjasama dengan Tuanku Mirza yang merupakan keturunan Tuanku Merak.

"Kenapa membongkarkan pembohongan Tuanku Merak kepada umum? Bukankah itu akan menghilangkan kepercayaan kami kepada semua keturunan Tuanku Merak, ia termasuklah kepada Tuanku Mirza sendiri. Rakyat mungkin akan berpaling daripada semua keturunan Tuanku Merak disebabkan pembongkaran itu."

"Beta lebih suka berkerja dengan ketelusan. Lagipun, ia berkait dengan rancangan masa depan beta. Mungkin agak susah bagi beta untuk bekerja dengan orang yang sedang meragui kemampuan beta, tetapi beta akan mendapatkan kepercayaan itu semula walaupun ia mengambil sedikit masa. Boleh kita menunggu yang lain saja?"

"Baik Tuanku." Kerr hanya tersengih pada hujung ayatnya.

Baiklah, dia akan tunggu dan lihat kemampuan Tuanku Mirza. Disebabkan pembongkaran itu, dia pun sudah mula hilang kepercayaannya kepada institusi diraja Olienpiece. Tetapi, mungkin masih terlalu awal untuk memberontak.

Jika institusi diraja dijatuhkan, maka pihak yang menang boleh mengambil alih kerajaan. Memang keluarga diraja Tuanku Raisho mempunyai kuasa mutlak, tetapi jika ada yang nekad dan bekerjasama untuk menjatuhkan mereka, maka ia akan berlaku jua.

Namun, jika peralihan kuasa berlaku sekalipun, keturunan Tuanku Raisho tetap masih perlu menjadi tuanku atau ketua pemimpin dan berada di atas takhta tertinggi, namun dia hanya akan menjadi patung marionette yang akan mengikut telunjuk pihak yang telah menang saja atau yang berjaya menjatuhkan institusi diraja.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now