...sambungan Bab 27

22 7 0
                                    

"Ari." Panggil Mirza dengan suara yang agak lembut kerana mahu mengetahui tahap kesedaran Ari pada ketika itu. Adakah Ari sedar apa yang dia sedang lakukan itu atau dia sedang dikawal oleh kuasanya sendiri?

Ari berpaling ke arahnya dan kemudian terus menangis sehingga dia terduduk, lalu terus memukul lantai dengan banyak kali. Dia hanya terlambat beberapa saat saja tadi, tetapi saat itulah saat yang paling genting.

Kenapa dia jadi kakak yang lemah macam ini? Dia patut jadi lebih kuat, lebih kuat dari sesiapa pun supaya dia dapat melindungi orang-orang yang dia sayang. Dia tak patut tinggalkan Wara dan Wira di rumah pada hari itu, dia patut bercuti dan berehat saja pada hari itu.

Tapi, dia...Kenapa dia tinggalkan mereka? Adakah duit sudah jadi begitu penting dalam hidupnya sehingga dia sanggup meninggalkan adik-beradiknya di rumah? Wira dan Wara baru 4 tahun, tetapi dia telah menyuruh Wira untuk menjaga dan melihat keadaan Wara yang sedang demam. Dia bodoh, dia sangat bodoh.

Ari meraung dan menangis di situ walaupun tanpa apa-apa suara yang keluar. Dia memukul tanah dan rumput yang ada di situ dengan kuat sehingga ia mula merekah. Tangannya juga sudah mula mengalirkan darah.

"Ari, janganlah pukul tanah lagi, tangan awak sudah tercedera Ari. Ari, jangan cederakan diri awak macam ni, awak masih ada Wara, kan. Lagipun, mungkin Wira masih boleh diselamatkan. Kita perlu segera-..."

Mirza tidak sempat menghabiskan kata-katanya kerana kali ini, dia nampak Ibu menggunakan teknik yang sama yakni mengeluarkan sesunggut dan memasukkan cecair ke dalam tubuh badan pengawal yang terbunuh dan pengsan disebabkan oleh kuasa Ari tadi.

Ibu ialah isteri Raja Zuku dan badannya telah dimasukkan beberapa jenis virus atau cecair untuk membuatkan darahnya menjadi semakin berkesan. Disebabkan eksperimen itulah, yang telah menyebabkan Ibu menjadi besar dan gemuk macam itu.

Dia sudah berlebihan dos, tetapi masih belum mati-mati lagi kerana tempoh penuaan-nya dilambatkan disebabkan bahan-bahan kimia yang dimasukkan ke dalam badannya itu.

Mereka yang dicucuk cecair itu juga telah mula berubah menjadi raksasa. Disebabkan itu, Ari berhenti menangis, tetapi dia masih lagi tersedu-sedan. Lantas, dia mengalihkan mukanya ke arah raksasa-raksasa itu dan mengesat air matanya, lalu dia terus terbang ke atas kerana mahu membunuh Ibu.

Ibu perlu dibunuh dahulu sebelum dia membunuh raksasa-raksasa yang lain, lagipun dia nampak Mirza sedang berlawan dengan raksasa-raksasa tersebut. Mirza cekap dan hebat dalam bidang kuasa dan senjata, jadi dia yakin Mirza dapat mengawal keadaan di bawah sementara dai cuba untuk membunuh Ibu.

Pelbagai serangan yang Ari halakan kepada Ibu dan dia juga sudah cuba kuasa mengecil itu dengan berkali-kali, tetapi dia tetap tidak berjaya. Walaupun dia sakit perut disebabkan kesan daripada menggunakan kuasa mengecil tersebut, dia tetap tidak berhenti dari menyerang Ibu.

"Ari!" panggil Mirza.

Apabila Mirza memanggil namanya, maka Ari terus memandang ke bawah dan dia nampak Mirza sudahpun berjaya menumpaskan raksasa-raksasa itu. Dia dapat melihat Mirza memberi isyarat untuk dia turun ke bawah.

Jadi, Ari terbang ke bawah semula dan menapak ke tanah.

"Ari, saya mahu minta tolong sesuatu." Kata Mirza dengan wajah serius.

"Tolong apa?"

"Kalau pihak medicer sampai, tolong beri pesanan kepada mereka supaya tidak membuka pakaian saya. Beritahu mereka untuk merawat luka luaran saya saja. Boleh?"

"Ha? Um." Ari mengangguk walaupun dia tidak faham maksud sebenar Mirza.

Kemudian, dia dapat melihat Mirza melepasi badannya, lalu berdiri di hadapan Ibu sambil mendepakan tangan kanannya ke depan.

OLIENPIECE 2: Tujuh Kerajaan NaunganWhere stories live. Discover now